Thursday, April 9, 2009

Sedar Diuntung.. versi 2




BN dan UMNO adalah dua nama yang berbeza. Faktanya UMNO adalah nama parti yang sudah banyak berjasa pada penduduk Tanah Melayu ketika sebelum negara capai kemerdekaan lagi.
Setelah UMNO terlibat dalam politik dan pentadbiran negara, ramai pula rakyat Malaysia (Bangsa Malaysia yang berbilang kaum) menaruh harapan dan kepercayaan kepada UMNO, UMNO dalam BN dan kepemimpinan UMNO melalui BN, Kerajaan BN.

Untuk membaharui semangat bekerjasama antara orang Melayu dan semangat bekerjasama antara kaum di bawah parti-parti dalam Barisan Nasional mari kita baca dan mengkaji semula sejarah UMNO, PERIKATAN dan BARISAN NASIONAL seperti rencana di bawah yang di petik dari laman web UMNO dan BARISAN NASIONAL.



LAHIRNYA UMNO


Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato' Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai faktor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu. Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara.



PENUBUHAN PERIKATAN (ALLIANCE)

Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan. Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.



BARISAN NASIONAL


Barisan Nasional merupakan salah sebuah parti politik pakatan yang paling berjaya di rantau ini. Sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, parti ini telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara ini tanpa diganti.

Barisan Nasional mewarisi amanah kepercayaan serta tradisi yang dirintis oleh PERIKATAN, iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu bagi memperjuangkan agenda Kemerdekaan negara dari pihak British. Parti politik ini diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra, bersama Tun Tan Cheng Lock serta Tun Sambanthan, dengan gabungan parti UMNO, MCA serta MIC.


Parti Perikatan, yang kemudiannya dikenali sebagai parti Barisan Nasional, adalah satu formula politik yang unik bagi Malaysia. Ianya adalah satu formula yang telah berjaya menyatukan penduduk yang berbilang agama, budaya serta bangsa, untuk mencipta sebuah negara yang gagah, berjaya dan berwawasan.


Dengan tertubuhnya parti Perikatan, kaum Melayu, Cina serta India telah mengenepikan kepentingan kaum semata-mata, bagi memperjuangkan sebuah matlamat yang dikongsi bersama – iaitu Kemerdekaan dari pihak British. Berikutan kejayaan di pilihanraya kecil pada tahun 1952, parti Perikatan telah terus mencapai kejayaan demi kejayaan dengan sokongan padu rakyat. Akhirnya, parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihanraya Umum yang diadakan pada 27 Julai 1955.. Seterusnya, parti Perikatan meraih 72 daripada 104 buah kerusi yang dipertandingkan sewaktu Pilihanraya 1959. Begitu juga pada tahun1964, parti Perikatan telah memperkukuhkan lagi kejayaannya (89 daripada 104) dan seterusnya pada Pilihanraya Umum pada tahun 1969 (74 daripada 144 kerusi).

Matlamat unggul rakyat akhirnya tercapai pada malam 30 Ogos 1957, apabila bendera Union Jack akhirnya diturunkan, dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan buat pertama kali di Padang Kelab Selangor, sebagai symbol Kemerdekaan rakyat Malaya. Keesonkan harinya, lahirlah sebuah negara baru apabila Tunku Abdul Rahman melaungkan Kemerdekaan Malaya di Stadium Merdeka. Dengan itu, negara ini menempa nama sebagai salah sebuah negara yang berjaya memenangi kemerdekaannya secara aman, berpandukan proses politik yang aman. Dengan kemerdekaan ini, parti Perikatan telah diberi mandat untuk menubuhkan kerjaaan yang pertama, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri yang pertama. Beliau kemudiannya melantik Menteri-Menteri Kabinet yang terdiri daripada para pemimpin yang berbilang kaum di Malaya.


Secara beransur-ansur, pakatan politik yang terdiri dari pelbagai parti ini dikenali secara rasminya sebagai BARISAN NASIONAL (BN), dan didaftar secara rasminya pada 1 Julai 1974. Kini BN terdiri daripada 14 buah parti termasuk UMNO, MCA serta MIC. Dengan kepercayaan tekal kepada kesaksamaan hak, keadilan BN tercermin oleh jumlah wakil yang sama dari setiap parti komponen di dalam Majlis Tertinggi BN – tiga bagi setiap parti – tanpa mengira saiz atau jumlah ahli parti-parti tersebut. President bagi setiap parti komponen memegang jawatan Naib Pengerusi, kecuali Presiden UMNO yang menyandang jawatan Pengerusi. Setiap keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi BN, iaitu forum parti yang tertinggi sekali, dicapai menerusi persetujuan semua. Tanpa persetujuan mutlak dalam hal-hal seperti manifesto parti, keahlian parti komponen, atau isu-isu lain yang sensitif, keputusan akhir tidak akan tercapai. Inilah antara ciri-ciri unik parti BN yang menjadikannya sebuah jentera yang lebih gagah, berkesan serta praktikal bagi perjuangan di Malaysia.


Sejak Pilihanraya Umum 1955, BN terus menerima sokongan serta kepercayaan rakyat negara baru pada waktu itu. Pada tahun 1974, ianya memenangi 135 daripada 154 kerusi yang dipertandingkan; pada Pilihanraya Umum 1978 ianya memenangi 130 daripada 154 kerusi; pada Pilihanraya tahun 1986 ianya merangkul 148 daripada 177 kerusi; dan pada Pilihanraya tahun 1990, ianya memenangi 127 daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. Rakyat terus menerus memberikan sokongan padu menghasilkan kemenangan majoriti lebih dari dua pertiga kepada BN, membolehkan parti ini meneruskan rekod kemenangannya sejak tahun 1955. Dengan kestabilan politik ini negara dianugerahkan kestabilan ekonomi serta pembangunan yang berterusan sepanjang 50 tahun di bawah kerajaan pimpinan BN.



Coretan rasa:

Betapa sukarnya negara ingin mencapai kemerdekaaan, betapa sukarnya pejuang2 terdahulu memartabatkan kedaulatan negara, betapa sukarnya untuk capai permuafakatan serta persefahaman. (kalaulah ada insan yang memahaminya... =_=)

Sejarah "Tanah Melayu", Tunku Abdul Rahman telah membuktikan. Hak-hak orang Melayu sentiasa terpelihara, dan juga kedaulatan Sultan-Sultan Melayu sentiasa dikawal rapi dari dicerobohi. Mahukah kita semua hilang kesemuanya sekaligus hanya kerana dek anasir-anasir yang tak bertanggungjawab yang hanya pandai bermain dengan kata-katanya itu?


PESANAN HIKMAT MASAYARAKAT DARI SAYA : Tetap doakan yang terbaik untuk pemimpin baru Malaysia. Apa yang baik kita teladani, apa yang sebaliknya sama2 kita cuba perbaiki dengan saling nasihat-menasihati. Oleh sebab i2 ada mufti2 yang rasa bertanggungjawab datang mara kehadapan berperanan menasihati pemimpin2 (salah seorng ustaz penah menyatakan ini kepada saya, maka pena saya mencoretkannya kembali) . I2 pentingnya sikap bekerjasama. Kenapa perlu bersekutu? Kepada *********** nampak saja seperti memperjuangkan sesuatu untuk Bangsa, Agama, n Negara tetapi hakikatnya tetap bersifat individualistik. Bawa agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi. Ini hak kita sebagai rakyat Malaysia. Maka gunakan ia dengan sebaik mungkin dengan BERANI SUARA kan SUARA hati kita! (pesanan ini khas utk org2 yang tak tertakluk pada syarat2 y terikat o sewaktu dengannya, haha..)!


P/S : X mahu blog ini dicop sebagai blog politik “bak kata Aie”, saya turut membawa pendirian yang sama. Yang benarnya jika ditanya, politik bukan jiwa saya, tetapi untuk kali ini entah seruan apa yang memanggil saya untuk menuliskan entry sebelum ini n juga ini. Akhir kalam, ini luahan rasa mengenai dunia politik yang mungkin terakhir dari saya. Kepada pembaca yang sudah terbaca entry sy sebelum ini (yang mana belum benar2 siap di edit, n belum pun sempat berbalas hujah, hmm x apalah, x mahu sejarah org lain menimpa ataz diri ini, perjalanan masih jauh.. huhhh). Sesungguhnya, I2 adalah luahan hati sebenar saya namun atas nasihat seorang sahabat, saya mengambil keputusan mengantikan entry sebelum ini kepada sesuatu yang lebih bersifat realistik, memandangkan statusku yang tidak mengizinkan. Ya Allah aku terlupa sebentar dengan siapa diriku sebenar. Aku rasa tertampar. Terima kasih kepada sahabat itu kerana sudi mengingatkan aku. Segala kritikan serta komen2 anda terima kasih daun keladi kalau boleh jumpa lagi . (keh3 ade atie lage tuh.. Wallahua'lam)


No comments: