Thursday, December 23, 2010
erk!
menyampah macam nak sapu sampah!!!! terok betol!!! geram betOl! benci betOL!!! aku TAK SUKA DENGAN PERASAAN ne!!!!!!!! terok betOL! wekk!!! -__-''
~~<~~<~~<@
Tuesday, December 21, 2010
Obsesi.
Bismillah..
tipuan dunia dan godaan hawa nafsu selalu sgt mberangsangkn. syaitan sntiasa menghias bibit2 dosa2 dgn keindahan dan kecantikan. sekali kita terjerumus, payah nak dibebaskan semula. selagi y diburu x dapat, selagi i2la kita lelah mengejarnya. tapi, stelah kita dapat, ada pulak y laen dtg menggoda. apa y ada jarang disyukuri, apa y x ada itulah y kita risaukan. mengejar nafsu ibarat mengejar bayang2. dilihat ada, digenggam hilang. di hujung pencarian pasti ada jemu dan lesu. jemu lesu krn asyik memburu. kehendak nafsu x pernah terbatas dan x pernah puas. padahal kematian boleh dtg tiba2. relakah kita ditipu oleh fatamorgana hanya krn dari jauh ia kelihatan seperti air y tergenang?
Nota Hidup :
~ Kebakaran y memusnahkan selalunya hanya berpunca dari percikan api y kecil.
~~<~~<~~<@
Monday, December 20, 2010
Konflik.
seperti y di jangka. sangkaan aku benar. kuatkan hati hatiku.. aku takkan sesekali berpatah balik. aku akan buktikan padamu bahawa ini bukan sesuatu y sia2 dan aku mampu untuk lalui semua ne dengan semangat serta roh y baru. ketahuilah y aku hanya perlukan adalah kepercayaan dan doa restumu..tak ku pinta lebih dari itu. aku mahu kau tahu bahawa aku setia mengusung kemana saja amanah y kau titipkan padaku dan ketahuilah juga bahawa aku benar sayang dan cinta padamu. ~
Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. ~ (2:155)
~~<~~<~~<@
Sunday, December 19, 2010
New Inspiration!
entah. dah plan elok2. tibe2 ade je bende baru hadir dalam hidup aku? urm awal aku tak pasti. rase mcm x penting pun. tade kene mngene je ngan apa y aku mahu pun. nak saje aku tak yah fike sal hal ne. awal aku rasa boleh, tapi tengah2 aku fike jugak. haha -__- itu lah payahnye jadi aku..
keputusan kecil y patut dibuat dalam jangka masa pendek y nampak mudah sebenarnya sukar untuk dibuat. sebabnya andai aku kata ya, aku bakal mengecewakan very2 important persons in my life dan bukan hanya mereka..aku bakal susahkan banyak pihak. dan andai aku kata tak takut jugak kalau aku y akan menyesal nanti. . >,<'
hati aku 50..50...
andai aku kata ya. masalahnya aku x jumpa n langsung x nampak ape y aku bley dapat melalui program sijil montessori ne. puas aku cari sebab untuk diri aku sendiri. kenapa aku perlu or tak perlu. dan aku istikharah. dan sepanjang perjalanan aku ke banting y tak jadi but ke seremban dan ke port dickson hari ne aku benar2 kosongkan fikiran. harap2 jwpn dr istikharah aku akn terjawab. yang pasti.. aku tak nak masuk prgm ne hanya kerana kawan ajak, aku tak nak masuk program ne hanya kerana suka2, dan aku tak nak masuk program ne hanya kerana sesuatu y aku tak nampak hala tujunya. aku perlukan sebab untuk diri sendiri, kemudian baru la boleh aku dptkn sebab kenapa aku harus yakinkan mama abah.
sewaktu majlis walimah di seremban td, aku dah bertemu buat kali kedua dengan orang y sama dan di rumah y sama dgn suasana y sedikit berbeza (dia bukan tuan rumah). dia seorang y sangat supportive, sangat sporting, sangat luas ilmu pengalamannya, sangat suka bagi nasihat dan tanpa di minta2 mudah dtg utk berbual2 dgn aku y tah shiapa2 ne.. ~huhuu dalam sot set sot set aku dan dia tadi.., akhirnya hati aku mantap dan yakin.
Nota Hidup :
1- Stelah sminggu cuti, esok dah start keje smula. Step seterusnya bakal di lancarkan esok!
2- Aku akan tanggung semua RISIKO dan akan BERTANGGUNJAWAB sepenuhnya di atas pilihan ne. permudahkanlah..jangan Kau susahkan.. .Kau lembutkanlah hati mereka.. -__-
3- x lupa ucapan terima kasih untuk 2 sahabat y sudi perah otak fike sebab2 malam tadi. 10 sebab terlalu sikit..sape2 pun boleh cari..20 sebab lebih meyakinkan..dan 21 sebab boleh aku jadikan asbab sokongan bg asbab diri aku sendiri y dah yakin utk yakinkan si very2 important persons! :D
4- Jangan kejar dengan angan-angan, tapi kejarlah dengan hati. Bukan mungkin, tapi PASTI dapat! ~ Pak Cik Anbiya =)
~~<~~<~~<@
Sunday, December 12, 2010
Please Remember.
1. Walau dalam apa jua keadaan, masuk waktu solat dulu. Bc Quran tiap hari, walau sepenat mana bacalah jgk walau sikit separuh muka surat. Then, nak buat apa pun buatlaa, nak tido pun tido la. Lantak pi kat hang la.
2. Walau sepenat mana jangan jadikan alasan untuk tidak call mama abah kakak di kampung sekurang2nya seminggu sekali.
3. Cuti dah la pendek! Kurangkan secara maksimum, buat hal sendiri, banyak tido, tengok tv bila balik umah nanti. Usia mereka makin meningkat dari hari kehari begitu juga dengan kau. Sampai ke hari ne kau masih belum benar2 mampu untuk berdikari dan berbakti pd mereka. Jangan suka pentingkan diri sendiri. Tolonglah berbakti untuk mama abah. Kalau tak buat hari ne, mungkin kau takkan dapat peluang lagi untuk buat semua tu nanti dan barangkali kau akan menyesal seumur hidup. Keluarga teman hidup setia, sahabat suka duka berbicara. Berusahalah!! Allah pasti tolong.
4. Jangan kecewakan diri sendiri lagi.
5. Ubah cara berfikir, masa sedang berputar, waktu semakin suntuk, kau bukan budak kecil lagi. Sudah dewasa!
6. Dapatkan nilai sesuatu dalam pandangan hidup sendiri.
7. Fokus pada matlamat dan tujuan hidup.
8. Hidup bukan untuk joli tapi untuk bakti dan dinikmati. Hidup manusia sangat pendek!
9. Walau ada masa, jangan suka tangguh2 keje.
10. Jauhi perkara y boleh buat kau rasa lemah.
11. Keep a journal. Harus membaca dan rajin menulis.
10. Be prompt!!!
12. Belajarlah untuk beri apa y kau suka walau sangat payah nak buat.
13. Jangan mengharap orang lain untuk beri tapi kau y patut berusaha untuk memberi.
14. Jangan biarkan masalah2 kecil rosakkan hati dan emosi. Belajar cakap "tidak".
15. Belajar dari kesalahan lalu dan orang lain.
16. Jangan suka bandingkan diri dengan orang lain tapi belajar dari kelebihan y deorounk ada.
17. Optimis.
18. Jangan lupa email, sms or call sahabat2 lama. Make someone else's day happier.
19. Harus belajar tebalkan muka untuk perkara2 y berfaedah.
20. Mujahadah, sabar dan sentiasa bercakap benar. Breathe fresh air, go for a walk, give yourself something to look foward to.
21. Senyum. =)
~ Pengajaran y paling payah y Allah dah tetapkan dalam hidup kau, itu y paling berharga.
~~<~~<~~<@
Tuesday, December 7, 2010
Kerana cinta kita serupa
Tidak manis tetapi menjanjikan kemanisan..
Perjuangan melawan hawa nafsu demi mendapatkan cinta sejati.
Perjuangan jiwa dan raga demi meraih cinta abadi.
Perjuangan segala-galanya untuk mendambakan cinta hakiki.
Cinta sejati, cinta abadi, cinta hakiki semuanya disatukan dengan cinta y serupa iaitu cinta Allah.
Seandainya matlamat kita sama dalam pencarian pengorbanan ini, maka kita sama2 menuju ke arah matlamat dan tujuan y sama. Kita akn sama2 mendapat susah dan bakal dijanjikan dgn kemanisan y sama iaitu syurga. Kesusahan y sementara tetapi kesenangan y selama2nya.
"Allahumma, thabbit qulubana a'la dinika"
Nota kaki :
~ Mungkin sesekali kita harus dipaksa untuk tertinggal sahabat agar tidak "tertinggal" ALLAH dalam kehidupan kita.
~~<~~<~~<@
Sunday, December 5, 2010
Apa adanya.
Kalau jadi batu,
Jangan jadi batu di tepi jalan,
Tiada nilainya..tiada harganya,
Dipijak orang..disepak orang,
Tetapi jadilah batu permata,
Yang bersinar dan berkilau,
Dihargai orang.
Kalau jadi kayu,
Jangan jadi kayu reput,
Yang rapuh..yang patah,
Dibuang orang dimerata-rata,
Tetapi jadilah kayu jati,
Kayu yang mantap,
Mahal harganya dan dihargai orang.
Kalau jadi manusia,
Jangan jadi manusia biasa-biasa,
longgar jiwanya..rapuh imannya,
Sempit mindanya..gelap masa depannya,
Tetapi jadilah manusia yang luar biasa,
Gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya,
Quran juadahnya, Jauh pandangannya,
Gemilang masa depannya.
~~<~~<~~<@