Tuesday, March 10, 2009

Layar Sebuah Kehidupan


Hidup tak seindah apa yang selalu aku bayangkan. Aku selalu berangan nak jadi insan yang hebat. Yang berbudi luhur, yang bijaksana, yang petah bicara, yang zuhud, yang tawadduk dan istiqomah. Kalaulah aku dapat jadi macam orang tu.. hmm! he he.. Selalunya apa yang aku impikan tak sama dengan kesungguhan serta effOrt yang aku laburkan. Camner lah impian nak jadi kenyataan kalo dah perangai camni rupanya. Tinggal angan-angan mat jenin jer larh aku ne yek. Tapi tak juga, tengok situasi dan keadaan jugak. Kalau sesuatu benda tu aku betol2 nak, aku tak kira, aku pasti USAHA kan sampai aku dapat. Yang hanya aku perlukan adalah tekanan untuk dapatkan sesuatu, then baru aku bergerak dengan momentum yang paling maksimum ke arah sasaranku. Tekanan persekitaran selalunya banyak membantu aku untuk capai kejayaan. Tanpa tekanan, gerakkan aku amatlah perlahan, boleh diibaratkan seperti kura-kura dan amat mendukacitakan diri aku sendiri. Itu aku.


Hakikatnya dalam hidup ni penuh dengan onak duri, liku2 dan cabaran yang terpaksa di tempuhi walaupun itu bukanlah pilihan dari hati nurani aku sendiri. Pernah aku bertanya pada diri. Dimana letaknya hati seorang manusia ketika dia diuji dengan cabaran? Adakah hatinya teguh dan selalu redha mengingati DIA ataupun lebih teguh menagih simpati insan biasa yang juga lemah sepertinya. Tapi itulah hakikatnya kejadian manusia yang diciptakan di muka bumi ni dengan selalu berperasaan keluh-kesah, selalu saja cari dia daripada mencari DIA. Dan pastinya aku juga tidak pernah terkecuali. Huhh sebab itulah aku selalu ingatkan diri betapa pentingnya untuk aku selalu bermuhasabah. Tanpa muhasabah hati manusia seperti aku mudah leka, lupa, lalai, alpa, dan semua yang sama waktu dengannya.



Baiklah rasanya cukup setakat itu 2 perenggan introduction karangan aku kali ne. Jom imbau balik sewaktu zaman kecilku. Aku dibesarkan di sebuah kampung, yang diberi nama Kg.Sedim. Di situ, banyak yang aku pelajari dan terokai sebagai budak kampung. Aku tidak malu untuk menyatakan bahawa "aku adalah budak kampung" kerana bermula dari situlah aku belajar mengenal erti kehidupan. Pagi2 nak ke tadika, Tok Wan lah yang tolong hantarkan aku. Sebab mama dan abah keje. Tok Wan jugak yang selalu bawak aku ke hulu kehilir naik kereta kodok ke Kepala Titi, tempat markas Tok Wan dan rakan2nya berborak minum kopi. Ada jugak sekali sekala aku join sekaki pekena nasi lemak dan teh tarik. Kopi aku tak minum sebab warnanya yang gelap dan rasanya yang pahitt. Waktu tu usiaku lebih kurang 3 tahun, dah pandai "choosy". Humm Sedappp.. masih boleh ingat lagi keenakkan rasa masakan pak cik dan mak cik kat warung tu. Sekarang warung tu masih dibuka atau tak, aku sendiri tak pasti. Sebab setelah abah ambil keputusan untuk berhijrah ke bandar Kulim yang mana lebih dekat dengan tempat kerja abah, adalah amat jarang sekali untuk kami sekeluarga pulang ke kampung. Kalau pulang pun hanya pada waktu2 tertentu iaitu pada hari raya, tak pun pada hari sanak-saudara buat kenduri-kendara.


Biasaanya kat kampung waktu petang2 aku ngan kakak dan juga Tok Wan akan bakar ubi kayu kat kebun, belakang rumah. Tok Wan bakar ubi kayu kat dalam himpunan daun-daun kering. Tok Wan lah tukang korek tanah cari ubi kayu, Tok Wan lah tukang sapu daun-daun kering untuk jadi bahan bakar bagi ubi kayu disamping nak bersihkan kebun skali sebenarnya, Tok Wan lah juga yang tukang nyalakan api, Tok Wan lah juga tukang kopekkan kulit ubi untuk aku dan kakak setelah masak. Habis! Ape yang aku dan kakak buat??? Sebenarnya aku dan kakak pun jadi tukang jugak, jadi tukang Si pemerhati! Ha ha apa yang Tok Wan kami dok buat, kami dua beradik ne dok peghati saja larh he he.. naif sungguh la kami dua bradik ne. Tengok Tok Wan dok buat kerja sorang2. Tapi waktu tu kecik lagi, manalah aku n kakak nak pikir semua tu. hu hu Waaahh laazat sungguh rasanya Si ubi kayu ne! Itu aja yang aku tahu. Biasanya aku akan menikmati keenakkannya Si ubi kayu dengan cicahan gula yang bermanik2. Enaknya tak terperi sampai aku menjilat jari. Kenangan manis bersama arwah Tok Wan ne akan selalu aku ingat dan tak mungkin aku lupakan sepanjang hayat ku ini.


Di sana, di Kg, Sedim jugaklah aku belajar panjat pokok, main jengket2, main batu seremban, berbasikal ke hulu ke hilir tengah padang waktu tengah hari buta, melepak buang masa main masak2, main anak patung, main kawin2, main doktor2 kat umah sahabat baik sampai tak ingat waktu nak balik (selalu sangat kena beletir n kena marah ngan mama tapi masih dok ketegang buat tak tau ja..cam x dak papa yang tejadi..haha) belajar main bola sepak dengan budak laki-laki tapi hakikatnya waktu tu bukan bola yang aku sepak tapi kaki deorang yang jadi mangsa sepakan aku.. huhu.. best! bukan slalu.. he he Tulah sape suruh ajak budak pOmpuan main bola sepak?! Kan dah kena.. ha ha terima jer larh kan.. . he


Tapi sekarang tak la.. aku dah lain, (emm ye ke da lain??) itu semua dah jadi sebahagian dari rentetan masa silamku yang lebih kurang 16 tahun aku tinggalkan. Kenangan terindah sewaktu aku mula-mula membesar kat kampung. Sekarang aku dah semakin dewasa, dan kini dalam proses pembelajaran yang lebih bermakna. Doaku supaya aku tidak tersasar dari melalui jalan Nya yang luruz itu. Harap2 hidup aku senantiasa mendapat Hidayah, Rahmat dan diberkati~Nya.. .




No comments: