Tuesday, November 2, 2010

Trip to Seremban

Bismillah...







Nota Kaki :
1- Malas nak upload pic byk2.
2- Malas nak tulis byk2.
3- Mood : MALAS byk2. haha.

~~<~~<~~<@

Wednesday, October 27, 2010

" Si jantung hati "

Bismillah..





Ya Allah..

Jagalah dan lindungilah ibuku dikala penjagaanku tak sampai padanya,

Sayangi dia kala ku rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata,

Perhatikan dia kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja,

Kerana Engkau punya segala yang aku tak punya,

Kerana ku ingin dia selalu menemani ku di dunia dan harap bertemu selamanya di syurga..



"Selamat Ulang Tahun Kelahiran mama yg ke 58 tahun..."



berlalunya hari ne maka berlalu lah juga kerjaya mama sbg salah seorg warga pendidik SKTAM. semoga masa y bakal mama lalui slps ni terisi dgn sebaiknya. sayang mama... moga Allah makbulkan impian mama.. dan impian adik untuk selalu dpt senangkan hati mama dan membahagiakan mama... moga adik dpt jadi anak y solehah dan terbaik dlm hidup mama di dunia dan akhirat.... adik sayang mama sangat!!!


~~<~~<~~<@


Saturday, October 23, 2010

Like shining stars in the sky..

Bismillah...


Selamat menghayati..








Nota Kaki :

1- Tanpa perlu berkata biar mata menterjemah segalanya.
'
2- Aku sarat rindu mereka. rindu saja x cukup. perlu dibuktikan dgn perbuatan. kapan aku bisa ampuh seperti dulu? permudahkanlah segala y baik utkku ya Allah..
'
3- "Seseorang itu adlh mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorg itu meneliti siapa y menjadi temannya." ( Hadis Riwayat Abu Daud ) , "Wahai org y beriman! Bertaqwalah dan hendaklah kamu bersama2 org y bersifat benar."
( Surah at-Taubah, ayat 119 )


~~<~~<~~<@


Sunday, October 17, 2010

Bebaskah aku, kamu, dia, dan mereka?

Bismillah..


Sahabat...
Tahukah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan y bukan mahram itu bukan budaya org Islam, org y beriman?
'
Sahabat...
Adakah aku, kamu, dia dan mereka pernah atau masih terlibat dengan pergaulan y nampak islamic tapi sebenarnya ia menjerumus kepada pergaulan bebas ala2 tak salah gitu?
'
Sahabat...
Kita mungkin sibuk menghias penampilan luar kita dgn menyimpan janggut, berkopiah ataupun meletakkan perhiasan sana-sini agar nampak cantik dan indah di mata. namun kita lupa nak hias akhlak kita utk sama cantik setanding dgn keinginan fizikal kita y sentiasa mahu nampak cantik. kenapa kita boleh lupa pada substans Islam itu sendiri bahawa akhlak seorang muslim adalah tamsilan kekuatan ummah?
'
Sahabat...
Kita bersungguh belajar ilmu Islam. namun langsung tidak memfokuskan kepada pemahaman dan amal. apa gunanya ilmu andai tak diamal?
'
Sahabat..
Sedarlah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa percampuran lelaki dan perempuan ajnabi di lihat sebagai sesuatu impak y besar kepada keruntuhan akhlak ummah akhir zaman.
'
Sahabat...
Tahukah aku, kamu, dia dan mereka bahawa pergaulan islamic itu sangat menipu daya. Dengan keluarnya anak adam dan hawa, laki2 dan perempuan meski dalam kumpulan y ramai tanpa arah tuju, cuma sekadar untuk isi kekosongan masa y terluang adalah salah disisi agama? ia membawa kita kepada pergaulan bebas alaf baru y diberi nafas baru oleh syaitan laknatullah. tidakkah aku, kamu, dia dan mereka sedar akan hal ini? atau sudah sedar...tapi masih lagi buat2 tak tahu..sengaja butakan hati dari mengambil pengajaran?
'
Sahabat...
Sedarkah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa kita sudah ketagihan kepadanya? ketagihan untuk keluar bersama-sama dgn kaum y berlainan jenis? keluar awal pagi..balik lewat mlm...kadang tu bukannya ada tujuan y benar2 tujuan. yang ada cuma tujuan y saja diada-adakan. semuanya berlandaskan nafsu. "ahhh hang out jd boring, jd tak lengkap kalau keluar klo tak ditemani sahabat2 perempuan atau sahabat2 lelaki bersama.." "kami bukan keluar berdua2an..keluar ramai2..kira islamic laa nee..kami tau la jaga batas pergaulan!!", kamikan org y taw agama masakan buat perkara y bukan2.." "alaaah....kami bukannya buat apa2...borak2 kosong..makan2..beramah-tamah, bergurau-senda, bergelak-tawa, bergosip-gosipan..bese laa tu..kampus lifestyle... kau ne kolot la!!!" "err kalo jadi apa2 pun ade ramai kawan2 y tengok kot. deorang kan boleh tegur". persoalannya, adakah mereka y keluar bsama aku, kau, dia, dan mereka ne pernah tegur khilaf pergaulan anda?
'
Sahabat...
Hari ne aku belanja kau, esok kau belanja aku..kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa saja y bersifat tidak syarie secara kerap, adakah itu dinamakan org y menjaga batas2 pergaulan dan tahu agama? langsung tak ada nilai significantnya sama sekali. ditambah lagi kisah2 peribadi antara sahabat2 lelaki dan sahabat2 perempuan y hangat dikongsikan bersama-sama. woW!! amazing! dah yakin sangat ke nikmat pancaindera aku, kamu, dia, dan mereka boleh jawap depan Allah di padang mahsyar nanti? pergaulan islamic laaa sangat??!
'
Sahabat...
Sedarlah semuanya fatamorgana. dari jauh nampak indah tapi bila dihampiri, kosong. langsung tak membawa apa2 makna.
'
Sahabat....
Hidup kita bukan untuk enjoy sana sini tanpa ada malu y membaluti diri...yang dibentengi iman dan taqwa...hidup kita tak selamanya di dunia...dan perhubungan kita ini tak lebih dari ujian..
'
Sahabat...
Ambil berat itu boleh..itu fitrah..Allah sememangnya menyarankan kita berukhuwah.. tapi jgn disalah ertikan tiket ukhuwah tersebut..mahu berukhuwah biar kena caranya. berjumpa, bertanya sekadar y perlu bukan dg cara tak kira siapa, tak kira waktu, asyik2 ketemu, jumpa pulak selalu dihujung minggu.
'
Sahabat..
Perjalanan hidup kita ni adalah nikmat y sangat berharga..jgnlah di sia2kan percuma..
'
Sahabat...
Sudah jauh perjalanan kita..sudah berbelas..mahupun puluh tahun kita hidup..tak tahu bila perjalanan ne akan terhenti. andai ia terhenti dlm keadaan y Allah tidak redha macam mana?
'
Sahabat...
Muhasabah...carilah tujuan asal kita diciptakan..dari mana kita datang..dan kemana kita selepas tu..moga aku, kau, dia, dan mereka sentiasa tak lupa. sahabat y baik umpama mentari y menyinar. sentiasa berpesan-pesan dgn kebenaran dan ingat-mengingat tentang kesabaran. mujahadah itu siksa, namun penghujungnya tersangat indah. Jannah target tertinggi setiap Muslim manakala Muhammad SAW contoh terbaik akhir zaman. Mardhotillah yuk! =)
'
~~~~~~~~~
Nota kaki :
~~~~~~~~~
1- Orang y berilmu y tak dapat kawal nafsunya jauh lebih teruk daripada orang y jahil.
'
2- Jauhi maksiat, jauhi zina. Takkan berbual2 pun tak boleh > Itupun zina jugak ke? Zina ada macam2 jenis dan peringkat. Ada zina tangan, ada zina mata (melihat berlainan jantina dgn perasaan berahi), melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan yg berlainan jantina dengannya. "Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman". - (Riwayat Muslim dan Abu Daud). Jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak meski dalam pergaulan y nampak islamic. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana2 jalan atau lorong sekalipun. Nauzubillah!
'
3- Hari ini mungkin tidak..besok mungkin kamu kecundang. Sudah banyak tipu daya iblis y mengena sasaran. Iblis amat bepengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama..Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa. Ia ada lebih 1001 cara. Maksiat y dilakukan terasa indah di mata di hati, tambahan tak ada lagi rasa bersalah atau keluh-kesah dihatinya setelah ikhtilat dilakukan. Inilah perjanjian iblis dgn Allah utk menyesatkan kecuali di antara zuriat2 anak Adam y sentiasa membersihkan hatinya.
'
4- Aku merindukan sahabat2 y bila bersamanya terasa kuat, mampu membuatkan hati cair, dgn getaran gemersik kalamullah..
'
5- Agama adalah nasihat. "Pada awalnya Islam itu asing dan kembali asing sebagaimana pada awalnya. Sungguh beruntunglah orang-orang yang asing." (HR Muslim n0 389 dari Abu Hurairah)
'
6- In short, your life is your choice, jangan takut jadi orang aneh.
'
~~<~~<~~<@

Sunday, September 19, 2010

Kembara Ramadhan ke Aidilfitri 2010

Bismillah...



31 Sept 10 - Heart to heart dg maksu..wisdom advise from her..thanks Allah for giving me somebody to muhasabah myself. baru nak sedar diri bile org bagitau kelemahan diri. hopefully can improve from time to time. insyaAllah.



1 Sept 10 - Grand Iftar bersame sahabat2 seperjuangan kat umah sir fazil....anjuran ruby n aie.. thanks to both of them sbb rajin organize prgm.. n not forget sir fazil sbb sudi jd tuan rumah.... + ade pulak tragedi lepas bebuka..bile tiba tyme solat maghrib, aku dg beberapa org ukhti turun bwh..cari surau coz segan nak maghrib kat umah sir, padat sgt org. da turun same2 tu arap2 la dpt jemaah same2. pusing punye pusing cari surau....mase abis kot situ je. dah jumpa surau tp bekunci pulak. aku suggest utk solat kat kaki 5 surau n gilir2 solat atas sejadah n telekung y aku n ruby bwk. msg2 agree. check air kat toilet pun xdak jgk. wak2 da nak habis ne, tepakse laa msg2 pentingkan diri sendiri bile smpai tyme mcm ne. aku ambil kputusan utk solat di kaki 5 surau beralaskan sejadah n telekung y aku bawa..manakala ukthi2 y len pulak amik kputusan nk naik atas solat umah sir..naseb baek dah ade wudhuk sblm mai uma sir. maka bermaghriblah seorg diri di kaki 5 dpn surau y bsebelahannya ade swimming pool, dtemani pulak budak2 y sedang panjat bumbung rumah disamping org non-muslim y sdg bermandi-manda di situ..nasib baik dpn surau tu telindung sket dr tempat swimming pool tu...haha klo x smayang pun x khusyuk..dan lagi nak dijadikan cerite..lift pulak rosak..tepaksa laa lagi seorg diri mendaki tangga utk smpai ke tingkat 16 kondo umah sir. berlatar belakangkan suasana gulap dan suram....ditambah lg dgn kehadiran mat2 black menghiasi ekspidisi mendaki....perghhhhhh mmg gerun!!! >,<

8 Sept 10 - Hari utk balik kedah..yey!

9 Sept 10 - Sahur n buka puasa pertama n terakhir bln ramadhan 2010 dg family sndri. ptg masak ayam masak merah n kari daging with mama n kakak utk bebuke n hari raye esk. preparation utk raya dah siap....malam raye...kluar ronda2 di sekitar kulim with family. ^^

10 Sept 10 - First syawal, balik sedim...ziarah kubur tokwan toknek sebelah abah...then ziarah keluarga mak lang...anak2 serta cucu2nya... next destination pegi mahang.. ziarah kubur tokwan sebelah mama n sedara-mara mama y laen....then serbu umah makpah pulak....mlm.. family maksupaksu balik ke kulim.....maka apa lagiii...rumah jadik riuh-rendah laaa..dg khadiran anak2 maksu...kak long, kak ngah, kak b, syuhada, n mawaddah..tmbh aku n kakak lagiii... . . .wuaahhhh...meriahnyeeee. . ^_^'' hihii

11 Sept 10 - Sedare abah dtg...lps deorg da agak lame kat umah..tpakse mintak izin utk kuar dr tetamu coz nk beraye kt umah sahabat...da janji kot...mama abah kakak maksu paksu tinggal umah..layan tetamu...bawak adik2 spupu beraye di umah doc fiqa n doc rina. then bile blk umah rupa tetamu dah laen..ouh continue dg sedara-mara mama pulak ye btandang ke rumah. oke. ^^ pd mlmnya pulak celebrate bufday syuhada anak maksu y baru darjah 2 di kfc kulim.

12 Sept 10 - Kenduri betunang dayang murni di kupang...sederhana tapi meriah. dpt jumpa sanak keluarga lagi.....=) . lps tu terus mengembara besama mama abah kakak n maksu's family ke grik dg hajat nk ziarah kwn maksu but malangnya mrk tiada di rumah. then patah balik utk ke pekan baling. ne baru first tyme aku jejakkan kaki ke pekan baling. i2 pun stelah beberapa kali buat rayuan kat abah utk pegi situ. kata aku kalo x pegi jgk kali ne, alamatnya 10 thn lagi la pulak baru aku dpt pegi..wahahha.. uhukk! hee~ alhamdulillah rayuanku diterima. ^^ (tapi y musykilnya nape aku sorounk je y x penah smpai ke pekan baling...padehal family aku n maksu nye family y duduk kL ne pon da penah sampai sna..urm ntah laa..but why aku sorounk je??? err naek penin aku pike.) ahaks lupe nak tulis.. dlm pejalanan ne dua2 family sume skali sumbat naek kete paksu y satu ne......seb baek muat...2 pun dah mampat mcm sardine! x_x'!!

13 Sept 10 - Gotong-royong besame adk2 spupu..masak nasi lemak....bekelah ngan family maksu di sg.sedim....bila mlm menjelma....msg2 bt aktiviti bebas.. ZzzZzzzzz''....

14 Sept 10 - Kak b temankan aku utk renew lesen memandu...pastu hadiri open house kt umah accountant nini di taman makmur. dtemani kaklong n kak b, then drive ke seberang prai utk jemput tetamu tehormat dr peneng yaitu YAB n adiknye utk beraye kt umah..datang je bejemput, balik deorg blk snri la. da tawu jln kan? da 2x dtg, kalo x ingat lagi mmg laaa..haha.. urmm mlm pulak shopping terakhir di giant kulim bedue ngan kakak. then beraye umah tokchik di taman selasih..

15 Sept 10 - Together my family n maksu's family..tepakse balik awal ke kL, coz ade hal family y penting. otw balik tu..sempat lagi singgah beraye di rawang.....

16 Sept 10 - Di sg.pusu meeting khas dg Asyraf Muslim.. ^^haha

17 Sept 10 - Open house umah maksu..kawan2 kak long, cikgu2 kak long, sedare-mare dtg...

18 Sept 10 - Tour raye....start dari park avenue, kg.puah, sentul, klang, hingga ke bandar mahkota banting...umah kwn n sedare-mara sebelah paksu..

19 Sept 10 - Hari ne mama, abah, kakak balik kulim...manakala kak long anak maksu balik pahang... sambung blaja after sminggu lebih cuti raya.. urm hari ne jgk ade invitation makan2 kat rumah kak putri..maaflaa...x dpt pegi..insyaAllah panjang umur..next tyme ek.

'

Nota kaki :

'
1 - Aku ade buat bbrapa azam waktu bln Ramadhan ri2, urmm..ade y dpt buat.. ade y x...msh banyak lompong2. hopefully msh bkesempatan utk betemu dg next Ramadhan...nak cuba lagiii..huh!
'
2 - Urmm..terasa kehilangan.... bila mama abah kakak n kak long dah pegi... Ya Allah.. aku masih x berjaya utk buat apa y aku nak buat...tolonglah jgn biarkan aku ambil masa y lama sgt utk aku berubah ke arah y lebih baek....aku sangat mahu bahagiakan mereka y terbaik dlm hidup aku...mereka y aku sayang. tolonglah aku. . .

'

~~<~~<~~<@

Sunday, September 5, 2010

pelikkk


Bismillah...


Aku : Paksu....Paksu ne pelik laaa.....


Paksu : Nape pulak Paksu pelik???


Aku : Ye laaa.....paksu pandai masak...paksu pandai bertukang....paksu pandai repair bende2 rosak.....paksu pandai gubah bunge....paksu pandai bekebun....paksu sgt rajin tolong maksu buat keje2 rumah...buang sampah...lap tingkap.....jemo baju...cuci periuk belangga....cuci aquarium tiap2 minggu...reka resepi2 baru utk famili mkn.....paksu sgt3 rajin dan pandai buat macam2......urmmm paksu ne pelik laaaaaa...!

Paksu : Well, bese laa....org kreatif mmg mcm ne....hahahahaa


~aku tersenyum kambing dan perbualan kami pun terhenti disitu sebaik saja ada makhluk rumah y mengganggu..



Motif~> hehe??? so? wut is the point??????? urmm entah..laaa.....selame ne aku nampak semue tu depan mata...tapi langsung tak terlintas nak fike secara mendalam disebalik semua tu. setelah lame aku kenal paksu....skrg baru aku nak tesedaa kew???OMG.....(hahaa..teruk betol org y tgh tulis ne.. )
`
1- Dlm hidup ne, byk benda y terbaik dah ada dpn mata...ada y kita sedar dan hargainya waktu sedar....dan juga y dah lama ada depan mata baru tersedar dan baru cuba nak hargai....cth y paling dekat: hubungan kasih sayang serta pengorbanan ibu ayah sendiri...
`
2- Paksu......paksu.....paksu...... adalah species adam y sgt jarang dtemui..lagi2 zaman y smkn moden ne.......kdg2 tu hati tesentuh pun ade jgk dg cr paksu layan maksu... tp wut xtaw je. perhati tp wut2 xtengok..hahaa betuah maksu. smoga Allah merahmati pernikahan kalian hingga akhir hayat dsamping zuriat2 y dkurniakan. ameen! ^^


~~<~~<~~<@

Saturday, August 21, 2010

Warkah ke syurga

Bismillah...



11 Ramadhan 1431
~
Salam Ramadhan Kareem...




Imarahkan lagi
Ramadhan kita jOm!



~~~~~~~~~~~~~

"Jalan menuju ke sana.. "







~~~~~~~~~~~~~~
~


Hanya kita tahu siapa kita..


Hanya kita tahu kekuatan dan kelemahan kita..

Usah biarkan kelemahan kuasai diri...


Jadikan Ramadhan kali ini tidak sia2 lagi...


Moga hari ini lebih baik dari semalam..

=)


~~<~~<~~<@