Sunday, April 5, 2009

Teruja



Era Baru Malaysia Bermula



Para pemimpin itu sentiasa datang dan pergi, bertukar bersilih ganti. Kini sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri, ia sebenarnya merupakan satu peluang besar bagi rakyat Malaysia untuk meninggalkan segala persengketaan dan keserabutan yang lalu. Turut mengembirakan hati saya tika ini ialah Dr. M bersama isterinya telah menyertai UMNO kembali setelah hampir setahun meninggalkan parti. Bahkan yang lebih teruja, beliau menyatakan kesediaannya mahu membantu UMNO dan Barisan NASIONAL dalam pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Air. Selamat kembali saya ucapkan kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad bersama isteri!!

Peralihan kuasa ini merupakan lembaran baru untuk semua rakyat Malaysia memasuki era baru dengan tampuk pemerintahan pemimpin baru. Biarpun ada usaha termasuk di saat-saat akhir mahu mengagalkan peralihan termasuk menerusi gerakan politik ketua pembangkang, Anwar Ibrahim namun jawatan tersebut tetap diamanahkan kepada Najib.

Teringat kepada sabda baginda Rasulullah SAW : Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya-(Riwayat al-Bukhari).

Khalifah Umar Abdul al- Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti saat kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya kepada anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya: "Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Bayangkan sampai begitu sekali hebat rasa takutnya sahabat untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Ya Allah, aku juga tidak terkecuali dari mereka.. . Bantu dan bimbinglah aku bersama-sama mereka pejuang-pejuang yang lain agar tidak menyimpang dari landasan~Mu.

Hari ini kita mendapat Perdana Menteri yang baru. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah sentiasa merahmati rakyat serta pemimpinnya untuk sentiasa diberi kekuatan menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Walaupun mungkin ramai pemimpin itu tahu akan tanggungjawabnya, tetapi mereka perlu sentiasa diingatkan. Maka disitulah letaknya peranan kita sebagai rakyat.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tahniah dan takziah dari saya. Taniah atas kepercayaan negara, takziah pula atas beban amanah yang perlu dipikul. Semoga YAB berjaya menjadi pemimpin yang mantap dan berwibawa yang berjaya bukan hanya di dunia bahkan jua di akhirat sana. ~Dari kejauhan saya mendoakan.




Friday, April 3, 2009

It Might Be U



Ketika Cinta Berbuah Syurga



DI TANAH KURDISTAN ada seorang raja yang adil dan soleh. Ia memiliki seorang anak lelaki yang tampan cerdas dan berani. Saat-saat yang paling menyenangkan bagi sang raja adalah ketika ia mengajari anaknya itu membaca Al-Quran, lalu menceritakan kepadanya kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tenteranya di medan pertempuran. Anak raja bernama Said itu sangat gembira mendengar penuturan kisah ayahnya. Si kecil Said akan merasa geram, jika di tengah-tengah ayahnya bercerita, tiba-tiba ada orang yang memutuskannya. Terkadang ketika sedang asyik mendengarkan cerita ayahnya, tiba-tiba pengawal masuk memberitahukan ada tetamu penting yang harus ditemui. Sang raja tahu apa yang dirasakan anaknya. Maka ia memberi nasihat pada anaknya:

"Said, Anakku, sudah saatnya kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka kepadamu. Teman yang baik yang membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh kau ajak bercinta untuk syurga," Said tersentak mendengar perkataan ayahnya.
"Apa maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta untuk syurga?" tanyanya dengan nada penasaran.


"Adalah teman sejati yang dia benar-benar mahu berteman denganmu bukan kerana darjatmu tapi kerana kemurnian cinta itu sendiri yang tercipta dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Allah. Dan dengan dasar itu kau pun boleh mencintainya denagn penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan yang dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akn bersinar dan membawa kalian masuk syurga."


"Bagaimana caranya mencari teman seperti itu Ayah?" tanya Said.
Sang raja menjawab: "Kamu harus menguji orang yang hendak kau jadikan teman. Ada sebuah cara menarik untuk menguji mereka. Undanglah siapa yang kau anggap sesuai menjadi temanmu untuk makan pagi di sini, di rumah kita. Jika sudah sampai di sini, tangguhlah dan perlamalah waktu penyajian makanan. Biarkan mereka semakin lapar. Lihatlah apa yang kemudian mereka perbuat. Saat itu rebuslah tiga telur. Jika ia tetap bersabar baru hidangkanlah tiga telur itu padanya, dan lihatlah apa yang kemudian mereka perbuat! Itu cara yang paling mudah bagimu, syukur jika kau boleh mengetahui perilakunya lebih dari itu."


Said gembira sekali mendengar nasihat ayahnya. Ia pun mempraktikkan cara mencari teman sejati yang cukup aneh itu. Mula-mula ia mengundang anak-anak para pembesar kerajaan satu persatu. Sebahagian besar daripada mereka marah-marah kerana hidangannya tidak keluar-keluar. Bahkan ada yang pulang tanpa minta diri dengan hati kesal. Ada yang memukul-mukul meja. Ada yang melontarkan kata-kata tidak terpuji, memaki-maki kerana makanan nya lama sekali keluarnya.


Di antara teman anak raja itu ada yang bernama Adil, anak seorang menteri. Said melihat sepertinya anak yang baik hati dan setia. Maka ia ingin mengujinya. Di undanglah Adil untuk makan pagi. Adil memang lebih sabar di bandingkan anak-anak sebelumnya. Ia menunggu keluarnya hidangan dengan setia. Setelah di rasa cukup, Said mengeluarkan sebuah piring berisi tiga telur rebus. Melihat itu, Adil berkata keras: "Hanya ini sarapan kita? Ini tidak cukup mengisi perutku!"


Adil tidak mahu menyentuh telur itu. Ia pergi begitu saja meninggalkan Said sendirian. Said diam saja, ia tidak perlu minta maaf pada Adil kerana meremehkan makanan yang telah direbus dengan kedua tangannya. Ia mengerti bahawa Adil tidak lapang dada dan tidak sesuai menjadi teman sejatinya.


Hari berikutnya ia mengundang anak seorang saudagar terkaya. Tentu saja anak saudagar itu sangat senang mendapat undangan makan pagi dari anak raja. Malam harinya sengaja ia tidak makan dan melaparkan perutnya agar paginya dapat makan banyak. Ia membayangkan makanan anak raja pasti enak dan lazat. Pagi-pagi sekali anak saudagar kaya itu telah datang menemui Said. Seperti anak-anak sebelumnya ia harus menunggu waktu yang lama sampai makanan keluar. Akhirnya keluarlah piring dengan tiga telur rebus.

"Ini makanannya, saya ke dalam dulu mengambil air minum," kata Said seraya meletakkan piring itu di atas meja.


Lalu ia masuk ke dalam. Tanpa menunggu lagi, anak saudagar itu terus melahap satu persatu telur itu. Tak lama kemudian Said keluar membawa dua gelas air putih. Ia melihat ke meja ternyata tiga telur itu telah lenyap. Ia terkejut.


"Mana telurnya?" tanyanya pada anak saudagar.
"Telah aku makan."
"Semuanya?!"
"Ya, habis aku lapar sekali."


Melihat hal itu, Said terus tahu bahawa anak saudagar itu juga tidak boleh dijadikan teman setia. Ia tidak setia. Tidak boleh merasakan suka dan duka bersama. Kerana sesungguhnya Said juga belum makan apa-apa.

Said merasa geram dengan sikap anak-anak di sekitar istana. Mereka semua mementingkan diri sendiri! Tidak setia kawan. Mereka tidak layak dijadikan teman sejatinya. Akhirnya ia meminta izin kepada ayahnya untuk pergi mencari teman sejati.


**********


Mulailah Said mengembara melewati hutan, ladang, sawah dan kampung-kampung untuk mencari seorang teman yan baik. Sampai akhirnya, di suatu hari yang cerah, ia bertemu dengan anak seorang pencari kayu yang berpakaian sederhana. Anak itu sedang memikul kayu bakar. Said mengikutinya secara diam-diam sampai anak itu tiba di pondoknya. Rumah anak itu menunjukkan ia sangat miskin. Namun wajahnya dan sinar matanya memancarkan tanda kecerdasan dan kebaikan hati. Anak itu mengambil air wudhu' lalu solat dua raka'at. Said memperlihatkannya dari balik rumpun pepohon. Selesai solat, Said datang dan menyapa:


"Kawan, kenalkan namaku Said. Kalau boleh tahu siapa namamu dan tadi kau solat apa?"
"Namaku Abdullah. Tadi itu Solat Dhuha."


Lalu Said meminta anak itu agar bersedia bermain-main dengannya dan menjadi temannya. Namun Abdullah menjawab: "Kukira kita tidak sesuai menjadi teman. Kau anak orang kaya, malah mungkin anak bangsawan. Sedangkan aku anak orang miskin. Anak seorang pencari kayu bakar."


Said menyahut: "Tidak baik kau mangatakan begitu. Kenapa kau membeza-bezakan orang . Semua adalah hamba Allah. Semuanya sama, hanya taQwa yang membuat orang mulia di sisi Allah. Apakah aku kelihatan seperti anak yang jahat sehingga kau tidak mahu berteman denganku. Kenapa tidak kita cuba beberapa waktu dulu. Nanti kau boleh menilai aku sesuai atau tidak jadi temanmu."


"Baiklah kalu begitu, kita berteman dengan syarat hak dan kewajipan kita sama sebagai teman yang setia-sekata."


Said menyepakati syarat anak pencari kayu itu. Sejak hari itu mereka bermain bersama. Pergi ke hutan bersama. Memancing bersama. Dan berburu kelinci bersama. Anak tukang kayu itu mengajarinya berenang di sungai. Mengajarinya menggunakan panah. Juga mengajarinya memanjat pokok di hutan. Said gembira sekali berteman dengan anak yang cerdas, rendah hati, lapang dada dan setia. Akhirnya ia kembali ke istana dengan hati gembira.


Hari berikutnya, anak raja itu berjumpa lagi dengan teman barunya. Anak pencari kayu itu terus mengajaknya makan di pondoknya. Dalam hati Said merasa kalah, sebab sebelum ia mengundang makan, ia telah di undang makan. Dalam pondok mereka makan seadanya. Sepotong roti, garam dan air putih. Namun Said makan dengan lahap sekali. Ingin sekali rasanya ia minta tambah kalau tidak mengingat siapa tahu anak pencari kayu sedang mengujinya. Kerana itu Said cukup dengan apa yang diberikan kepadanya. Selesai makan, Said mengucapkan hamdalah dan tersenyum. Setelah itu mereka kembali bermain dan Said banyak menemukan hal-hal yang baru di hutan yang tidak ia dapatkan di dalam istana. Ia diajari temannya itu mengenali jenis dedaunan dan buah-buahan di hutan. Mana daun dan buah yang boleh dimakan, yang boleh di jadikan ubat dan yang beracun.



"Dengan mengenal baik jenis buah dan dedaunan di hutan, kita tidak akan susah jika suatu kali tersesat. Sebab persediaan makanan ada di sekitar kita. Inilah keagungan Allah!" kata anak pencari kayu.


Seketika itu Said tahu bahawa ilmu tidak hanya dia perolehi di madrasah seperti yang ada di ibu kota kerajaan saja. Ilmu ada di mana-mana. Bahkan ada di hutan sekalipun. Hanya itu Said, banyak mendapatkan pengalaman yang berharga. Tatkala matahari sudah condong ke Barat. Said minta diri pada sahabatnya untuk pulang, tidak lupa Said mengundangnya makan di rumahnya besok pagi. Ia memberikan secarik kertas pada temannya itu.


"Pergilah ke ibu kota, berikan kertas ini pada tentera yang kau temui di sana. Ia akan menghantarmu ke rumahku," kata Said sambil tersenyum.
"Insya Allah aku akan datang," jawab anak pencari kayu.


Pagi harinya, anak pencari kayu itu sampai juga ke istana. Ia tidak menyangka sama sekali kalau Said adalah anak raja. Pertama ia ragu untuk memasuki istana, tapi mengingatkan kebaikan dan kerendahan hati Said selama ini, ia berani masuk juga. Said menyambutnya dengan dengan mesra dan senyum gembira. Seperti anak-anak sebelumnya yang telah hadir di ruang makan itu, Said pun menguji temannya ini. Ia membiarkannya menunggu lama sekali. Namun anak pencari kayu itu sudah terbiasa lapar. Bahkan pernah tidak makan selama tiga hari. Atau kadang-kadang makan daun-daun mentah saja. Selama menunggu, ia tidak memikir makanan sama sekali. Ia hanya berfikir seandainya semua anak bangsawan boleh sebaik anak raja ini tentu dunia ini akan tenteram. Selama ini ia mendengar bahawa anak-anak pembesar kerajaan suka buat huru-hara. Tapi ia menemukan seorang anak raja yang santun dan soleh. Akhirnya keluarlah tiga butir telur masak.

Said mempersilakan temannya untuk memulai makan. Anak pencari kayu bakar itu mengambil satu. Lalu mengupas kulitnya dengan perlahan-perlahan. Sementara Said mengupas dengan cepat dan menyantapnya. Lalu dengan sengaja Said mengambil yang ketiga mengupasnya dengan cepat dan melahapnya. Temannya selesai mengupas telur. Said ingin melihat apa yang akan dilakukan temannya dengan sebutir telurnya itu, apakah akan dimakannya sendiri atau...?
Anak miskin itu mengambil pisau yang ada berdekatan di situ. Lalu membelah telur itu jadi dua. yang satu ia pegang dan yang satunya ia berikan pada Said. Tak hayal lagi, Said menangis terharu. Said seraya memeluk anak pencari kayu itu era-erat seraya berkata:


"Engkau teman sejatiku! Engkau teman sejatiku! Engkau temanku masuk syurga."


Sejak itu keduanya berteman dan bersahabat dengan sangat akrabnya. Persahabatan mereka melebihi saudara kandung. Mereka saling mencintai dan saling-menghormati kerana Allah SWT. Kerana kekuatan cinta itu mereka bahkan sempat bertahun-tahun mengembara bersama untuk belajar dan berguru pada ulama yang tersebar di Turki, di Syiria, di Iraq, di Mesir dan di Yaman.


Setelah berganti-ganti bulan dan tahun, keduanya akhirnya menjadi dewasa. Raja yang adil, ayah Said meninggal dunia. Akhirnya Said diangkat menjadi raja menggantikan ayahnya. Menteri yang pertama dia pilih Abdullah, anak pencari kayu itu. Abdullah pun benar-benar menjadi teman seperjuangan dan penasihat raja yang tiada duanya. Meskipun telah menjadi raja dan menteri, keduanya masih sering melakukan solat tahajjud bersama dan membaca Al-Quran bersama. Kecerdasan dan kematangan jiwa keduanya mampu membawa kerajaan itu maju, makmur, dan jaya.


"Baldatun thayyibatun wa Rabbun Ghafir."



Dipetik dari : Sarjana Al-Azhar, Cairo Mesir.


**********


PENGAJARAN :


Belajarlah berkorban untuk sahabat. Jangan jadi sahabat yang parasit, hanya pentingkan diri! Belajarlah untuk memahami kerana di situlah letaknya erti sebenar persahabatan.



Sunday, March 29, 2009

Semoga Mereka Mengerti


Mengapa perlu pergi…
Mengapa perlu lari..


Kaki ini melangkah,
memahami seribu erti,
akan kerinduan di hati.

Diri ini juga manusia..
kita dari unsur yang sama,
punyai perasaan dan hati.

Siapa yang tidak mahu melakar sejarah?
siapakah yang tidak mahu merangkul piala?
siapakah yang tidak mahu hebat menyulam bahasa…

Berdiri tenang,
Menjadi insan katarsis,
Berhujah di atas pentas singgahsana..

Pasti,
dan aku pasti.
Mereka mengerti,
itulah yang ada di dalam hati..

Sesungguhnya hidup selepas mati,
Aku, kamu, mereka dan semua,
Pasti akan menemui Ilahi,
itulah yang lebih penting,
daripada yang kurang penting…

Semoga mereka memahami…

dan semoga mereka memahami,
Akan makna perjuangan yang hakiki….


Karya sahabat : Nur Lukman

Saturday, March 28, 2009

Kembalilah hati

menarik asyiknya..

indah pesonanya..

sudah jauh langkah berjalan

tidak sedar jalan sudah sampai dipenghujungnya

Asyik benar mengulit bayangan indah,

apakah khayalan itu benar-benar

atau hanya satu rekaan atau satu ilusi indah

menerjah ruang kamar sanubari

sungguh takjub asyiknya..




berdebar sanubari

jauhnya khayalan terbang pergi

pergi bersama angan-angan

terasa..




sungguh bedebarnya..

jelas merangkul sanubari,

rasanya sudah benar,




butanya matahati manusia, jiwa mengeladak, meminta hak terus dibela,

rangsangan dari minda terus menghadap tinta,

tinta melukis indah di kanvas panorama.




apakah sudah benar-benar benar..siapalah yang tidak

perlukah seorang satria mengalunkan kata-kata berbaur madah

apakah mahu ada yang mengerti..




Apakah itu hak..

Apakah itu matlamat..

Apakah erti kebebasan sebenar...

Tidak ada yang lebih bahagia

selain menjadikan tuhan sebagi tujuan..



Semoga mampu mengerti...




~~<~~<~~<@: gha

Friday, March 27, 2009

Warna-Warni..

Warna-Warni Hidupku.. .



Fasa 1 : SEmalam
= Jadikan pengajaran dan mohon ampun atas segala kesalahan.


Fasa 2 : HAri ini
= Fokus dan lakukan yang terbaik pada setiaP langkah.


Fasa 3 : ESok
= Jernihkan minda dan stratEgi serta doakan kebaikan.


Note : Setiap jiwa pasti akan merasai maut, orang yang bijak adalah mereka yang beramal untuk bekalan di alam selepas kematian.



"Perbaharui AZAM, Perbaiki DIRI, Perkasa IMAN, Perbanyakkan amal SOLEH!
Allah Hu Akhbar!!!

Thursday, March 26, 2009

Dimana Isteriku..

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.


"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.


Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.



Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar.



Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!



"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut je! Malu beb!!




PENGAJARAN : Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..huhu..

Tuesday, March 24, 2009

Kisah Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen ituke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...


Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.


^_^