Friday, April 23, 2010

Life is going on

Bismillahirahmanirrahim...

23 April 2010 - Rasa hati seperti ingin mencoretkan sesuatu di sini. sebenarnya aku teringat pada seseorang. dia sahabat seperjuanganku y ku kira matang dalam usia y masih muda. dia juga merangkap salah seorang penasihatku kala aku kabur dengan arah y ingin di tuju. pada zahirnya dia kelihatan sama seperti insan2 biasa y lain. punya 2 mata, 2 telinga, 1 hidung, 2 tangan dan 2 kaki. dia gigih, tabah, rajin, bertanggunjawab, berfikiran optimis, bahkan bercita2 tinggi. aku masih ingat kata2nya "selagi mana tulang empat keratnya masih boleh digunakan akan dia bekerja dengan sehabis2nya." matlamatnya untuk mencari duit menampung hidup sendiri, ingin mengumpul asset2 untuk masa depan serta ingin merealisasikan impiannya y lebih tinggi iaitu untuk membina kebahagiaan disamping insan y dicintai. dia sangat berbeza dgn sahabat2 lain y aku kenal ketika aku merantau di tempat orang y mana sahabat2 laen lebih banyak enjoy, bersosial, serta bersikap keanak2an. dia sangat jelas dengan matlamat hidupnya.. terhadap apa y dia mahukan. saat insan laen sibuk dengan pelajaran dan aktiviti bepersatuan, dia turut sama sibuk dengan benda y sama tetapi dengan tambahan melakukan kerja2 sampingan untuk mencari duit di luar. dengan kesibukanya bekerja, belajar, berpersatuan dia masih sempat lagi menjadi guru penasihat y tidak berbayar pada sahabat2 y ketandusan semangat. aku juga x terkecuali. tak jemu dia melemparkan senyuman bahkan bertanya khabar walau hakikat sebenar dia dalam kepenatan. semangat dalaman serta kematangannya untuk mencapai matlamat serta impian hidupnya agak luar biasa. aku impress dengan insan biasa y berfikir dan bertindak secara luar biasa seperti dia.

~~~<~~~<~<@

Tuesday, April 13, 2010

loser

Bismillahirahmanirrahim...

13 April 2010 - kakak saudara!!! family gathering????! apekah ini?! jadilah kau tuan y boleh memerintah diri sendiri. y tahu beda i2 ini. kasihan diri... 8.30 pg ne aku exam. otak aku blurr. stuck. baca x masuk. ape patut aku buat.. Ya Rahman...Ya Rahim....bantulah aku....kasihanlah aku...is it a punishment?
`
terima kasih. ini bukan kebahagiaan y aku cari. -__-''
'
~~~<~~~<~<@

Friday, April 9, 2010

Post laju.

Bismillahirahmanirrahim...

9 April 2010 - Manusia sememangnya sangat suka membuat manusia lain kecewa baik sedar atau tanpa sedar. tak guna rosakkan diri sendiri semata2 hanya nak balas utk sakitkan hati org. aku ingin bungkuskan dan post laju segala rasa kekecewaan ini padaMu Ya Allah. ubatilah. aku tahu Kau mengerti apa y aku maksudkan. aku sememangnya tak pandai jaga hati dan diri sendiri. jaga dan lindungilah aku dari kekecewaan manusia y hanya bersifat sementara dan bakal lapuk di telan zaman ini. aku tahu Kau mengerti bahkan lebih memahami dan mendalami.
~~~<~~~<~<@

Tuesday, April 6, 2010

ape ne!!!

Bismillahirahmanirrahim...

6 April 2010 - Sebelum stat wut revision utk second paper pagi ne, aku mahu peruntukkan sdikit masa utk catatkan sesuatu disini y aku kira perlu. aku tahu. aku sedar. aku juga manusia seperti mereka. aku juga punya banyak khilaf. pernah lalai. pernah leka. aku pernah beri teguran pada mereka mengenai perkara y boleh menjatuhkan imej diri sendiri. atau istilah y lebih dekat. imej lelaki n perempuan muslim itu sendiri. aku sedar. aku juga pernah buat perkara y sama. tapi atas dasar ada tujuan. tanda simbolik pernah bekerjasama or official purpose. y x ada tujuan ada juga. suka2. gedix! itulah khilafku. perbuatan itu org ramai nampak biasa. mungkin. pada pandangan manusia y sudah mula terhijab dengan kebenaran. tapi pada pandangan Dia di atas bagaimana pula? bende y tak biasa dianggap okey akhir zaman. ''alaa...my best friend laa" "releks laaa..bukan wut papepun..begamba bedue je. jauh lak tu..bukannye touch2 or posing maut pon..jauh2 ne.." sekalipun berbeza jantina? analogi : lelaki y aku anggap adik atau abang ukurannya tetap sama. takkan berubah walau sebesar zarah. anggapan mereka adalah adik dan abang kandungku cuma dalam minda separa sedarku. rasional dan hakikat yang nyata mereka tetap asing dan ajnabi bagiku. mereka halal untuk aku nikahi. walau apa jua pandangan aku pada mereka. itu hakikat y aku tak dapat ubah. y mudah datang fitnah bila aku bergambar berdua bersama mereka. banyak persepsi y boleh timbul bila bersama. itu khilaf y pernah aku lakukan tanpa ada tujuan. bukan tujuan rasmi y memerlukan aku berlagak seperti itu ini dengan mereka. boleh je kan elak lalu begamba ramai2. bukankah lebih meriah? hari ini aku katakan rasa kurang senangku disini. tak mustahil pada sedikit masa lagi aku diuji lagi dengan apa ya aku perkatakan ini. ini adalah selemah2 imanku. aku benci melihat apa y aku lihat. ia jelik. Ya Allah..jauhkan aku dari fitnahMU. Ya Allah.. ini adalah suara hatiku. aku tak mampu untuk menyatakan pada satu dunia bahawa aku benci melihatnya. hanya ini aku mampu lakukan untuk mengingatkan diri sendiri dan juga mereka y sudah lupa. finally,takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya baru kita nak sedar? anda "syadid" atau tidak? terpulang pada diri sendiri kehidupan y bagaimana anda inginkan. tepuk dada, soal iman. maafkan aku.. aku juga tidak sempurna..juga sama sepertimu..
~~~
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
~~~~
"Ya Allah..permudahkanlah hisab diatas segala nikmat kesempurnaan jasad y telah Kau berikan pada kami.. mudahkanlah perjalanan kami untuk meniti titian siratMu nanti.. Ya Allah..Tuhan y Maha menyentuh hati..berikanlah kami hidayahMu dalam menuju ke destinasiMu y kekal dan abadi. ameen..."
~~~<~~~<~<@

Monday, April 5, 2010

terkilan

Bismillahirahmanirrahim...

5 April 2010 - Hari ni order sup sayur 1.30 tgh. bile balik 2.30 msh x siap. xpe saba. dengan harapan akn dibuat segera mmndgkan sayur2 sume da siap dipotong. tapi sumenye hampa. Ya Allah..aku lebih rela berlapar dari terus menunggu mengharap simpati org. Ya Allah..kuatkan aku dgn keimanan...ingatkan aku akan kesabaran...

~~~<~~~<~<@

Wednesday, March 31, 2010

Apa ertinya kasih?

Bismillahirahmanirrahim...



mek da.. tak jijik ke sapu ubat pada gha? taklah..
`
gha awk okey? nanti diana tolong sapukan ubat pada awak ye..
`
gha awk nak makan tempe y diana bwk blk dr joho....? boleh makan ke? nak2...
`
gha.. awk nk sembuh cepat x....jgn mkn. denga cakap kite...
`
saya teringin la roti kentang awak...boleh tak nak sikit. tak..tak boleh.. kenapa? awak takut berjangkit dengan saya ya? tak..kalau sy takut berjangkit xadela sy sapukan ubat pada awak.. i2 sbb roti dah tamat tempoh..
`
mama muke adik dah laen macam...balik ne kita berubat ya..
`
kakak...macam mana ne abah tak sempat masak apa pun utk adik...xpe.. maksu dah kirimkan bekal..
`
malu laa nak keluar amik ubat...tak de sape pun perasan..kakak bawak laju2..
`
kakak x geli ke sapu ubat kat adik? tak...
`
tadi adik mimpi sedih sangat....adik....jgn macam ne..dah tgh sakit..syaitan mudah ganggu...dah jgn nangis lagi.


~"Ya Allah...mereka insan terpilih untuk dekat denganku...disaat aku benar2 merasa hina dengan diri sendiri...Ya Allah...naikkanlah martabat mereka disisiMu...Ameen..."

~~~<~~~<~<@

Saturday, March 27, 2010

dJJ I


Bismillahirahmanirrahim...




27 Mac 2010 - saat ini aku perlukan mama abah kakak disisi. walaupun rasanya seperti aku mampu untuk teruskannya seorang diri. tapi aku lebih perlukan Mu. bila mereka berjauhan denganku i2 y membuatkan aku lebih kuat. perit y mencengkam ke ulu hati..panas sejuk..panas sejuk..sengal meresap ke tulang rusuk..aku lelah melawan musibah ini.ini adalah kafarah dosa. maaf kerana mengada2.. ia hanya untuk pengubat resah..sungguh aku sudah terbiasa.. biasanya dapat mengubat luka.. yang mana mama selalu lakukannya untukku...rindu..rindu..rindu...Ya Allah..pesankan aku dengan keimanan..Ya Allah..pesankan aku dengan kesabaran..

selamat tinggal semua..

~~~<~~~<~<@