Bismillahirahmanirahim.. .
Pembaca2 yang budiman,
Menuntut ilmu tiada batasnya, tiada sempadan ataupun jurang pemisahnya. Selagimana kita ini bernyawa maka tuntutlah ilmu dengan bersungguhnya. Ilmu itu boleh diibaratkan seperti sebuah lautan yang luas terbentang hebatnya. Untuk menjadi seorang yang punya kehebatan seperti luasnya lautan itu, perlulah ia menuntut ilmu. Seseorang yang berilmu akan dipandang mulia dan hebat pada pandangan manusia. Seseorang yang berilmu juga akan terjaga dirinya daripada ditindas serta ditipu oleh manusia-manusia durjana yang sentias mencari ruang dan peluang.
Menuntut ilmu boleh diklasifikasikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama ilmu duniawi dan yang kedua ilmu ukhrowi. Kedua-duanya perlu untuk saling lengkap-melengkapi. Andai salah satu terkurang maka hidup manusia sama seperti pedagang asing di padang pasir yang berjalan sehari-harian di tanah tandus yang gersang tanpa arah serta tujuan. Untuk belajar ilmu duniawi, kita perlulah bersikap terbuka, kreatif, serta berwawasan. Dengan nilai-nilai tersebut kita dapat mengatur langkah untuk menjadi seorang yang berdedikasi serta yakin diri. Manakala ilmu ukhrowi pula, iaitu ilmu agama perlu kita pelajari supaya hati serta jiwa sentiasa dapat terisi dengan nilai-nilai ketuhanan yang bersifat baik serta mententeramkan jiwa. Dengan mempelajari kedua-dua gabungan ilmu ini, barulah manusia itu akan menjadi seorang yang luar biasa hebatnya dan berada jauh luar dari jangkaan minda sedar ini.
Tapi cara yang bagaimanakah untuk luaskan pengetahuan MINDA manusia supaya dapat menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya? Jawapannya mudah. Iqra'. Bacalah... Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia. Dengan membaca seorang manusia akan dapat mengeluarkan dirinya dari kepompong kejahilan. Sesuatu yang sebelum ini tidak tahu, kini menjadi tahu. Sesuatu yang sebelum ini pelik, kini tidak lagi. Sesuatu yang dulunya susah untuk difahami, kini lebih mudah untuk dimengerti. Sesuatu yang dulunya dibenci untuk diterokai, kini amat disayangi. Segala yang dulunya buruk kini kian menjadi baik dan mudah adalah semuanya disebabkan ilmu... ilmu.. ilmu..ilmu....dan.. ilmu....
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga."
~(Riwayat Muslim)
Wallahua'lam.
Pesanan: Rajin2 laah untuk bace buku.. alsO reminder 2 self<
~~<~~<~~<@ : gha
1 comment:
Orang islam yang berilmu lebih baik dari yang tidak berilmu...
p/s nanti masuk blog kak tirana amik award plus tag ye...
Post a Comment