Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Menggapai Awan.

Bismillah..



Melakar langit sejarah,

Membina awan impi,

Apabila aku menjejak,

Ia akan menjadi pasti.

~~<~~<~~<@

Sunday, December 12, 2010

Please Remember.



Assalamualaikum.. =)



Dear Najihah,

1. Walau dalam apa jua keadaan, masuk waktu solat dulu. Bc Quran tiap hari, walau sepenat mana bacalah jgk walau sikit separuh muka surat. Then, nak buat apa pun buatlaa, nak tido pun tido la. Lantak pi kat hang la.

2. Walau sepenat mana jangan jadikan alasan untuk tidak call mama abah kakak di kampung sekurang2nya seminggu sekali.

3. Cuti dah la pendek! Kurangkan secara maksimum, buat hal sendiri, banyak tido, tengok tv bila balik umah nanti. Usia mereka makin meningkat dari hari kehari begitu juga dengan kau. Sampai ke hari ne kau masih belum benar2 mampu untuk berdikari dan berbakti pd mereka. Jangan suka pentingkan diri sendiri. Tolonglah berbakti untuk mama abah. Kalau tak buat hari ne, mungkin kau takkan dapat peluang lagi untuk buat semua tu nanti dan barangkali kau akan menyesal seumur hidup. Keluarga teman hidup setia, sahabat suka duka berbicara. Berusahalah!! Allah pasti tolong.

4. Jangan kecewakan diri sendiri lagi.

5. Ubah cara berfikir, masa sedang berputar, waktu semakin suntuk, kau bukan budak kecil lagi. Sudah dewasa!

6. Dapatkan nilai sesuatu dalam pandangan hidup sendiri.

7. Fokus pada matlamat dan tujuan hidup.

8. Hidup bukan untuk joli tapi untuk bakti dan dinikmati. Hidup manusia sangat pendek!

9. Walau ada masa, jangan suka tangguh2 keje.

10. Jauhi perkara y boleh buat kau rasa lemah.

11. Keep a journal. Harus membaca dan rajin menulis.

10. Be prompt!!!

11. Maafkan kesalahan orang lain setiap hari. Syukuri kelebihan. Redha dan perbaiki kelemahan.

12. Belajarlah untuk beri apa y kau suka walau sangat payah nak buat.

13. Jangan mengharap orang lain untuk beri tapi kau y patut berusaha untuk memberi.

14. Jangan biarkan masalah2 kecil rosakkan hati dan emosi. Belajar cakap "tidak".

15. Belajar dari kesalahan lalu dan orang lain.

16. Jangan suka bandingkan diri dengan orang lain tapi belajar dari kelebihan y deorounk ada.

17. Optimis.

18. Jangan lupa email, sms or call sahabat2 lama. Make someone else's day happier.

19. Harus belajar tebalkan muka untuk perkara2 y berfaedah.

20. Mujahadah, sabar dan sentiasa bercakap benar. Breathe fresh air, go for a walk, give yourself something to look foward to.

21. Senyum. =)




Nota Hidup :

~ Pengajaran y paling payah y Allah dah tetapkan dalam hidup kau, itu y paling berharga.


~~<~~<~~<@

Tuesday, December 7, 2010

Kerana cinta kita serupa

Bismillah..



Tidak manis tetapi menjanjikan kemanisan..


Perjuangan melawan hawa nafsu demi mendapatkan cinta sejati.

Perjuangan jiwa dan raga demi meraih cinta abadi.

Perjuangan segala-galanya untuk mendambakan cinta hakiki.


Cinta sejati, cinta abadi, cinta hakiki semuanya disatukan dengan cinta y serupa iaitu cinta Allah.

Seandainya matlamat kita sama dalam pencarian pengorbanan ini, maka kita sama2 menuju ke arah matlamat dan tujuan y sama. Kita akn sama2 mendapat susah dan bakal dijanjikan dgn kemanisan y sama iaitu syurga. Kesusahan y sementara tetapi kesenangan y selama2nya.



"Allahumma, thabbit qulubana a'la dinika"




Nota kaki :

~ Mungkin sesekali kita harus dipaksa untuk tertinggal sahabat agar tidak "tertinggal" ALLAH dalam kehidupan kita.


~~<~~<~~<@

Friday, April 23, 2010

Life is going on

Bismillahirahmanirrahim...

23 April 2010 - Rasa hati seperti ingin mencoretkan sesuatu di sini. sebenarnya aku teringat pada seseorang. dia sahabat seperjuanganku y ku kira matang dalam usia y masih muda. dia juga merangkap salah seorang penasihatku kala aku kabur dengan arah y ingin di tuju. pada zahirnya dia kelihatan sama seperti insan2 biasa y lain. punya 2 mata, 2 telinga, 1 hidung, 2 tangan dan 2 kaki. dia gigih, tabah, rajin, bertanggunjawab, berfikiran optimis, bahkan bercita2 tinggi. aku masih ingat kata2nya "selagi mana tulang empat keratnya masih boleh digunakan akan dia bekerja dengan sehabis2nya." matlamatnya untuk mencari duit menampung hidup sendiri, ingin mengumpul asset2 untuk masa depan serta ingin merealisasikan impiannya y lebih tinggi iaitu untuk membina kebahagiaan disamping insan y dicintai. dia sangat berbeza dgn sahabat2 lain y aku kenal ketika aku merantau di tempat orang y mana sahabat2 laen lebih banyak enjoy, bersosial, serta bersikap keanak2an. dia sangat jelas dengan matlamat hidupnya.. terhadap apa y dia mahukan. saat insan laen sibuk dengan pelajaran dan aktiviti bepersatuan, dia turut sama sibuk dengan benda y sama tetapi dengan tambahan melakukan kerja2 sampingan untuk mencari duit di luar. dengan kesibukanya bekerja, belajar, berpersatuan dia masih sempat lagi menjadi guru penasihat y tidak berbayar pada sahabat2 y ketandusan semangat. aku juga x terkecuali. tak jemu dia melemparkan senyuman bahkan bertanya khabar walau hakikat sebenar dia dalam kepenatan. semangat dalaman serta kematangannya untuk mencapai matlamat serta impian hidupnya agak luar biasa. aku impress dengan insan biasa y berfikir dan bertindak secara luar biasa seperti dia.

~~~<~~~<~<@

Sunday, December 6, 2009

ngomOng pada hati


Bismillahirahmanirrahim...

6 Disember 09 - Hari ini setelah genap sebulan.. baru aku mengupdate blog kembali. aku tertanya jugak nape semester lepas hanya beberapa entry je yang aku tuliz kat blog ne.. mungkin terlalu banyak benda yang terjadi dalam hidupku membuatkan aku choosy dalam nak tulis apa yang dah terjadi..perhaps.. dulu blog ne kire ala2 cam.. ape2 input y aku dapat aku akan kongsikan kat sini, tapi lately ia sangat da berubah.. sama seperti penulisnya juge... aku jadikan blog ne sebagai diari catatan hidupku yang terisi dengan suka, duka, tawa, tangis kehidupanku. aku rasakan mungkin itu lebih dekat dengan hatiku musim ini..heheh.. (ape-ape aje lah..yang penting aku bahagie.. -__-)


Hari ni result keluar... aku sangat gementar untuk tenguk apa y aku dapat. "man jada wajada". pepatah arab ne sangat serasi dengan apa y aku perbuat.. so, to diri snirik kena ingatlah yer.. kejayaan tak akan senang2 datang bergolek.. pagi2 lagi daa ade adik comel src yang antar msg minta aku check kan result de. katanya de takut nak tenguk result sendiri... de takut, aku lagiii berganda2 takut. especially untuk tengok hasil paper killer subject investment y aku tak jadi withdraw tu. hmm galakan serta sokongan padu daripada sahabat2 rapat membuatkan hati aku mantap untuk terus berjuang di medan exam..walau carry marks yang aku dapat sangat rendah. he tak tawu pon sbenarnya dpt brape..aku agak je la.. sbb klo aku tahu lagi lah akan melemahkan semangat aku nak berjuang antara hidup dan mati last2 minute cam gnie. selepas lelah nyawa2 ikan berjuang..hanya tawakal penuh pada Allah jua aku lakukan..

First skali aku sempurnakan hajat orang laen dlu.. mudah2an Allah sempurnakan pulak hajatku yang satu ne.. aku check result adik comel dlu, n inform die sal resultnya.. agak mantap walau sdikit bergegarrr.. lafaz hamdalah yang keluar dari mulutnya setelah aku beri tawu... aku dah jadi cuak dengan kejayaan orang...aku bagaimana plaks???! arghh pedulikan.. berani lalai berani la tanggung akibat.. bersedia dengan sebarang kemungkinan y ada.. aku cekalkan hati untuk check result snirik.. fikiran da berbaur2..


tarraaa!!! dah tenguk... alhamdulillah..mencapai target yang aku harapkan.. aku gembira dengaan apa y aku dapat walau tak sehebat teman2 laen y dah berjuang habis2an sejak awal sem lagi.. aku sangat2 bersyukur sebab tak perlu nak repeat paper.. berkat doa mama abah kakak mak abah angkatku serta sahabat handal jugak rasanya... klo tak tercatatlah sejarah hitam di iic..naUzubillah. X mO!1,000, 000x.

harapanku pada semester y baru neh agak berbeza..aku aim untuk dapatkan yang cemerlang. insya Allah.. ia datang dari sanubariku snirik.. tiada paksaan dari sesiapa.. kerana sesungguhnya aku benci dengan desakan serta paksaan untuk mencipta kejayaan..walau ia untuk diriku sendiri. aku akan cuba perbaiki segala kekurangan y ada demi merealiasikan azam yang aku baru semaikan ne... Insya Allah..

"Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar dan agar setiap jiwa diberi balasan yang sesuai dengan apa yang dikerjakannya dan mereka tidak akan dirugikan."
-Surah al-Jassiyah, ayat 22

"Katakanlah, pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan di langit dan di bumi. Kemudian kepadaNya kamu dikembalikan."
-Surah az-Zumar, ayat 44

"Dan bertawakallah kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang"
-Surah as-Syura 217

~~>Subahanallah...Alhamdulillah...Allah Hu Akhbar..3x


~~~~<~~~<~~~~<@

Monday, September 14, 2009

Semoga Kau Istiqamah



“Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang di kenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan.

“Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.

“Boleh juga”

Khalida girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum.

“Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…”

“Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..”

Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum.

“Kita harus mengenali siapa mad’u kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah2 halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang…

“Zinnirah, awak marah saya ke?”

Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..”

Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah. “Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Zinnirah menghela nafas.

“Khalida, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

Khalida diam, merenung jauh…

************************

Usai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

“Zinnirah”

Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih..

“Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.

“Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie.

“Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.

Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Zinnirah..”

Zinnirah senyum.

“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”

“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

“Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”

********************


Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..

Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak.

Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…

**********************


“Assalamualaikum…”

Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…

“Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

“Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”

“Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

“Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

Lantas, Khalida memeluk Zinnirah erat… Dalam hati, Zinnirah berdoa..

"Semoga kau istiqamah sahabatku..."

~~~<~~~~<~~~~<@

Saturday, June 27, 2009

Aku n Jarry...



"Apa ada pada jari....???!"




1. Cuba tengok jari aku... Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.. .. . "Allahu Akbar"...! Ketahuilah aku..bahwa i2 merupakan Rukun Islam yang misti aku junjuung...... ooOooH


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka n Renung dalam-dalam.... tahulaah aku i2 adala kewajipan solat 5 waktu y X' bleh aku abaikan.... hmmm



3. Put my hand on the table, peratikan... Start dari jari kelinking y kecik n kerdil nie duluu.. ibaratnyaa cam mnusia n ape mende jgk pun pastinya akan start dari y kecik dulu then besar n trus membesar... n i2lah y di katakan fitrah insan n alam seluruhnya... Reminder: whatever i do sumerr misti lah kne start dari y kecik2 dluu yeer but misti at positive side laa kan... lagee tawu la akuu dgn kegagalan aku didik diri ngan perkara2 baik.. y kecik2 ne.. pd usia muda nie laaa... y akan bg impact y sangat beSar especially pd mase depaaaan aku....nanti..hari tua aku nanti..jd..? start la didik diri dgn sifat2 mahmudah dr skrg... .


4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tuu jugak laaa ngan usia remaja.. everything sweet..ajeeerr manis cam jari manis akuu nee... cam ngan masa remaja nie laa.. slaluuu sangaaat di duga ngan mcm2 cabaran, dugaan n godaan... ohhh tidakkkk... humm hanya ngan bekal iman n takwa sj y akan tunjukkan aku jalan kebenaraaan... . .


5. Jari ketiga jari y paling tinggi.... jari antu bleh plak di ibaratkan sperti alaaam kedewasaan y kian menjelmaaa... at 30's akuu misti daa punya status, ekonomi n career y stabil but Reminder: akuu kene careful coz masa ni laa banyak bangattt "antu-antuu pengacau"... antuuu dengki, antuuu ego, antuuu tamak, antuuu jealous n mcam2 antuuu lagi laa... Kalau akuu gagal kawal emosi hmm aku sgt khuatir akuu akan tmasok ke dlm perangkap nafsu n syaitaan durjana laknatullah... hmm nauzubillah.. SooOo dari skarang aku kena laaa lipat gandakan ibadaaat.... mohon Allah sentiasa lindungi aku..

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg ungkapkan satu n Esanya Allah SWT tika solat. Genggam semua jari kecuali telunjuk... see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh... & tauladan pada jari2 sebelum ni... Macam tu jugak dengan aku... aim aku ..akuu perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya ngan idea y bernas & a great mind...!! yeahhhh!!!


7. Lastly renung laaa ibu jari.. x kan lupe kot? besar, gemuk n pendek compare to the others but it shOws kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam or pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. 4 young generation LIKE AKU, nak buat apa2 rujuk la kat org tua or y berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up.. n untuk i2.. at d end..tawu laa aku bahwa itulah matlamat idup sorang insan y bergelar manusia...




"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." -( QS.36. Yassin:65)




Small voice: See all my fingers n renung fikir dalam2. Dimanakah aku skarang....~~ >.<


~~~<~~~<~~<@

Friday, May 22, 2009

nO Xclusive value




Bismillahirahmanirahim.. .


Pembaca2 yang budiman,


Menuntut ilmu wajib bagi setiap insan yang bernyawa baik laki-laki mahupun perempuan. Dengan ilmu pengetahuan yang di pelajari saja yang dapat membezakan nilai antara sesama manusia sama ada orang itu jahil, bakhil, pemurah, penyabar, bijaksana ataupun buruk akhlak. Untuk miliki nilai-nilai kualiti yang baik, cemerlang dan bersifat mahmudah bukanlah mudah dan bukan juga susah. Ini kerana kita hanya merasai susahnya hanya seawal kita cuba untuk menjadi baik atau cemerlang. Seterusnya seandainya kita telah berjaya mengatasi masalah tersebut, maka ia bukan sesuatu yang sukar lagi untuk diri kita. Justeru itu, sedarlah bahawa diri kita sendiri yang bertanggungjawab dalam mencorak diri sendiri sama ada ingin warnakan hidup kita dengan warna-warna yang suram ataupun dengan warna-warna indah pelangi.


Menuntut ilmu tiada batasnya, tiada sempadan ataupun jurang pemisahnya. Selagimana kita ini bernyawa maka tuntutlah ilmu dengan bersungguhnya. Ilmu itu boleh diibaratkan seperti sebuah lautan yang luas terbentang hebatnya. Untuk menjadi seorang yang punya kehebatan seperti luasnya lautan itu, perlulah ia menuntut ilmu. Seseorang yang berilmu akan dipandang mulia dan hebat pada pandangan manusia. Seseorang yang berilmu juga akan terjaga dirinya daripada ditindas serta ditipu oleh manusia-manusia durjana yang sentias mencari ruang dan peluang.


Menuntut ilmu boleh diklasifikasikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama ilmu duniawi dan yang kedua ilmu ukhrowi. Kedua-duanya perlu untuk saling lengkap-melengkapi. Andai salah satu terkurang maka hidup manusia sama seperti pedagang asing di padang pasir yang berjalan sehari-harian di tanah tandus yang gersang tanpa arah serta tujuan. Untuk belajar ilmu duniawi, kita perlulah bersikap terbuka, kreatif, serta berwawasan. Dengan nilai-nilai tersebut kita dapat mengatur langkah untuk menjadi seorang yang berdedikasi serta yakin diri. Manakala ilmu ukhrowi pula, iaitu ilmu agama perlu kita pelajari supaya hati serta jiwa sentiasa dapat terisi dengan nilai-nilai ketuhanan yang bersifat baik serta mententeramkan jiwa. Dengan mempelajari kedua-dua gabungan ilmu ini, barulah manusia itu akan menjadi seorang yang luar biasa hebatnya dan berada jauh luar dari jangkaan minda sedar ini.

Tapi cara yang bagaimanakah untuk luaskan pengetahuan MINDA manusia supaya dapat menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya? Jawapannya mudah. Iqra'. Bacalah... Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia. Dengan membaca seorang manusia akan dapat mengeluarkan dirinya dari kepompong kejahilan. Sesuatu yang sebelum ini tidak tahu, kini menjadi tahu. Sesuatu yang sebelum ini pelik, kini tidak lagi. Sesuatu yang dulunya susah untuk difahami, kini lebih mudah untuk dimengerti. Sesuatu yang dulunya dibenci untuk diterokai, kini amat disayangi. Segala yang dulunya buruk kini kian menjadi baik dan mudah adalah semuanya disebabkan ilmu... ilmu.. ilmu..ilmu....dan.. ilmu....


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga."

~(Riwayat Muslim)



Tuntutlah ilmu walau dimana anda berada, walau dengan siapa sekalipun gurunya. Tak kiralah datangnya dari siapa ataupun dimana. Pencuci tandas, pengutip sampah jalanan, pengemis yang mengemis minta belas kasihan juga boleh di jadikan kawan dalam menuntut ilmu. Tiada nilai exclusive untuk menjadi seorang insan hebat lagi berkariSma seandainya tidak mahu kenal erti susah. Hanya dengan mengenal erti perit kesusahan, barulah diri akan belajar untuk menghargai apa yang patut dipelajari. Tuntutlah ilmu itu walau dimana ia berada..walau dengan siapa jua gurunya..Jangan ada riak ataupun bongkak. Berjalan dan luaskan pemandangan. Selagimana ilmu itu baik untuk diri maka tuntulah ia walau hingga ke negeri Cina...


Wallahua'lam.



Pesanan: Rajin2 laah untuk bace buku.. alsO reminder 2 self<

~~<~~<~~<@ : gha

Tuesday, April 14, 2009

Biji Benih


Dua biji benih pokok bunga Keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.

Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku".

Biji benih kedua pula berkata," Tidak ! Aku takut. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akarku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat ".

Maka, biji benih kedua itupun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah. Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampaklah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.

Wahai kawan-kawanku, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak. Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman. Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah... kerana jika anda takut dan kecut... anda akan hancur dimakan zaman.

Buka minda... buka hati... kenali diri...