Sunday, November 8, 2009

Komplot...

Bismillahirahmanirrahim...

6 November 09 - Pecah tembelang! ape yang terjadi semalam tu adalah pakatan orang tertentu..orang tu pulak orang atas yang aku hormati. sampai hati rancang kenakan aku sampai macam tu sekali..walau saat tu aku tahu bukan salahku 100% tapi aku tetap terima dengan hati terbuka teguran yang diberikan tu..dan ia memang satu pengajaran dan teguran yang sangat2 berharga walaupun ada udang disebalik batu..waktu tu bagaikan kapilari darah yang dah terputus semalam bercantum semula hari ni..ibarat juga matiku sesaat dan dihidupkan semula..untuk diberikan peluang kedua..aku terkedu dan terduduk seketika setelah dapat tahu cerita sebenar daripada insan yang aku percayai...geram pun ada..tapi mungkin ada hikmah kenapa Allah beri keizinan pada dua makhluk tu untuk kenakan aku..walau pedih..aku redha :(
~~~~<~~~<~~~<@

Friday, November 6, 2009

Jauh

Bismillahirahmanirrahim...


5 November 09 - Yang terlarang tetap terlarang.tiada kompromi. NOKTAH. dalam tempoh hampir setahun memegang tampuk pimpinan..banyak yang telah aku lalui serta kecapi..matlamatku..impianku..hasrat hatiku..alhamdulillah Allah mudahkan sekalipun banyak rintangan serta dugaan yang datang melanda...namun hari ini aku ditampar lagi dengan sebuah teguran..teguran yang aku akan ingat sampai mati..insyaAllah..walau dalam apa jua keadaan aku mahu jaga dan aku misti istiqomah..tiada tolak-ansur untuk perkara itu.terima kasih banyak2 untuk penyampai dan juga insan yang minta untuk disampaikan teguran.. semoga hatiku lembut dan semoga Allah permudahkan kalian meniti titian sirat di akhirat nanti..ameen..terima kasih ya Allah kerana Kau masih ingat padaku..terima kasih kerana utuskan mereka untuk menegur kekhilafanku..


aku dapat rasakan sesuatu yang telah mula bergerak semakin jauh dariku..rasanya sangat halus..halusnya bak desiran angin..derap2 ia merayap menjauhi...mula2 cuma sikit..lama2...??? aku sangat takut jika itu berterusan dalam hidupku..nauzubillah himinzalik..
aku sangat takut andai aku berada jauh dari jagaan itu.. pada masa yang sama...aku sedang lelah bertatih..aku masih mencari2 apa yang aku mahu..aku masih mencari2 siapa sebenar diriku...aku masih mencariMu disegenap jiwa dan ragaku..aku turut mencari hakikat sebenarnya hidup ini diciptakan..sekalipun jawapannya telah aku ketahui..namun untuk menikmati serta mengecap nikmatnya...belum tergapai..saban hari aku cuba untuk terus berlatih..cuba untuk lebih tegar...membezakan yang putih dan yang hitam..sangat menyesakkan..kadang2 terang..kadang2 kelam..seakan2 sama tapi tetap tak serupa..yang terang tetap terang..yang gelap tetap gelap.. hakikatnya sangat jelas.. air dan minyak tak mungkin bercampur..sudah jelas cuma aku yang tak nampak..aku rindu saat2 dulu..saat itu sangat bahagia..tenggelam dalam lautan kasih... syahdu melingkar di taman hati..tapi kini jauhnyaa semakin terasa...rayuku.. kembalilah...kembalilah..kembalilah kepadaku... seperti dulu...ambillah aku kembali berada dalam dakapanmu..kembali dilindungi, terjaga dan dijaga..
tidak ada lain..hanya itu satu-satu KASIH yang aku harapkan..aku kembali lagi mencariMU Ya RABB..


~~~~<~~~<~~~<@