menarik asyiknya..
indah pesonanya..
sudah jauh langkah berjalan
tidak sedar jalan sudah sampai dipenghujungnya
Asyik benar mengulit bayangan indah,
apakah khayalan itu benar-benar
atau hanya satu rekaan atau satu ilusi indah
menerjah ruang kamar sanubari
sungguh takjub asyiknya..
berdebar sanubari
jauhnya khayalan terbang pergi
pergi bersama angan-angan
terasa..
sungguh bedebarnya..
jelas merangkul sanubari,
rasanya sudah benar,
butanya matahati manusia, jiwa mengeladak, meminta hak terus dibela,
rangsangan dari minda terus menghadap tinta,
tinta melukis indah di kanvas panorama.
apakah sudah benar-benar benar..siapalah yang tidak
perlukah seorang satria mengalunkan kata-kata berbaur madah
apakah mahu ada yang mengerti..
Apakah itu hak..
Apakah itu matlamat..
Apakah erti kebebasan sebenar...
Tidak ada yang lebih bahagia
selain menjadikan tuhan sebagi tujuan..
Semoga mampu mengerti...
~~<~~<~~<@: gha
1 comment:
kejar akhirat tapi jangan sampai dunia diketepikan kerana Allah menjadikan alam ini untuk manusia belajar sesuatu..agar dengan itu akan bertambah iman dan taqwa kepada-Nya.
Post a Comment