Saturday, September 17, 2011

Pohon Kehidupan

Bismillah..


Aku terus melaju

Saat hujan menerpa tubuh yang lusuh

Tapi hatiku takkan mudah rapuh.



Kadang lelah memeras peluh

Tapi api semangat membunuh luluh

Kakiku terus melangkah

Seiring desah berserah.


Semangatku

Semangat juang

Yang tak mematikan harapan

Dan sentiasa bebaik sangka pada Tuhan.


Ikhtiarku

Ikhtiar para pembelajar

Yang tak bosan mengarahkan hati

Pada penghambaan sejati.


Yakinku

Ujian diberikan

Sesuai kadar kemampuan.



~~<~~<~~<@

Friday, September 16, 2011

Rindu yang tiada makna.

Bismillah...



Ku sangka semuanya sudah hilang

Tapi baki sisa-sisanya masih lekat..

oh Allah..

Betapa banyak aku ingat pun belum tentu dia ingat..

Rindu..rindu ini..langsung tak memberi makna..

kerana..

dia yang memulakan dan dia juga yang menghilangkan..

jurang kasih itu wujud..

pengertian tiada..

kesabaran tak bertahan..

sayangnya seperti lalang..

tiada pendirian..

dia punya fikrah..

namun mujahadah tiada..

pemahaman tentang istimewanya sebuah perasaan yang perlu dijaga demi Dia juga tiada..

pahit..sakit..derita...

ya sememangnya rindu ini memang tiada makna.

Rindu yang sakit dan derita.

dia sememangnya sampai bila pun takkan mengerti..

kerana..

aku tidak tahu cara membalas pertuturannya..

kerana aku sememangnya membosankan..

tak pandai berbalas kata-kata..

kerana..

Rindu ini tidak halal..

Rindu ini tidak halal..

Rindu ini tidak punya makna di sisi Dia..

aku lebih sayangkan Dia berbanding dia..

andai dia rasa dia lebih memberi perhatian pada dia..

teruskan..

kerana kasihku tidak semudah dan semurah itu untuk diberikan kepada sesiapa..

kerana aku sangat sedar seandainya aku teruskan..

aku hanya bermain dengan azab..

yang akhirnya cuma memakan diri sendiri..



~~<~~<~~<@





Monday, September 12, 2011

Taman Hati

Bismillah...


Mengapa kau sepi membisu

Kelopak layu di taman hatimu

Kali zikir dah lama mengalir lesu

Takdir Allah hikmah tak ketemu.



Cerah ia dengan puji utama

Bercahaya, kau tabah diuji

Merdu suara syahdu lagu jiwa bergema

Janji Allah mewarnai hati.

Biru laut mengalun pecah pantai

Biru lagi tasik hatimu

Hijau daun memaut patah tangkai

Hijau lagi taman hatimu.

Allah, kami lemah tapi takkan lelah

Lamar cintaMu ke taman hati

Allah, kami rindu takkan pernah jemu

Taman syurgaMu saujana abadi.



~~<~~<~~<@

Thursday, September 1, 2011

Ada sebab..

Bismillah..



Ada sebab aku cari..


Ada sebab aku lihat..


Ada sebab aku jauh..


Ada sebab aku ingat..


Ada sebab aku lupakan..


Ada sebab aku diam..


Ada sebab aku doakan..


dan ada sebab aku pergi..




~~<~~<~~<@


Thursday, June 30, 2011

Biar jadi kaktus.

Bismillah..




Aku bukannye kuat sangat. tapi aku kena pura-pura jadi kuat. aku sendiri tak pasti aku mampu buat atau tak. diri aku sendiri pun belom tentu lepas, inikan pula aku perlu bantu orang laen. aku perlu terus pura-pura jadi kuat. walau hakikatnya, dalaman aku meronta-ronta untuk bergerak bebas. tapi ini juga satu tanggungjawab. aku tak pasti apa hikmah di sebalik semua ne. umm kau lagi sorang! aku tatau sape kau. tibe2 je datang nak berkawan. cara kau cakap macam kau betol2 kenal aku. tapi aku mane kenal kau. aku anggap semuanya hanya gurauan dan permainan, walau berkali-kali kau kata ikhlas. aku tak faham dengan maksud ikhlas kau. pintu hati aku dah tertutup rapat. diam dan tak menonjolkan diri lebih bagos dari hidup macam orang gila lepas tu. aku dah penat dengan permainan dunia. destiny.. i'll let Allah decide..



apa yang pernah aku lalui sebelum ne memang mendewasakan aku untuk tentukan jalan hidup. tapi sekarang aku seakan hilang. aku kena cari dengan segera kenapa diri aku hilang. Ya Allah, apakah ini normal dalam kehidupan seorang manusia?



tadi waktu membeli-belah teserempak ngan sir chatur. he is a nice, religous, n good looking guy. tekejot gile de yang tegor aku dulu..haha what a small world! LOL



mereka adalah mereka. dan aku adalah aku. aku tak kisah kalau sekalipun mereka tak faham apa-apa. sebab yang penting bila aku cakap aku sendiri yang dapat rasai kayak mana feelingnya diskusi itu. yang pastinya perlu usahanya lebih lagi. mereka nak kutuk aku pun kutuklah. aku maafkan saja. yang penting aku faham feelings aku. haha



urmmm aku rinduuu shrekkkkk!




~~<~~<~~<@

Tuesday, June 7, 2011

Masih ada Allah di hati.

Bismillah..




Setiap amal perbuatan y dikerjakan seseorang hamba dgn penuh harap utk mendapatkan cinta dan redha Allah pasti akan mendatangkan manfaat pada hamba itu, baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Ikhlas adalah kata mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk diamalkan. Seorang hamba y mampu melakukan sebarang pekerjaan dgn sifat ikhlas memiliki kedudukan mulia di hadapanNya.


Pencinta sejati tidak pernah peduli akan duka dan derita dlm menjalani kehidupan di dunia ini. Kerana baginya tangis itu bukanlah menunjukkan kesedihan dan kedukaan. Seorang hamba y tunduk dan patuh pada Allah krn takutkanNya dan dia umpama seorang hamba kepada tuannya. Seorang y beribadat kepada Allah kerana mengharapkan balasan syurga dan dijauhkan dari api neraka umpama seorang pedagang y selalu sibuk dgn perhitungan antara untung dan rugi.




Nota Hidup :


1- Cuti sem kali pertama degree ini, aku isi dgn gotong-royong bersama sanak-saudara serta orang kampung sempena walimah abang dan kakak saudara di kampung, kenduri mereka silih berganti. Kemeriahannya sangat terasa. Didoakan semoga abg Zikrullah bersama pasangannya kakak Amirah dan Dayang Murni bersama pasangannya Ikhwan berbahagia hingga ke anak cucu seterusnya sampai syurga. ameen. =)




2- Macam tak percaya y aku skrg dah degree, pantas betol masa berlalu. baru semalam terasa baru di menengah. Allah Hu Akhbar!!! sungguh pantas, masa berputar, masih banyak perkara y belum tercapai. Doaku padaMu moga diberikan kekuatan hati, mental dan fizikal untuk melakukannya. insyaAllah.. >,<



3- Hatiku berbunga-bunga kerana dapat menghabiskan satu novel spiritual!! yeaayyy!! sebelum ne punyaa lah lama klo nak habiskan satu pun. ine dlm beberapa hari da habis dibaca. alhamdulillah.. hopefully buku ilmiah pulak lepas ne. insyaAllah.. ^^


~~<~~<~~<@

Wednesday, May 18, 2011

aku malu menjadi 'khadijah-mu'

Bismillah..




Adakah dengan ungkapan,


tulisan,


kata-kata,


utusan berita,


baru boleh menggambarkan hati ?


maafkan aku..


aku belum sempurna dan terbaik untukmu.






~~<~~<~~<@

Tuesday, May 3, 2011

Cepatlah mendung berlalu.

Bismillah..



Aku rasa ada org lain y nak gunakan kau untuk kepentingan dia. Babe, aku sayang kau. Aku maafkan semua kesalahan kau dunia akhirat. Aku halalkan makan minum kau selama y kita kenal. Tolonglah sedar dari mimpi y kau rasa indah tu. Aku tak putus doa y terbaik untuk kau. Babe, semua orang sayang kau. Sedarlah! Jaga solat, jaga ibadah, jangan putus hubungan dengan Pencipta.



~~<~~<~~<@

Monday, April 11, 2011

Teruskan perjalanan!!!

Bismillah..



Masuk tempat baru.. of course cabaran pon baru. awal2 dah ade dugaan i2 ine. seriez out of the box! sikit sebanyak terkesan dalam diri. sia2 mulakan hidup tempat baru andai putus asa di biarkan muncul dalam diri. come on! teruskan langkah ke depan. tak usah nak toleh kiri kanan atau belakang lagi. rasa y wujud dalam diri cuma gangguan y kau perlu lawan. kau perlu teguhkan nawaitu kau tiap waktu agar kau jelas dengan apa y kau mahu. yakin dengan kau. kau pasti jadikan apa y kau mahu bukan satu angan tapi satu realiti! have faith! teruskan perjalanan!!!



~~<~~<~~<@

Friday, March 4, 2011

hidup yang selalu HIDUP

Bismillah..


Jarang ada manusia y tak tahu menghargai budi kita. kadang2 kita di hargai, cuma kita tak sedar y dia sedang menghargai kita. tak rugi kalau kita menghargai manusia, kalau pun tak berbalas, sekurang2nya TUHAN y akan menghargai kita semula. cuma manusia selalu tersilap, mereka menghargai manusia semata2 utk dapatkan penghargaan manusia.


permulaan fasa hidup y baru..
semangat baru dan azam y baru..
semoga sentiasa redha dan berada dalam naunganMu selalu..
Wahai Tuhanku..
permudahkanlah segala urusanku..
peliharalah daku..pimpinlah daku..
semoga ku bertemu dengan sahabat2 baru y bisa membimbingku mendekatiMu selalu..




Nota Hidup :

1- Klo lame2 betol, i think its ok. Nampak simple, macam xde ape2, tapi ade kesan sebenarnya.. Tak gemar dengan cara segelintir orang y gemar n kerap tag nama orang2 tertentu utk kenang masa2 lalu..tidakkah awak terfikir andai dlm ramai2 tu ade nama y tercicir n kebarangkalian nama org tak disebut tu sikit sebanyak hatinya terguris?

2- Dah sampai masa untuk "mengemukkan badan".

3- Sejak akhir2 ne, mama tak lalu makan.. adekah berpunca dari aku n kakak y bakal pergi?

~~<~~<~~<@

Berubahlah!!

Bismillah..


Sedarkah anda bahawa anda y dahulunya hanya pandai merangkak kini sudah mampu berlari? Perasankah anda bahawa 22 tahun lalu anda hanya mampu menangis, namun sekarang mampu berfikir dengan lebih jauh, mempunyai perasaan sendiri bahkan sudah ada y pandai bercinta!!

Sebungkus beras mentah tak akan berubah menjadi nasi sekiranya anda sendiri mengubahnya dg memasak sehingga dg nasi tadi anda beroleh tenaga untuk beribadah. Y paling penting dlm nak menyediakan seperiuk nasi y boleh dimakan bukanlah pada air atau apinya, tapi pada diri anda sendiri iaitu sikap!

Sikap, sikap dan sikap!

Anda y mahukan perut anda kenyang, anda sendiri y harus berusaha dg apa cara sekalipun supaya perut anda y lapar boleh terisi.

Jadi, kenapa manusia perlu kepada perubahan?

Setiap manusia perlu perubahan supaya dapat meningkatkan prestasi hidup untuk disesuaikan dg kitaran hidup y lebih sempurna. Peningkatan ini lah y akan membawa kita kpd kehidupan y lebih berkualiti. Biarlah bertambahnya usia bersama2 peningkatan kualiti n amalan.

Tak susah utk berubah, hanya memerlukan sedikit kekuatan utk melawan sifat malas, kita mampu melakukan perubahan. Mulakan perubahan dg y kecil2, lama2 kelamaan ia akan merubah seluruh lanskap hidup anda.

Namun, hakikatnya manusia tidak begitu di alam realiti sekarang krn kita lebih gemar di takuk lama n lebih gemar memanjakan diri sendiri berbanding mengorbankan sedikit kesakitan utk melakukan perubahan. Lebih malang, lebih ramai y menunggu keajaiban untuk membuat perubahan.

Kerana itu jg ramai y mengatakan bahawa mereka masih belum bersedia utk berubah krn masih belum dapat hidayah.. ketahuilah bahawa manusia y punya azam utk berubah adalah lebih baik drp manusia y tidak mahu berubah.


# Nota Inspirasi dari : Penulis muda A'S, JD.


Nota Hidup :

1- Semua manusia sudah tentu mahukan perubahan, cuma kita sj y tak tahu bagaimana utk berubah atau terasa sulit utk membuat perubahan. Manusia y mengaku sbg muslim, tidak harus mengabaikan aspek perubahan dlm dirinya krn ia sesuatu y berkait rapat dg kehidupan selepas matinya nanti.

2- Ujian y di datangkan pd manusia bukan sj utk manusia bersabar ttp juga kerinduan Allah pd suara hambaNya utk terus berdoa.

3- Aku harus kuat, bukankah ini sebuah kehidupan?


~~<~~<~~<@

Thursday, March 3, 2011

surat untuk dibuang.

Bismillah..


Untuk : sesiape y berkenaan. =P




Assalamualaikum...



Allah knows. semua y terjadi biarlah jadi rahsia aku dan Tuhan. xpayah nak susah payah xplain. buang masa sama macam cara awak buang masa sy dulu. xsedaaa konon. seriez sahabat baik sy pun penah kene dgn awak. hubungan kami dingin sume sebab awak. awak tahu tak??? of course awak tak tahu kan. banyak kali sgt dah.. tapi tiap kali itu jugak sy masih bagi peluang. awak tahu tak? of course awak tak tahu kan.. tapi awak masih sama. masih xseda2 lagi ke???? sy tahu awak pandai. genius lg kan. pandai saje x menjamin kan apa2 kalau iman seniri x boleh nak lead diri sendiri. kelebihan y Allah bagi bukan bermakna awak boleh gunakan untuk sesuka hati. nak buat ape2 pon. fike la masak2 dulu. awak ingat hidup manusia semudah abc k? awak ingat awak tu ade kuase veto..boleh tentukan ape2 y nak jadi any time dalam hidup org k? awak ingat awak tu sape??? org laen pun ade perasaan jgk. adekah semudah itu nak di permainkan?

apa y awk buat pd sy hari ne, tak mustahil akn berulang2 kali jadi dlm hidup awak pulak nanti. xde y mustahil. Allah Maha adil. klo awak senirik y nak terasa. yes, mmg ini untuk awak. dah xde ape lagi y nak sy ambil tahu pasal awak. hidup laa dlm dunia permainan y awak reka tu. moga bahagia. awak mmg baik. sy xpenah lupa pun tentang sume kebaikan awak. terime kasih atas kebaikan y penah awak buat suatu masa dulu. but this time. satu saje. peluang y dulu tu, dah x akan dtg lg dlm hidup awak.



N O K T A H



~~<~~<~~<@

Thursday, February 24, 2011

Bersuaralah

Bismillah..


Kadang2 kita berdoa untuk kuat, tapi kenapa banyak dugaan, kadang2 kita minta cerdik, masalah pula y timbul. kadang2 kita minta kebahagiaan, tapi huru-hara pula. dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru-hara menjadikan kita tabah. hebatkan Allah? semua ada hikmah. kalau lah manusia tahu.. telah berkata Jibril : "Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hamba-Mu. Maka Allah menjawab : "Biarkan hambaku itu, kerana Aku mencintai suaranya."



Nota Hidup :

1- "Selamat bertunang" buat usahawan muda juga bakal ahli kimia UMP dengan org negeri di bawah bayu. moga segala urusan BM kalian di permudahkan Allah n bahagia until jannah. "Barakallahu lakuma wa baraka alikuma wa jamaah baina kuma fii khair." :)

2- Astagfirullah. tekejot tengok muslimah cantik y di kenali jaja aib seniri scr terang2 pd umum. moga Allah bagi hidayah..ameen. iktibar untuk diri sendiri jg. nauzubillah.

3- Suka dengar alunan indah Hijjaz..mendamaikan jiwa n sanubari. B-)

~~<~~<~~<@


Sunday, February 20, 2011

Semalam.

Bismillah..



semalam

merancang hidup

penuh bahagia

bertanya jalan mana

yang menuju ke syurga

sedang duduk di titi neraka

semalam berjanji setia

tentang esok yang tiada

mengharap pelangi indah

turun selepas hujan senja

tapi hari ini

kita tahu

jalan yang mana

hendak diteroka

tanpa perlu papan tanda

biar simpan rasa itu

jadikan yang paling bermakna

ia tak datang dengan kata-kata

ia tak datang dengan mata

ia datang saat kita tak sedia

tinggalkan kita gundah-gulana

bukan janji semalam

yang menunggu untuk dikotai

tapi mahukan janji syurga yang pasti.



Nota Hidup :

- Don't make someone your priority, when they only make you as an option.


~~<~~<~~<@

Friday, February 18, 2011

Tragedi.

Bismillah..



Memang menakutkan. pagi ne dah hampir2 xcden. tak nampak pun bile masa moto tu klua.. orang tu kate krete aku himpit de. waktu nak masuk simpang dah bagi signal n rasanya aku dah tengok betol2 kot. seriez langsung xnampak! tup2 dah ada kat sebelah krete n angkat tangan tunjuk isyarat nak marah. aku pun bengang a. kete pun behenti n de dtg kat cc tingkap bagi lecture free kat aku. aku buka cermin kete sikit, n tenguk muke de sikit n not say sorry at all. hati aku jadi batu waktu tu. aku masih rasa y itu bukan salah aku. cuak gile. seb baek ade mama. mama kluar kete n cakap ngan org tu. mmg ah aku tak ngaku besalah padehal aku mgkn sebenarnya y salah. bagus betol aku ne. laen kali tolong hati2 ye. mama kata ini pengajaran baru y aku kena blaja supaya lebih alert n berhati2. pengajaran di pagi jumaat.



Nota Hidup :

1- Lately, aku pulak y jadi driver, gantikan kakak untuk hantar n ambik abah keje. aku masih teragak2 n susah dlm nak anggarkan jarak kenderaan bila nak kena tekan brek, main pedal minyak secara lembut, n memparking krete dengan betol di dlm petaknya. kadang2 ok. kadang2 aku seniri rasa fobia untuk buat sume tu. takot sangat.

2- Masa berubah, manusia berubah, hati mesti bertahan daripada rebah!

3- Bukanlah buta sesungguhnya mata y x mampu menangkap cahaya, namun buta y sebenarnya adalah hati y x mahu menerima nasihat y berharga. Alhamdulillah.. Allah selamatkan aku dari langgar org. sy betol2 x nampak anda. td hati sy memang keras. maaf pak cik..



~~<~~<~~<@

Thursday, February 17, 2011

Preparation.

Bismillah..


1- xtahu nak klasifikasikan ini dalam kategori apa.

2- sikit2 kelengkapan dah ada.

3- ikutkan boleh recycle tapi tetap nak tukar sbb nak mud baru.

4- penat himpun tapi kena jgk buang segala ape y dah tak perlu.

5- yayyy! dulu xtahu skrg dah tahu! anytime can do..haha

6- betul kate kakak. semuanya akan jadi sama seperti dulu cuma sekarang situasi je y berbeza.

7- mmg slalu teserempak dgn angin lalu. tapi nak wut canne. mmg rumit tapi life must go on.

8- tiap y terjadi pasti ade tarikh luput. begitu jgk dgn y ini.

9- moga bertemu sukses di destinasi seterusnya.



~~<~~<~~<@

Wednesday, February 16, 2011

haiya!

Bismillah...



1- Chinese New Year tahun ne dapat 4 ke 5 angpau je.

2- Beraya di rumah uncle Francis tp tak di rumah uncle Lai2. sian jgk. selalu raye pose rajin je deorg datang satu family ke umah. perhaps next year yer.

3- Tarian naga tahun ne tak de. sbb budak2 naga pegi sekolah. tenguk mercun silinder merah meletup je la.

4-Boring sebenanya. . warna-warni la pulak. berape lama boleh bertahan ne.. kale da macam budak tadika je..~lol



~~<~~<~~<@

Saturday, January 22, 2011

Apa makna sayang?

Bismillah..



Cik Ani : anak dah la sikit. bila habis, habis laa. xdak dah.. (sambil air mata berlinangan)

Mama : dah pasti2 dia masuk syurga. dia tak dak apa2 dosa. Allah lebih sayangkan dia..sabaq na..


sayu dan sebak dengar Cik Ani ckp camtu. teringat aku dan kakak y hanya dua beradik. dan macam mana mama abah sangat prihatin pada kami.. astagfirullah.. byk betol khilafku pd org tuaku.. T_T insaf.

semalam 8.30 pm, jumaat. di sahkan bahawa denyutan nadinya telah berhenti. hari ne jenazah dah selamat dikebumikan di tanah perkuburan masjid Sg.Kob, 11.30 am. adik sepupu berusia 15 tahun y baru sangat memeluk Islam telah kembali ke rahmatullah. adik sepupu xde sakit apa2, cuma demam biasa dan entah macam mana boleh tiba2 batuk berdarah. darah pulak awal2 keluar sikit, lama2 makin banyak jadi ketul2 besar, sampai penuh satu tupperware. lepas habis batuk, adik sepupu terus pengsan. seterusnya di bawa ke Hospital Kulim untuk diperiksa. setelah beberapa ketika, doktor keluar mengkhabarkan adik sepupu dah xada lagi. seumur hidup aku, baru sekali dapat jumpa adik sepupu ne, kalau x salah raya puasa, waktu tu dia masih kecil..aku pun dah x ingat mcm mana rupa dia.. moga jannah menghiasi tempat abadimu..
'
'
Al-Fatihah utk Nurul Sakinah Koh.


~~


Lepas ziarah keluarga ibu sedaraku Cik Ani, aku sekeluarga bertolak ke SP. nak jumpa mak abah long. abah long dikhabarkan dah uzur. abah long sblm ne msk icu 5 hr 5 mlm, xsedarkan diri. alhamdulillah skrg dah sedar n dah ada kt umah. abah long dah makin kurus, cengkung, tak macam dulu. mak nangis waktu peluk aku n kakak. urm..
'
'
Nota Hidup :
'
'
1- Love is magic. cannot describe only by words or sentence. it automatically birth and grow once someone have the same understanding and tolerate each other.
'
'
2- Jangan tinggalkan org y kita sayang utk org y kita suka. kerana org y kita suka akan tinggal kita utk org y mrk sayang. Jangan cuba dapatkan apa y kita sayang, tapi sayanglah dgn apa y kita ada sebelum kita kehilangan apa y kita sayang. kerana org y sayangkan kita tak mungkin org y sebenar y kita sayang. Lebih baik untuk kita bersama org y sayangkan kita dari org y kita sayang. Kerana org y kita sayang mungkin hanya sukakan kita tanpa rasa sayang. ~~~sekian......~~

~~<~~<~~<@


Tuesday, January 18, 2011

Menggapai Awan.

Bismillah..



Melakar langit sejarah,

Membina awan impi,

Apabila aku menjejak,

Ia akan menjadi pasti.

~~<~~<~~<@

Monday, January 17, 2011

Sedang di rindui.. .



Bismillah..


haiiiiiiii. . . . . .. . . . saye Catherine!

boleh panggil saye Cat. ^^



bile hati girang..saye suke nyanyi..nyanyi...~

wiwi wewe wiwi wewe. . . . lalalalalaaa~



di samping tu~ bile hati susah.. . .

saye AKAN suke buat hal seniri.

DAN kalau waktu tu tibe..


jangan sesape berani kacau saye.

hum kalau tak.


saye AKAN jadik naga!

DAN~ naga itu SANGAT garang!

DAN~ SANGAAAAAAAAAAAATT menakutkan!!!

-__-

Cat : hAaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Nabil : opocOttttt!

~ saye juge SANGAT suke melakukan aktiviti-aktiviti y hebat..

DAN atas salah satu daripadenye.. .
hihihihi h i h ih i ~
muahahahahaa >,<>



namun begitu..
saye masih seorang gadis y comel cun DAN manje.. ^^


DAN tak lupe~


name INDAH y slalu cikgu.. pangggil saye.. tut terutt terutt..
Khadijah!
o0 o O Khadijah!
~
~
Khadijah!
what a beautiful name!
~
DAN saye SANGAAAAT sukekannye~ ^^ hihiihihii





cikgu gha ~~<~~<~~<@ RINDUuuuu awak!

Saturday, January 15, 2011

Aku Manusia Di Bumi dan Dia Bintang Di langit.

Bismillah..



Dia adalah Bintang bersinar di langit.

Aku hanya manusia y tinggal di bumi.

Kerlipan Bintang sangat di kagumi.

Jarak memisahkan Aku dan Bintang di langit.

Bintang terlalu jauh untuk Aku dekati.

Dari jauh Aku tak lupa doa agar Bintang sentiasa indah bersinar.

Kerana Aku tahu Aku dan Bintang tak mungkin bersama.

Bintang di langit dan Aku manusia di bumi.

Tak mungkin seiring.

Itulah Aku Manusia di bumi dan Dia Bintang di langit.



Nota Hidup :

~She. The person I admire most. I am really sure, she will not read this. Y? cuz She is a STAR! =)

~~<~~<~~<@


Friday, January 14, 2011

Jatuh dari langit.

Bismillah..



macam nak nangis. hanya dalam bberapa bulan.. aku jatuh hati? betol2 jatuh hati kot. dulu kalo tengok, bese je. xheran pun. tapi skarang kalo tengok. dup' dap' dup' dap'. cum nak lompat2 je jantung ne! keterujaan aku smakin menjadi-jadi. langsung tak sangka sume ne. tak penah terlintas. sikit pun tak tringin nak buat. sekelip mata. Kau tiup rasa. impian boleh berubah sekelip mata. tp masih ada kesinambungan dari lakaran2 lalu. aku sendiri pelik. masih ada waktu untuk berubah hati. sebelum hari y nk datang tu. lama atau y baru??? takut dan gementar semakin rancak menari-nari di sanubari. ouh aku geli. hahaaahaaa -__- geli hati.... ok!



~~<~~<~~<@

Monday, January 10, 2011

zero.

Bismillah..


yes, Kau dah bolak-balikkan hati aku. which way to go??? o' Allah...






Nota Hidup :

~ Yang pasti aku nangis tengok cite papadom. ape kene mengene. entah.


~~<~~<~~<@

Saturday, January 8, 2011

Oh

Bismillah..



nak ku mimpi tapi enggan terlena. remuk. dah masuk dalam botol. baru tadi aku campak dalam laut.




Nota Hidup :

~ kerana kekurangan pekerja, dah seminggu extend keje atas pemintaan majikan.

~ time to say goodbye!



~~<~~<~~<@

Tuesday, January 4, 2011

he.

Bismillah..



Tahun 2011. Tadika Anjung Didik (TAD). 5 Creative.

~hari pertama~




~hari kedua~


ibu... ibu . . . ibu . . . . . . . . ! ! ! ! !



erk! tiba2 kaki aku dipaut.


aiman hakimie.. (sedih betol -__-')

lama aiman nangis. waktu aku cuba melarikan diri, aiman lagi meraung. nak kejar. aduhai. serba salah aku. cikgu yati dah nak mula buat intro nak ajar cket2. tepaksa la bekepit ngan dia. asyik tarik baju aku je. bile keadaan da reda. aiman ok cket. aku tanya dia, nape panggil cikgu ibu? muke cikgu cum ibu ke? aiman jawap, tak. hahaa. habis tu nape aiman jerit kat cikgu ibu? urm aiman diam, xnak jawap. aku pun heran. tanya kakak.. nape aiman bley panggil aku macam tu? kakak jawap, mungkin aura adik macam mak dia kot. LOL . aduhai.. =)

Nota Hidup :

1- permulaan 2011 : mencatat pengalaman manis di TAD.

2- kasih ibu membawa ke syurga.

~~<~~<~~<@

APE cer.

Bismillah..


ape hal?! ape semua ne???? kejup camtu, kejap camne. ingat otak aku ne komputer? boleh program2 bila2 masa. xmau, delete. nak, recycle balik. aku xfaham betol la.. tolonglah. aku perlukan ruang untuk bernafas. sesekali xboleh ke untuk cuba jadi sayap kiri aku untuk terbang. bukan kebebasan y aku harapkan. aku pun xsuka bebas2. at least memerhati,memahami, menasihati, menggalakkan, jd sahabat. mungkin aku x faham. tapi aku sesak nafas. tolong beri aku udara. aku perlukan perangsang. sekalipun xada. xkisahlah. what eva!
`
`
~~<~~<~~<@

Monday, January 3, 2011

Hanya satu.

Bismillah..



keberadaan kakak dsini adalah semata2 untuk tunggu aku. kakak sanggup lakukan dan korbankan apa saja untuk aku. apa saja..hatta nyawanya sekalipun demi aku satu2 adik y dia ada. kakak sanggup terima kelemahan aku secara total tanpa rasa ragu atau memilih2. malah kakak melengkapi kekurangan itu dan selalu saja menutupinya. tidakkah aku boleh berfikir..kenapala aku payah sangat nak tunjukkan sayang aku pada kakak. aku tahu. maaf saja xcukup. namun x ada cara lain dari maaf y boleh adik sebut pada kakak. adik minta maaf. adik minta maaf sebab x dapat jadi adik y baik dlm hidup kakak. adik x dpt capai piawaian adik y baik seperti y kakak harapkan. adik sendiri x pasti. adakah adik boleh berkorban sama dengan pengorbanan kakak pada adik. semuanya sangat susah untuk adik.. adik minta maaf sebab x ambil berat...adik minta maaf..adik minta maaf..adik minta maaf..adik sangat sayang kakak..adik minta maaf..
`
`
~~<~~<~~<@



Sunday, January 2, 2011

5 kenapa belum kurus



Bismillah..


1- Hangat2 tahi ayam.

2- Cepat tepengaruh.

3- Belum ada sebab y membuak2. (hahaa)

4- Belum masanya.

5- Allah sayang.




~~<~~<~~<@