Sunday, October 17, 2010

Bebaskah aku, kamu, dia, dan mereka?

Bismillah..


Sahabat...
Tahukah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan y bukan mahram itu bukan budaya org Islam, org y beriman?
'
Sahabat...
Adakah aku, kamu, dia dan mereka pernah atau masih terlibat dengan pergaulan y nampak islamic tapi sebenarnya ia menjerumus kepada pergaulan bebas ala2 tak salah gitu?
'
Sahabat...
Kita mungkin sibuk menghias penampilan luar kita dgn menyimpan janggut, berkopiah ataupun meletakkan perhiasan sana-sini agar nampak cantik dan indah di mata. namun kita lupa nak hias akhlak kita utk sama cantik setanding dgn keinginan fizikal kita y sentiasa mahu nampak cantik. kenapa kita boleh lupa pada substans Islam itu sendiri bahawa akhlak seorang muslim adalah tamsilan kekuatan ummah?
'
Sahabat...
Kita bersungguh belajar ilmu Islam. namun langsung tidak memfokuskan kepada pemahaman dan amal. apa gunanya ilmu andai tak diamal?
'
Sahabat..
Sedarlah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa percampuran lelaki dan perempuan ajnabi di lihat sebagai sesuatu impak y besar kepada keruntuhan akhlak ummah akhir zaman.
'
Sahabat...
Tahukah aku, kamu, dia dan mereka bahawa pergaulan islamic itu sangat menipu daya. Dengan keluarnya anak adam dan hawa, laki2 dan perempuan meski dalam kumpulan y ramai tanpa arah tuju, cuma sekadar untuk isi kekosongan masa y terluang adalah salah disisi agama? ia membawa kita kepada pergaulan bebas alaf baru y diberi nafas baru oleh syaitan laknatullah. tidakkah aku, kamu, dia dan mereka sedar akan hal ini? atau sudah sedar...tapi masih lagi buat2 tak tahu..sengaja butakan hati dari mengambil pengajaran?
'
Sahabat...
Sedarkah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa kita sudah ketagihan kepadanya? ketagihan untuk keluar bersama-sama dgn kaum y berlainan jenis? keluar awal pagi..balik lewat mlm...kadang tu bukannya ada tujuan y benar2 tujuan. yang ada cuma tujuan y saja diada-adakan. semuanya berlandaskan nafsu. "ahhh hang out jd boring, jd tak lengkap kalau keluar klo tak ditemani sahabat2 perempuan atau sahabat2 lelaki bersama.." "kami bukan keluar berdua2an..keluar ramai2..kira islamic laa nee..kami tau la jaga batas pergaulan!!", kamikan org y taw agama masakan buat perkara y bukan2.." "alaaah....kami bukannya buat apa2...borak2 kosong..makan2..beramah-tamah, bergurau-senda, bergelak-tawa, bergosip-gosipan..bese laa tu..kampus lifestyle... kau ne kolot la!!!" "err kalo jadi apa2 pun ade ramai kawan2 y tengok kot. deorang kan boleh tegur". persoalannya, adakah mereka y keluar bsama aku, kau, dia, dan mereka ne pernah tegur khilaf pergaulan anda?
'
Sahabat...
Hari ne aku belanja kau, esok kau belanja aku..kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa saja y bersifat tidak syarie secara kerap, adakah itu dinamakan org y menjaga batas2 pergaulan dan tahu agama? langsung tak ada nilai significantnya sama sekali. ditambah lagi kisah2 peribadi antara sahabat2 lelaki dan sahabat2 perempuan y hangat dikongsikan bersama-sama. woW!! amazing! dah yakin sangat ke nikmat pancaindera aku, kamu, dia, dan mereka boleh jawap depan Allah di padang mahsyar nanti? pergaulan islamic laaa sangat??!
'
Sahabat...
Sedarlah semuanya fatamorgana. dari jauh nampak indah tapi bila dihampiri, kosong. langsung tak membawa apa2 makna.
'
Sahabat....
Hidup kita bukan untuk enjoy sana sini tanpa ada malu y membaluti diri...yang dibentengi iman dan taqwa...hidup kita tak selamanya di dunia...dan perhubungan kita ini tak lebih dari ujian..
'
Sahabat...
Ambil berat itu boleh..itu fitrah..Allah sememangnya menyarankan kita berukhuwah.. tapi jgn disalah ertikan tiket ukhuwah tersebut..mahu berukhuwah biar kena caranya. berjumpa, bertanya sekadar y perlu bukan dg cara tak kira siapa, tak kira waktu, asyik2 ketemu, jumpa pulak selalu dihujung minggu.
'
Sahabat..
Perjalanan hidup kita ni adalah nikmat y sangat berharga..jgnlah di sia2kan percuma..
'
Sahabat...
Sudah jauh perjalanan kita..sudah berbelas..mahupun puluh tahun kita hidup..tak tahu bila perjalanan ne akan terhenti. andai ia terhenti dlm keadaan y Allah tidak redha macam mana?
'
Sahabat...
Muhasabah...carilah tujuan asal kita diciptakan..dari mana kita datang..dan kemana kita selepas tu..moga aku, kau, dia, dan mereka sentiasa tak lupa. sahabat y baik umpama mentari y menyinar. sentiasa berpesan-pesan dgn kebenaran dan ingat-mengingat tentang kesabaran. mujahadah itu siksa, namun penghujungnya tersangat indah. Jannah target tertinggi setiap Muslim manakala Muhammad SAW contoh terbaik akhir zaman. Mardhotillah yuk! =)
'
~~~~~~~~~
Nota kaki :
~~~~~~~~~
1- Orang y berilmu y tak dapat kawal nafsunya jauh lebih teruk daripada orang y jahil.
'
2- Jauhi maksiat, jauhi zina. Takkan berbual2 pun tak boleh > Itupun zina jugak ke? Zina ada macam2 jenis dan peringkat. Ada zina tangan, ada zina mata (melihat berlainan jantina dgn perasaan berahi), melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan yg berlainan jantina dengannya. "Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman". - (Riwayat Muslim dan Abu Daud). Jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak meski dalam pergaulan y nampak islamic. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana2 jalan atau lorong sekalipun. Nauzubillah!
'
3- Hari ini mungkin tidak..besok mungkin kamu kecundang. Sudah banyak tipu daya iblis y mengena sasaran. Iblis amat bepengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama..Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa. Ia ada lebih 1001 cara. Maksiat y dilakukan terasa indah di mata di hati, tambahan tak ada lagi rasa bersalah atau keluh-kesah dihatinya setelah ikhtilat dilakukan. Inilah perjanjian iblis dgn Allah utk menyesatkan kecuali di antara zuriat2 anak Adam y sentiasa membersihkan hatinya.
'
4- Aku merindukan sahabat2 y bila bersamanya terasa kuat, mampu membuatkan hati cair, dgn getaran gemersik kalamullah..
'
5- Agama adalah nasihat. "Pada awalnya Islam itu asing dan kembali asing sebagaimana pada awalnya. Sungguh beruntunglah orang-orang yang asing." (HR Muslim n0 389 dari Abu Hurairah)
'
6- In short, your life is your choice, jangan takut jadi orang aneh.
'
~~<~~<~~<@