Tuesday, June 30, 2009

Pusaran Cinta Iman..

Sesungguhnya tak ramai kaum muslim n muslimah yang mampu membangun dengan ideal...


antara iman, cinta dan pusaran tradisi..


kebanyakkan semuanya seakan-akan sama.. tak jauh beza..


ada saja yang sudah hampir meniti kejayaannya..



















tapi terbabas di tengah jalan..


hanya kerana iman dan cinta hati bertelagah bergelut ingin menakluk jiwa..


lantaran nafsu jadi keutamaan berbanding ilmu...


pergilah kasih tinggalkan sayang...


laluilah jalan benar..


ia sudah luas terbentang di depan sana..


antara mahu atau tidak...


moga temui apa itu makna hidup yang abadi...




~~~<~~~<~~~<@: gha

Monday, June 29, 2009

Minda berputar pada paksinya...

Bismillahirahmanirrahim,



28 June 2009- Di ikutkan hari ne, aku yang rotate as a head 4 d taaruf intake new student at my college. Oleh kerana aku masih di kampung, maka amat sukar untuk aku diberi pelepasan oleh parentsku untuk berulang-alik sesuka hati ke sana. Mereka risau akan aku. Aku tahu. Ikutkan hati, aku mahu pergi laksanakan tugasku di sana dengan balik hari. Yang mana untuk kesana dengan bus ambil masa selama 5 jam 1/2...manakala ngan keretapi 8 jam..tapi keadaan langsung tak mengizinkan aku untuk berbuat sedemikian..aku bakal menyusahkan ramai pihak seandainya aku berdegil untuk kesana..at the end of the day...aku terpaksa serahkan tugasku pada member yang boleh harap..wan. Jumaat lepas, kesian dia..tepaksa selesaikan sumer tugasku seorang diri di sana. tak sorang pon dari member2 yang len y datang jengah untuk membantu.. kalaulah aku ada power seperti superman, da tentu dengan kadar kelajuan yang segera aku akan bergegas terbang ke sana...selesaikan sumer keje2 tu. Taaruf kit yang perlu di update untuk tiap kali new intake..fail2 yang perlu di booke at admin..dengan memo nya sekali... tentative beserta helaian2 penting yang lain yang perlu di fotostat andai tak cukup...smuanya sahabat yang sanggup besusah itu yang buat semuanya seorang diri..tambahan hujan lebat membuatkan dia basah kuyup pula setelah dia penat menyiapkan tugasku..langsung tiada kata lelah atau penat yang terbit dari mulutnya padaku di talian sewaktu aku menelefonnya untuk memastikan tugas berjalan lancar.. aku sangat besalah..sangat2..besalah.. Di sana hari ini, member2ku sibuk dengan new intake manakala aku pulak di sini hari ini selama setengah hari aku abiskan masa di tempat yang membuatkan aku berfikir panjang... aku terasa lemah dan kerdil di tempat itu.. insan2 di sekeliling ku terdiri daripada hamba Allah yang kecil-kecil serta cumel2.. mereka sangat mesra denganku... keletah mereka sangat menghiburkan.. n tak kurang jugak rasa penatnya..banyak betul pertanyaan yang singgah ke cuping telinga ini. berbakul-bakul rasanya...setiap pertanyaan y singgah, cuba aku jawap sebaik mungkin..timbul perasaan buyers aku untuk mereka di sana..cuba aku tepis serta singkirkan dari jiwa n minda..berjaya! hahaa...lepas tu ia datang balik.. aku cuba lagi untuk tepis n kawal.. tapi..... . . tewas. aku tak tahu.. seandainya lama lagi aku terus ada, atau menetap di situ, apakah aku akan sabar atau sebaliknya...sungguh aku tak tahu.. aku amat takut seandainya hari muka aku tak mampu untuk melaluinya dengan baik..kerana kehidupan itulah yang bakal aku lalui..apakah untuk hari mendatang aku akan masih dapat untuk sesabar hari ini? apakah perasaan aku akan masih sama? atau akan berubah-ubah mengikut peredaran kitaran kehidupan kematangan seorang manusia atau sebaliknya kekal sama? ah aku kaget. Apa sebenarnya yang bersarang dalam kotak fikiran aku tika ini setelah aku sampai ke tempat itu?




~~~~<~~~<~~<@:catatan gha

Saturday, June 27, 2009

Aku n Jarry...



"Apa ada pada jari....???!"




1. Cuba tengok jari aku... Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.. .. . "Allahu Akbar"...! Ketahuilah aku..bahwa i2 merupakan Rukun Islam yang misti aku junjuung...... ooOooH


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka n Renung dalam-dalam.... tahulaah aku i2 adala kewajipan solat 5 waktu y X' bleh aku abaikan.... hmmm



3. Put my hand on the table, peratikan... Start dari jari kelinking y kecik n kerdil nie duluu.. ibaratnyaa cam mnusia n ape mende jgk pun pastinya akan start dari y kecik dulu then besar n trus membesar... n i2lah y di katakan fitrah insan n alam seluruhnya... Reminder: whatever i do sumerr misti lah kne start dari y kecik2 dluu yeer but misti at positive side laa kan... lagee tawu la akuu dgn kegagalan aku didik diri ngan perkara2 baik.. y kecik2 ne.. pd usia muda nie laaa... y akan bg impact y sangat beSar especially pd mase depaaaan aku....nanti..hari tua aku nanti..jd..? start la didik diri dgn sifat2 mahmudah dr skrg... .


4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tuu jugak laaa ngan usia remaja.. everything sweet..ajeeerr manis cam jari manis akuu nee... cam ngan masa remaja nie laa.. slaluuu sangaaat di duga ngan mcm2 cabaran, dugaan n godaan... ohhh tidakkkk... humm hanya ngan bekal iman n takwa sj y akan tunjukkan aku jalan kebenaraaan... . .


5. Jari ketiga jari y paling tinggi.... jari antu bleh plak di ibaratkan sperti alaaam kedewasaan y kian menjelmaaa... at 30's akuu misti daa punya status, ekonomi n career y stabil but Reminder: akuu kene careful coz masa ni laa banyak bangattt "antu-antuu pengacau"... antuuu dengki, antuuu ego, antuuu tamak, antuuu jealous n mcam2 antuuu lagi laa... Kalau akuu gagal kawal emosi hmm aku sgt khuatir akuu akan tmasok ke dlm perangkap nafsu n syaitaan durjana laknatullah... hmm nauzubillah.. SooOo dari skarang aku kena laaa lipat gandakan ibadaaat.... mohon Allah sentiasa lindungi aku..

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg ungkapkan satu n Esanya Allah SWT tika solat. Genggam semua jari kecuali telunjuk... see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh... & tauladan pada jari2 sebelum ni... Macam tu jugak dengan aku... aim aku ..akuu perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya ngan idea y bernas & a great mind...!! yeahhhh!!!


7. Lastly renung laaa ibu jari.. x kan lupe kot? besar, gemuk n pendek compare to the others but it shOws kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam or pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. 4 young generation LIKE AKU, nak buat apa2 rujuk la kat org tua or y berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up.. n untuk i2.. at d end..tawu laa aku bahwa itulah matlamat idup sorang insan y bergelar manusia...




"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." -( QS.36. Yassin:65)




Small voice: See all my fingers n renung fikir dalam2. Dimanakah aku skarang....~~ >.<


~~~<~~~<~~<@

Monday, June 22, 2009

28 Mei 2009






Bismillahirahmanirrahim....




Tanggal 28 Mei 2009, 12.05 minit pagi..... lampu di ruang tamu apartment hostel aku tiba2 blaCkout!


Zahirku waktu itu... kengkononnyerr masihhh coOooL (masih menghadap laptop, jari jemari terus menaip...).. tapi dalam ati akuu daaa menjeritttt.....aaahhhhh.....ooohhh tidaaaakkk... camne ne bile baterry laptop da low..camne nak cyupkan assignment..??? daa la nak kene antarrr esokk neee.. napeeer aaa waktu2 genting nakk siapkan assignment marketing ne gak laaa dia nak blackOut..hissshhhhh x leh nak tungguuu kejappp kew huuuuu...h~


surpRiSseeee......!!!!


Selamaat hari jadi...


selamat hari jadiiii.... . .


selamat hari jaaaaadi


selamaaaat hari jaaaaaadiiii.......


naaaajihaaaaahhh...



Selamat Haaaaari Jaaaaaadieeeee......




yeeeee...hhhh tepukaaaan bergemuruh bergemmaaa di ruang tamu hostelku.. (lampu terpasang semula)



Dalam hati...ceh! kezutan befday akuuu upenyee...ingatkan ape laa tadi.. hihiii.... Alhamdulillah...sownOk bangattt... sanubariku tika itu deselubungi dengan perasaan terharu wa gaharuuu....(ade jugak org ingaat bufdayy akuu..)



Jeng..jeng..jeng..
susah payah adik juniOr n kawan2 sebayaku buat sumer kelengkapan surprise, kek temasok lilin untuk ku tiup... serba salah..


maafkan aku Yaa Allah... . . ku tiup juga lilin ini...



sarapan mewaaah kami pada awal pagi 28 Mei itu.... . . .



Pizzaaaa 4 kotak untuk 10 orang.. sama rata.. sorank dapat 2 potOng...

makaan elok2...ekkk..jangan rebut2...sumerr dapaaat makannn... eh hehh cakap cam kite lak blanje dewanggg hehehee




Seteruznyaaa setelah besuka-ria~ menjengah jam hampir ke 2 pagi.. emm burfday gurl.. akhirnyaaa di tinggalkan sendirian..

sambuuung wat assignment balikkk...huuuuu jaaaap gi dengaar ayaam bekokOk laaa tuuu...~ alamatnyaaa bejagaa sampai ke ceraah laaa... hmmm cobaaaan....




APPRECIATION : to kawan2 seumah sehostel ira,sha,syai,eka,lulu,shima,ima,wani n fiza... terima kasih banyak2... Hanya Allah saja yang dapat balaz budi baik kalian sumer... Sambutan ulang tahun kelahiran yang ke 20 ini sangat bermakna sb ini merupakan kali pertama ia disambut dengan sebegini rupa, oleh kawan2 tersayang. Dengan kezutan yang langsung tak disangka2..beserta hadiah lagi... ThanX eka n lulu 4 d hadiah.. kak gha sangat menghargainya.. Ketahuilah saya sangat teruja n sangattt terharuuu..."Semoga ikatan persahabatan kita akan terus terjalin kerana kasih~Nya Dia." Aameen..




Renungan Nota2 kaki bersama-sama :

NOTA KAKI 1 : Diceritakan oleh bekas paderi Sabah yang telah memeluk Islam. Sebenarnya meniup lilin atas kek masa menyambut hari jadi dicipta oleh kaum nasrani (masehi) sebagai simbolik MENIUP ATAU MENGHAPUSKAN CAHAYA ISLAM DARI MUKA BUMI. Kek itu di umpamakan sebagai bumi. Api sebagai cahaya Islam. Nabi saw menegah umatnya meniru kaum lain dalam hukum tasyabbuh (meniru).

NOTA KAKI 2 :

->Umar alKhattab ra, "hati-hatilah dari terleka dgn nikmat dan bentuk kehidupan orang kafir."

->HR Abu Daud," sesiapa yg menyerupai sesuatu qaumm tergolonglah ia dari kalangan mereka."

->HR alBaihaqee (asSunnah alKubra 9/234) dari Abdullah Ibn 'Amr ra, " sesiapa yg mendiami negeri kaum musyrikin kemudian mengadakan festival nairuz lalu umat Islam meniru dan menyambutnya hingga dia mati, maka dia akan dikumpulkan kelak bersama mereka itu (dgn orang kafir) di Hari Kiamat."

NOTA KAKI 3 : Pada masa depan kalau nak juga adakan sambutan harijadi, apa yang boleh kita lakukan ialah modified supaya ia tidak mengikut budaya mereka...buatlah doa selamat, berbeque atau apa saja mahupun keknya tapi jangan sesekali di pasang dengan dian/lilin. Begitulaah kira2..nyaa.. Selebihnyaaa



PENGAJARAN BERMAKNA : Kalo bagi agama nasrani, tiup lilin di umpamakan memadam cahaya Islam. Kita org Islam y tiup lilin untuk bufdayy nee sama seperti apa pulakk ekkk????! Astagfirullahhailazimmm... n Nauzdubillah..

Wallahua'lam...




~~~<~~~<~~<@: gha

Tuesday, June 16, 2009

Muhammad & Khadijah




Bismillahirahmanirrahim..




Pernikahan...





Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.



“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah.


“Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.


Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahawa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat muafakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq”, sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi kerana yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.




Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut: “Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.



“Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.

“Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, nescayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.
“Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahawa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat.


“Semoga Allah memberkati pernikahan ini”.



Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.



Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !”



Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”. (Adh-Dhuhaa: 8)



Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita..



~~~<~~<~~<@

Saturday, May 30, 2009

A moment..

Bismillahirahmanirrahim...






Khas untuk kak Tirana...




Saya telah di tag oleh kak Tirana minggu lepas.. Bagi saya ini bukan tag tapi soalan kasih sayang dari kakak untuk adik. Maaf lambat balas. Lately, saya sedikit sibuk. Ada beberapa dateline yang perlu saya kejar dan bereskan sebelum exam final short semester kali ne. Sekali lagi maaf yeeer kak Tirana.... hummm

Kalau dulu, saya rasa tag adalah sesuatu yang tak penting dan ia adalah sesuatu yang tak perlu untuk dilayan..(tape layaaan jgk laa skali...hihi) bukan pe, rata2 tag yang saya jumpa kebanyakkannya soalannya merepek2, langsung tak ade point atau arah tuju... (maaf ya, inilah apa yang saya rasa).. saya sedikit choosy dalam soal ne..( hehe skit je tak banyak...,) tambah plak saya ne jenis yang sukaaa sgt merepek, jd bila dapat aje tag2 yang merepek2 mulalaaa saya jadi kerepek.. hahaaa makanya sebelum saya benar2 jadik kerepek, adalah lebih baik saya bersikap choosy. Saya ingin bentuk n warnakan blog ini dgn personality nya yang tersendiri n berlawanan dengan sikap kerepek saya ini.....hahahaaa


hmm tapeee bile bace tag yang kak Tirana bagi ne rasanya lain sikit sebab soalannya agak membina.. boleh mengeratkan ukhuwah g2..hehee. Oleh itu, saya akan menjawapnya untuk kakak Tirana tersayang... ^_^

Dengan harapan semOga kak Tirana sihat sepenuhnya dari sakitnya dan sentiasa berada dalam lindungan dan jagaan Allah.. Aameen..





Permainan bermula...



a) Copy badge "Vespa blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.


Alright.. ine award yang kak Tirana bagi kat saye..heheee .. tQ kakak Tirana..bebesar hati saya menerimanya... :)



b) Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Insan yang bagi award ne adalah KAK TIRANA. Siapakah kakak Tirana ini? hmm kak Tirana ne adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa, kalo tak salah sebelum ne kak Tirana bkerja sbg nurse (kalo salah betulkan ya).. berkahwin dengan seorang doktor dan dikurniakan bbrapa orang cahaya mata. Sepanjang lebih kurank 2 bulan pengalaman saya berkenalan ngan kak Tirana ne, saya dapati de merupakan seorang yang begitu mengambil berat, baik hati, serta bertanggungjawab. Kak Tirana rajin sangat datang melawat blog saye dan suke sangat tinggalkan komen2 kat entry2 yang saye post (others ade yang told me tat they really like my blog but they never leave their comment here..either critic kan or komen yang membina. Wat they re saying is not the same with their action.. but its okey...naseb bek ade kak Tirana y sorang ne..kan....kak Tirana laa pgomen tetap blog ne hahaa.. ) dr segi baik hati plak.. walaupun tak penah bersua muke, tapi sy dapat rase yang kak Tirana ne macam tu orangnya.. Penah swaktu blOg sy tgh stuCk dulu,sehari suntuk kak Tirana spend mase nya untuk tolong saye cari punca knape blog sy bleh stuCk. Kami berbalaz2 msg utk cr solution. Ketahuilah, saya sangat terharu d ataz pgorbanan i2.. @_@..sayaaang kak Tiranaaa.. humm selain tu, kak Tirana jgk jenis yang btanggjwb orgnya. Wak2 kak Tirana jatuh sakit scr tiba2 baru2 ne, kak Tirana msh ingat pada pegunjung2 d blognya. Dia amanahkan spy blog nya dijaga oleh org lain ntuk terus mgantar entry2 ilmiah kepada pengunjung2 setia blognya.. . dan seuisai kak Tirana dah kembali bertenaga, dia menghadiakan "vespa award" ini kepada saya.. Itu laaah kakak Tirana, salah seorang sahabat maya yang saya kenal di sini.. cayalah! ^_^



next..


c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.


1-Tiap petang suke tonton cerita Aqso & madina tv9.. b4 5.30 pm i will make sure balik awal dr college semata2 nak tonton cerita ne dg adik junior di hostel. Heran jgk cerita tu biasa sj, tape tetap rase terkilan if x dpt tenguk. hmm camne tu..entah laa

2-Suka cuba buat sesuatu yang baru.. depends to my interest..


3-Ble hadapi tekanan jalan tebaik adalaa dengan tito.... hahaaa ..humm dgn i2 masalah akan dapat dlupekan sekejap.. .. . . . hahahaa....


4-Rajin bercucuk tanam.. ine waktu skolah rendah n mengh dulu laa waktu dpn rumah masih ade tanah n blum wat renovation tok letak full lantai simen..ade gak anjurkan prOtest jgn letak lantai simen! tape protest tidak dilayaaan.. apekan daya... kini tanaman hanya tpakse di tanam dalam pasu saje daaa.. humm -_-


5-Waktu mule2 dapat lesen memandu kompeten, suke sgt drive kete sorang2.. tiap X tu jgk kne marah ngan abah. Katanya "bahaya pandu sorang2, misti kne ade teman!"... tapee bile line clear, abah x de ..senyap2 jgk test power sorank2... wak2 tu sweet 17.. kini abah daa X larang lagi daa klo nk drive sorank pon.. myb sbb da yakin kot


6-Suke masak makanan kegemaran sendiri.. dan pakse family ntuk makan.. haa.. naseb bek dewang puji sedap tapi slalu jugak dewang komen peedaaaSss..


7-Suka letak barang mrata2 tmpt... bile smpai time nak blajar baru nak kemas, coz tak bleh nak timbe ilmu dlm keadaan sepah.. otak x jalan.. (AMARAN KERAS: Jgn tiru habit ini d rumah)


8-Dulu punyer citer, petang2 suka sangat berjogging n berbasikal...tapee kini.. semuanyaa da berubah....ape nak jadi pon x tau laa. haaihh..

9-Sangat gemar melukis gambar pemandangan...hasilnya sebuah lukisan gambar pemandangan yang besar telah dilukis di dinding luar rumah..buruk2 lukisan besar yang dlukis tu pun, masih ade yang puji cantik hingga ada y menjemput dtg melukis d dinding tadika mereka pulak.. keh3


10-Bile dekat dengan exam, kebiasaanya akan suka lepak di rumah sahabat baik eQa yang dapat result gempak 4 flet.. hee bukan nye pegi nak kaco si die yang sdg study, tape pegi sana coz nak dapatkan semangat nak blajar last minute ne.. hahaaa


begitu la skit sbanyak cite saye kak Tirana.. hobi saye yang dulu n skarang.. due2 sy combinekan spy cukOp 10 kan.. kan.. humm ^_^



final step..


d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.



Tapi untuk kali ne saya nak buat sdikit perubahan dengan tidak mengenakan apa2 syarat kepada penerima award.. mksdnya anda y penerima award ni tak perlu untuk jawap soalan a-d (tapi kalo nak jwp jgk adlh sangat di alu2kan). "VesPa AWARD" dan "FrienDship AWard" ini saya hadiahkan kepada anda tanpa syarat... kepada penerima2 sile copy paste ye award ne ke blog anda. Orang2 tOp 6 yg telah di short listed oleh saya adalah seperti di bawah..

1) Kak Keena (org y begitu motivated n penuh dedikasi...sile amik friendship award yg bwarna kuning oren ne sbg tanda penghargaan saya utk kak Keena tersayang..)


2) Ainul Wafa (org petame bagi award kat kak gha.. to afa sile amik vespa award di atas ek)


3) Kak Zetty, sembiluu kaseh ikatan 2 jiwaaa..(org petame y register jd followers blog ne. Sile amik vespa award yang same ngan afa ek..coz friendship award tu kak zetty da dpt kan.. soo..gha bg award y laen la plak yeh.. )


4) Muati (sahabat maya y slalu betikam lidah ngan saye..Sile amik frienship award yg bwarna kuning oren ne k untuk d tampal pd blog anda...terime kasih atas persahabatan n kritikan2 anda..)


5) Tinta Nilam a.k.a nama pena (penulis dewan bahasa dan pustaka yang cumel lage kiut, sile amik friendship award anda y bwarna warna kuning oren k..dengan ucapan terima kasih atas persahabatan kita.. ^_^)



6)Jeng3.. dan diumumkan special award yang terkahir adalah belongs tooo.. kak Tirana.. yeeee...(sy bagi frienship award warna kuning oren kat atas ne kat akak pulak. Kite betuka2 hantaran laa kirenye.. k..)


yeeehh...


Alhamdulillah..maka selesai sudaaa ... upacara tehormat penyampaian hadiah..hmm di umumkan semue bole bersurai.. pade y beroleh award..Tahniah sy ucapkan.. kepade y tidak berjaye.. jgn sedayy2 k..rezeki anda myb neXt time.. daaa ntuk kali nee.. wasalamz ^_^






~~~<~~~<~~<@: gha

Friday, May 22, 2009

nO Xclusive value




Bismillahirahmanirahim.. .


Pembaca2 yang budiman,


Menuntut ilmu wajib bagi setiap insan yang bernyawa baik laki-laki mahupun perempuan. Dengan ilmu pengetahuan yang di pelajari saja yang dapat membezakan nilai antara sesama manusia sama ada orang itu jahil, bakhil, pemurah, penyabar, bijaksana ataupun buruk akhlak. Untuk miliki nilai-nilai kualiti yang baik, cemerlang dan bersifat mahmudah bukanlah mudah dan bukan juga susah. Ini kerana kita hanya merasai susahnya hanya seawal kita cuba untuk menjadi baik atau cemerlang. Seterusnya seandainya kita telah berjaya mengatasi masalah tersebut, maka ia bukan sesuatu yang sukar lagi untuk diri kita. Justeru itu, sedarlah bahawa diri kita sendiri yang bertanggungjawab dalam mencorak diri sendiri sama ada ingin warnakan hidup kita dengan warna-warna yang suram ataupun dengan warna-warna indah pelangi.


Menuntut ilmu tiada batasnya, tiada sempadan ataupun jurang pemisahnya. Selagimana kita ini bernyawa maka tuntutlah ilmu dengan bersungguhnya. Ilmu itu boleh diibaratkan seperti sebuah lautan yang luas terbentang hebatnya. Untuk menjadi seorang yang punya kehebatan seperti luasnya lautan itu, perlulah ia menuntut ilmu. Seseorang yang berilmu akan dipandang mulia dan hebat pada pandangan manusia. Seseorang yang berilmu juga akan terjaga dirinya daripada ditindas serta ditipu oleh manusia-manusia durjana yang sentias mencari ruang dan peluang.


Menuntut ilmu boleh diklasifikasikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama ilmu duniawi dan yang kedua ilmu ukhrowi. Kedua-duanya perlu untuk saling lengkap-melengkapi. Andai salah satu terkurang maka hidup manusia sama seperti pedagang asing di padang pasir yang berjalan sehari-harian di tanah tandus yang gersang tanpa arah serta tujuan. Untuk belajar ilmu duniawi, kita perlulah bersikap terbuka, kreatif, serta berwawasan. Dengan nilai-nilai tersebut kita dapat mengatur langkah untuk menjadi seorang yang berdedikasi serta yakin diri. Manakala ilmu ukhrowi pula, iaitu ilmu agama perlu kita pelajari supaya hati serta jiwa sentiasa dapat terisi dengan nilai-nilai ketuhanan yang bersifat baik serta mententeramkan jiwa. Dengan mempelajari kedua-dua gabungan ilmu ini, barulah manusia itu akan menjadi seorang yang luar biasa hebatnya dan berada jauh luar dari jangkaan minda sedar ini.

Tapi cara yang bagaimanakah untuk luaskan pengetahuan MINDA manusia supaya dapat menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya? Jawapannya mudah. Iqra'. Bacalah... Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia. Dengan membaca seorang manusia akan dapat mengeluarkan dirinya dari kepompong kejahilan. Sesuatu yang sebelum ini tidak tahu, kini menjadi tahu. Sesuatu yang sebelum ini pelik, kini tidak lagi. Sesuatu yang dulunya susah untuk difahami, kini lebih mudah untuk dimengerti. Sesuatu yang dulunya dibenci untuk diterokai, kini amat disayangi. Segala yang dulunya buruk kini kian menjadi baik dan mudah adalah semuanya disebabkan ilmu... ilmu.. ilmu..ilmu....dan.. ilmu....


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga."

~(Riwayat Muslim)



Tuntutlah ilmu walau dimana anda berada, walau dengan siapa sekalipun gurunya. Tak kiralah datangnya dari siapa ataupun dimana. Pencuci tandas, pengutip sampah jalanan, pengemis yang mengemis minta belas kasihan juga boleh di jadikan kawan dalam menuntut ilmu. Tiada nilai exclusive untuk menjadi seorang insan hebat lagi berkariSma seandainya tidak mahu kenal erti susah. Hanya dengan mengenal erti perit kesusahan, barulah diri akan belajar untuk menghargai apa yang patut dipelajari. Tuntutlah ilmu itu walau dimana ia berada..walau dengan siapa jua gurunya..Jangan ada riak ataupun bongkak. Berjalan dan luaskan pemandangan. Selagimana ilmu itu baik untuk diri maka tuntulah ia walau hingga ke negeri Cina...


Wallahua'lam.



Pesanan: Rajin2 laah untuk bace buku.. alsO reminder 2 self<

~~<~~<~~<@ : gha