Bismillahhirahmanirrahim
TAJUK : Mukjizat Baginda NabiDua orang pemuka kafir Quraisy itu berkumpul di samping Ka'bah. Tepatnya di bawah mizab Ka'bah. Yang seorang bernama Shafwan bin Umayyah dan yang seorangnya bernama Umair bin Wahab.
Dengan sangat hati-hati Shafwan berkata: "Apa pendapatmu Umair, Muhammad telah membunuh ayah, pakcik dan saudara kita di Badar. Bgaimana pendapatmu kalau kau pergi ke Madinah dan membunuh dia?"
"Tapi, kalau terjadi apa-apa denganku bagaimana dengan keluargaku?" Jawab Umair.
"Tenang. Demi Latta dan Uzza, akulah yang akan menjaga anak dan keluargamu. Makan minum mereka menjadi tanggunganku. Binasa mereka adalah binasaku. Darah mereka adalah darahku. Hidup mereka adalah hidupku dan mati mereka adalah matiku. " Sumpah Shafwan bin Umayyah.
"Baiklah aku akan membunuhnya. Besok aku akan berangkat ke Madinah. Dan rancangan kita ini biarlah hanya kita berdua yang tahu." Kata Umair mantap.
Akhirnya keduanya sepakat. Umair akan pergi ke Madinah untuk membunuh Nabi Muhammad SAW dan keselamatan keluarganya menjadi tanggungjawab Shafwan bin Umayyah. Umair terus bergegas pulang ke rumahnya untuk bersiap-siap. Ia melumur pedangnya dengan racun yang mematikan hingga pedang yang putih berkilat itu kelihatan biru. Lalu ia berangkat ke Madinah untuk melempiaskan dendamnya yang membara. Ia ingin segera menemui Nabi Muhammad SAW dan menghujamkan pedangnya itu ke tubuh beliau. Sama sekali tidak terbersit dalam fikirannya bahawa Allah bersama hambaNya yang bertakwa. Ia tidak tahu bahawa,
Petolongan Allah lebih kuat
Dari perisai dan benteng baja
Pada saaat keduanya sepakat dengan rancangan jahat itu, Allah mewahyukan kepada Rasulullah SAW tentang apa yamg mereka rancangkan di bawah mizab Ka'bah itu. Rupanya Shafwan dan Umair tidak sedar bahawa yang mereka musuhi adalah seorang utusan Allah.
**********
Setelah melakukan perjalanan jauh berhari-hari, akhirnya Umair sampai di Madinah. Matanya melilau mencari-cari susuk Muhammad SAW. Ia ingin segera menggunakan pedangnya yang tajam beracun itu untuk menggorok dan menikam tubuh Baginda.
Umair sampai di masjid. Namun susuknya tertangkap oleh ketajaman mata Umar bin Khaththab r.a. yang memiliki firasat yang tinggi. Cahaya keimanan Umar bin Khaththab r.a. memancarkan ilham dalam hatinya bahawa ada tidak beres pada keberadaan Umair bin Wahab di jantung kota Madinah itu. Maka Umar terus bangkit menghunus pedangnya dan meringkus Umair. Umar melucuti pakaian dan pedangnya lalu membawanya menghadap Rasulullah SAW yang saat itu ada di dalam masjid. Rasulullah bertanya menyelidik:
"Hai Umair, untuk apa kamu ke sini?"
"Aku datang untuk menebus tawanan kami yang tertangkap dalam perang Badar."
Baginda SAW terus menukas:
"Kamu dusta! Kamu dan Shafwan duduk di bawah mizab Ka'bah sepuluh hari yang lalu. Shafwan berkata padamu begini-begini. Dan kamu berkata padanya begini-begini. Dan kamu datang untuk membunuhku. Dan Allah tidak akan memberikan kekuasaan padamu untuk membunuhku."
Umair sangat terkejut mendengar sabda Rasulullah SAW itu. Sebab masalah ini hanya dia dan Shafwan saja yang tahu. Ia segera tersedar bahawa yang ada di hadapannya benar-benar seorang utusan Allah. Seketika itu Umair bin Wahab berkata:
"Asyhadu alaa ilaaha illallah, wa asyhadu annaka Rasuulullah!" Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa kamu (Muhammad) adalah utusan Allah!"
Dipetik dari : Sarjana Al-Azhar, Cairo Mesir.
**********
PENGAJARAN :
Apa yang saya dapat disimpulkan dari kisah ini ialah kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW hendaklah mengasihi serta mengutamakan Nabi SAW dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ia merangkumi dari dua aspek iaitu aspek rohani serta jasmani. Dari sudut rohaninya, kita hendaklah benar2 merasa sangat cintakan Rasulullah SAW serta cuba sedaya upaya untuk mempraktikkan apa yang dilakukan oleh Baginda SAW. Manakala dari sudut jasmaninya pula, kita mestilah sanggup bersedia mempertaruhkan apa jua yang kita ada demi Baginda SAW bahkan mungkin nyawa kita sendiri seandainya kedudukan Baginda SAW dicela serta diancam martabatnnya oleh orang2 kafir. Dan dalam kisah ini perkara inilah yang dilakukan oleh Saidina Umar r.a. ke atas kekasih Allah Nabi muhammad SAW.
Wallahu'alam..
* Sebarang ulasan, penambahan, pandangan, kritikan, kOmen, naSihat, teguran atau apa jua bOlehlah dikOngsikan bersama. Dengan rasa rendah hati, saya memohon maaf di atas segala kekhilafan atau kekurangan dalam panyampaian ini..
No comments:
Post a Comment