Sunday, March 29, 2009

Semoga Mereka Mengerti


Mengapa perlu pergi…
Mengapa perlu lari..


Kaki ini melangkah,
memahami seribu erti,
akan kerinduan di hati.

Diri ini juga manusia..
kita dari unsur yang sama,
punyai perasaan dan hati.

Siapa yang tidak mahu melakar sejarah?
siapakah yang tidak mahu merangkul piala?
siapakah yang tidak mahu hebat menyulam bahasa…

Berdiri tenang,
Menjadi insan katarsis,
Berhujah di atas pentas singgahsana..

Pasti,
dan aku pasti.
Mereka mengerti,
itulah yang ada di dalam hati..

Sesungguhnya hidup selepas mati,
Aku, kamu, mereka dan semua,
Pasti akan menemui Ilahi,
itulah yang lebih penting,
daripada yang kurang penting…

Semoga mereka memahami…

dan semoga mereka memahami,
Akan makna perjuangan yang hakiki….


Karya sahabat : Nur Lukman

Saturday, March 28, 2009

Kembalilah hati

menarik asyiknya..

indah pesonanya..

sudah jauh langkah berjalan

tidak sedar jalan sudah sampai dipenghujungnya

Asyik benar mengulit bayangan indah,

apakah khayalan itu benar-benar

atau hanya satu rekaan atau satu ilusi indah

menerjah ruang kamar sanubari

sungguh takjub asyiknya..




berdebar sanubari

jauhnya khayalan terbang pergi

pergi bersama angan-angan

terasa..




sungguh bedebarnya..

jelas merangkul sanubari,

rasanya sudah benar,




butanya matahati manusia, jiwa mengeladak, meminta hak terus dibela,

rangsangan dari minda terus menghadap tinta,

tinta melukis indah di kanvas panorama.




apakah sudah benar-benar benar..siapalah yang tidak

perlukah seorang satria mengalunkan kata-kata berbaur madah

apakah mahu ada yang mengerti..




Apakah itu hak..

Apakah itu matlamat..

Apakah erti kebebasan sebenar...

Tidak ada yang lebih bahagia

selain menjadikan tuhan sebagi tujuan..



Semoga mampu mengerti...




~~<~~<~~<@: gha

Friday, March 27, 2009

Warna-Warni..

Warna-Warni Hidupku.. .



Fasa 1 : SEmalam
= Jadikan pengajaran dan mohon ampun atas segala kesalahan.


Fasa 2 : HAri ini
= Fokus dan lakukan yang terbaik pada setiaP langkah.


Fasa 3 : ESok
= Jernihkan minda dan stratEgi serta doakan kebaikan.


Note : Setiap jiwa pasti akan merasai maut, orang yang bijak adalah mereka yang beramal untuk bekalan di alam selepas kematian.



"Perbaharui AZAM, Perbaiki DIRI, Perkasa IMAN, Perbanyakkan amal SOLEH!
Allah Hu Akhbar!!!

Thursday, March 26, 2009

Dimana Isteriku..

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.


"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.


Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.



Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar.



Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!



"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut je! Malu beb!!




PENGAJARAN : Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..huhu..

Tuesday, March 24, 2009

Kisah Cikgu Tadika

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen ituke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...


Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin: Cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.


^_^


Friday, March 20, 2009

Suram

Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu kegelapan hati yang sering buat ku keliru, dalam menguji pergolakkan emosi diri tak siapa tahu ada yang memerhati. Didalam menjalani tiap dugaan yang diberi membawa pengertian hidup yang abadi, tanpa perlu menipu diri sendiri yang menjadi lumrah duniawi. Seandainya ada yang memberi ruang akan kubaiki setiap kekurangan, oleh itu diri memerlukan petunjuk darimu Ilahi, diriku kini masih tercari-cari jawapan di setiap persoalan ini, ku akui kesalahan yang buat segalanya gelap dunia kuterima seadanya. Kucari terus kesitu ..gelapnya hatiku..tersilap langkahku.. tiba2 berbisik nama Mu Ilahi.. terdetik dihatiku untuk sujud ke pangkuan Mu memohon ampun dari~Mu.. tak seharusnya ku tergoda lagi dunia ini tersangat meragutkan jiwaku. Kiniku mengakui keagunganMu yang membuatku sedar siapa diriku ini. Tak semua langit sempurna tak semua lurus jalannya bermulalah cerita dijadikan cerita dengan izin yang Maha Esa wujud lah aku Cinta dan Cita segalanya bermula dari Yang Maha Esa. Dewasakan pemikiran aku yang tak sempurna mana..

Wednesday, March 18, 2009

Ini bukan kisah dOngeng.. .



Bismillahhirahmanirrahim




TAJUK : Mukjizat Baginda Nabi



Dua orang pemuka kafir Quraisy itu berkumpul di samping Ka'bah. Tepatnya di bawah mizab Ka'bah. Yang seorang bernama Shafwan bin Umayyah dan yang seorangnya bernama Umair bin Wahab.

Dengan sangat hati-hati Shafwan berkata: "Apa pendapatmu Umair, Muhammad telah membunuh ayah, pakcik dan saudara kita di Badar. Bgaimana pendapatmu kalau kau pergi ke Madinah dan membunuh dia?"

"Tapi, kalau terjadi apa-apa denganku bagaimana dengan keluargaku?" Jawab Umair.

"Tenang. Demi Latta dan Uzza, akulah yang akan menjaga anak dan keluargamu. Makan minum mereka menjadi tanggunganku. Binasa mereka adalah binasaku. Darah mereka adalah darahku. Hidup mereka adalah hidupku dan mati mereka adalah matiku. " Sumpah Shafwan bin Umayyah.

"Baiklah aku akan membunuhnya. Besok aku akan berangkat ke Madinah. Dan rancangan kita ini biarlah hanya kita berdua yang tahu." Kata Umair mantap.
Akhirnya keduanya sepakat. Umair akan pergi ke Madinah untuk membunuh Nabi Muhammad SAW dan keselamatan keluarganya menjadi tanggungjawab Shafwan bin Umayyah. Umair terus bergegas pulang ke rumahnya untuk bersiap-siap. Ia melumur pedangnya dengan racun yang mematikan hingga pedang yang putih berkilat itu kelihatan biru. Lalu ia berangkat ke Madinah untuk melempiaskan dendamnya yang membara. Ia ingin segera menemui Nabi Muhammad SAW dan menghujamkan pedangnya itu ke tubuh beliau. Sama sekali tidak terbersit dalam fikirannya bahawa Allah bersama hambaNya yang bertakwa. Ia tidak tahu bahawa,

Petolongan Allah lebih kuat

Dari perisai dan benteng baja

Pada saaat keduanya sepakat dengan rancangan jahat itu, Allah mewahyukan kepada Rasulullah SAW tentang apa yamg mereka rancangkan di bawah mizab Ka'bah itu. Rupanya Shafwan dan Umair tidak sedar bahawa yang mereka musuhi adalah seorang utusan Allah.


**********


Setelah melakukan perjalanan jauh berhari-hari, akhirnya Umair sampai di Madinah. Matanya melilau mencari-cari susuk Muhammad SAW. Ia ingin segera menggunakan pedangnya yang tajam beracun itu untuk menggorok dan menikam tubuh Baginda.

Umair sampai di masjid. Namun susuknya tertangkap oleh ketajaman mata Umar bin Khaththab r.a. yang memiliki firasat yang tinggi. Cahaya keimanan Umar bin Khaththab r.a. memancarkan ilham dalam hatinya bahawa ada tidak beres pada keberadaan Umair bin Wahab di jantung kota Madinah itu. Maka Umar terus bangkit menghunus pedangnya dan meringkus Umair. Umar melucuti pakaian dan pedangnya lalu membawanya menghadap Rasulullah SAW yang saat itu ada di dalam masjid. Rasulullah bertanya menyelidik:

"Hai Umair, untuk apa kamu ke sini?"

"Aku datang untuk menebus tawanan kami yang tertangkap dalam perang Badar."

Baginda SAW terus menukas:
"Kamu dusta! Kamu dan Shafwan duduk di bawah mizab Ka'bah sepuluh hari yang lalu. Shafwan berkata padamu begini-begini. Dan kamu berkata padanya begini-begini. Dan kamu datang untuk membunuhku. Dan Allah tidak akan memberikan kekuasaan padamu untuk membunuhku."

Umair sangat terkejut mendengar sabda Rasulullah SAW itu. Sebab masalah ini hanya dia dan Shafwan saja yang tahu. Ia segera tersedar bahawa yang ada di hadapannya benar-benar seorang utusan Allah. Seketika itu Umair bin Wahab berkata:

"Asyhadu alaa ilaaha illallah, wa asyhadu annaka Rasuulullah!" Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa kamu (Muhammad) adalah utusan Allah!"



Dipetik dari : Sarjana Al-Azhar, Cairo Mesir.




**********


PENGAJARAN :

Apa yang saya dapat disimpulkan dari kisah ini ialah kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW hendaklah mengasihi serta mengutamakan Nabi SAW dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ia merangkumi dari dua aspek iaitu aspek rohani serta jasmani. Dari sudut rohaninya, kita hendaklah benar2 merasa sangat cintakan Rasulullah SAW serta cuba sedaya upaya untuk mempraktikkan apa yang dilakukan oleh Baginda SAW. Manakala dari sudut jasmaninya pula, kita mestilah sanggup bersedia mempertaruhkan apa jua yang kita ada demi Baginda SAW bahkan mungkin nyawa kita sendiri seandainya kedudukan Baginda SAW dicela serta diancam martabatnnya oleh orang2 kafir. Dan dalam kisah ini perkara inilah yang dilakukan oleh Saidina Umar r.a. ke atas kekasih Allah Nabi muhammad SAW.


Wallahu'alam..






* Sebarang ulasan, penambahan, pandangan, kritikan, kOmen, naSihat, teguran atau apa jua bOlehlah dikOngsikan bersama. Dengan rasa rendah hati, saya memohon maaf di atas segala kekhilafan atau kekurangan dalam panyampaian ini..

Sunday, March 15, 2009

Attention2..pemainan taG diteruskan !





In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.




INSTRUCTION- Use the first letter of your name to answer each of the following questions:-




1-What is your name? Najihah Babashah...
(sedapp name ne..pendek,bmakne, n penuh dgn kariSma.. ceh! puji diri snirik nampak..hi3 but dont play2 k. Najihah ertinyanya berjaya. nant rajin2la panggil name penuhku yea. Bleh tolun dOakan skali kjayaanku ek. Aameen.. )

2-A four letter words? None.. ( Maknenye x de. kih3.. btul la tu 4 letter words kan???)

3-Boy's name(s)? NashriQ. (pijam name kawan kakak waktu drjah 6)

4-Girl's name(s)? Nur Khadijah Humaira..
(bile ditranslitkan jadi.. "Cahaya isteri Rasulullah si merah jambu"huhh aiseyy cantikk betol name ne. gha suke bangatt, n this name antra my other email name..huhu.. nape? x cayee? cube lar antar email tgOk..ade tak.emm Gerenti x de sb ejaan de laen..hampir same tapi x serupe..kwang3 )

5-Occupations? Noble.. (mulie pekerjaaan neh..hehe bukan senang nak dapt title neh taw! Even kat Malaysia pon x de sorang pon y dpt title ne lagee..huhu)

6-A colour? Nourishment purple.. (hantamm sajalah labuuu)

7-Something you'll wear? Ninja cloths.. (belatih taekwOndo boleh pakai ! kah3..)

8-Something found in school? NegrO guy..
(ine kisah benar..jgn betulkan skrin laptop O pc anda coz berani btol mamat ne tanye soalan mcm2 kat gue.. sampai nek seremmm. Ya Allah.. selamatkanlah aku dari bala bencana insan y bgelarr manusia ine.. Aameen.)

9-Food? Nasi goreng paprik...
(bley kate tiap2 ptg oder kat cafe ostel haha.. antra my favourite foOd la katekan. Ayu! penat gha wat tag nanti jgn lupe belanje eh. Siann ayuu..hihi ^_^)

10-Something found in the badroom? Novel "Ketika Cinta Bertasbih 1&2".. karya Habiburrahman El Shirazy, novelis terkenal! menyentuh hati n sanUbari, cayalah!!

11-A place? New Zealand.. tempat nak ternak haiwan peliharaaan keluarga.. haha! (ikot suke atie jer)

12-A reason being late? Nenek suruh tolun lipat kain, cikgu..!! hihi..(alasan x bleh blah ..)

13-Something you'd shout? No Way!! x bOleh..x boleh la! (tgh marah la tu..)

14-A movie title? NaRuTo the movie. (Filem animasi yang bakal gegarkan peminat anemie!)

15-A musical group? Nigeria musical group end of the year.. (heheh x pnah buat dek orang nigeria..haaaaaaaaaa x leh nak pike daaaaaaa...)

16-A street name? Naga Street (ade ke name jalan cam ne?????)

17-A type of car? Nissan Centra.. (ahaks nak yang colour hitam ya..cewi nampak!)


18-The title of song? Nothing Is Impossible.. (coming soon tajuk lagu snirik! Jgn lupe beli ya ayuu..hehe ayuu lagiii...)



# # Ha ha Ooookeey , NEXT 5 to be taG! Klo rajin buat larh year tag neh, saye X pakse... hehe.. peace! No WAR k...!!
1) Kak Misah...( ibu adik anis y cumel..)2) Syakirin.............(bdak kacOk y banyak cerite! hehe jangen mare..3) Akila...........(kak Kila ! Tolun gha smbung pejuangan maen tag...pls..)4) Fiza Hasni.... (kak Fiza, kakak usrahku...)5) Aku dan khat... (bdk baru kenal.. hehe..finally abis jgk ...@_@ cam nak nangis jer..haha ngengade btOl.. hihi)

Special to Ayu:
Sowie klo ade yang tekurang or X' menepati kehendak hatimu..sesungguhnya aku telah lakukan sebaik munkin. Tapee ape y pasti "CitarasaKu CitarasaMu jua" kah3... Sowie jugak lambatt balass.. Jangan marah ya ayu.. muaaahh sayaaang Ayu...hihi ^_^ (dlm hati fuhhh legaaa)

Thursday, March 12, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Layar Sebuah Kehidupan


Hidup tak seindah apa yang selalu aku bayangkan. Aku selalu berangan nak jadi insan yang hebat. Yang berbudi luhur, yang bijaksana, yang petah bicara, yang zuhud, yang tawadduk dan istiqomah. Kalaulah aku dapat jadi macam orang tu.. hmm! he he.. Selalunya apa yang aku impikan tak sama dengan kesungguhan serta effOrt yang aku laburkan. Camner lah impian nak jadi kenyataan kalo dah perangai camni rupanya. Tinggal angan-angan mat jenin jer larh aku ne yek. Tapi tak juga, tengok situasi dan keadaan jugak. Kalau sesuatu benda tu aku betol2 nak, aku tak kira, aku pasti USAHA kan sampai aku dapat. Yang hanya aku perlukan adalah tekanan untuk dapatkan sesuatu, then baru aku bergerak dengan momentum yang paling maksimum ke arah sasaranku. Tekanan persekitaran selalunya banyak membantu aku untuk capai kejayaan. Tanpa tekanan, gerakkan aku amatlah perlahan, boleh diibaratkan seperti kura-kura dan amat mendukacitakan diri aku sendiri. Itu aku.


Hakikatnya dalam hidup ni penuh dengan onak duri, liku2 dan cabaran yang terpaksa di tempuhi walaupun itu bukanlah pilihan dari hati nurani aku sendiri. Pernah aku bertanya pada diri. Dimana letaknya hati seorang manusia ketika dia diuji dengan cabaran? Adakah hatinya teguh dan selalu redha mengingati DIA ataupun lebih teguh menagih simpati insan biasa yang juga lemah sepertinya. Tapi itulah hakikatnya kejadian manusia yang diciptakan di muka bumi ni dengan selalu berperasaan keluh-kesah, selalu saja cari dia daripada mencari DIA. Dan pastinya aku juga tidak pernah terkecuali. Huhh sebab itulah aku selalu ingatkan diri betapa pentingnya untuk aku selalu bermuhasabah. Tanpa muhasabah hati manusia seperti aku mudah leka, lupa, lalai, alpa, dan semua yang sama waktu dengannya.



Baiklah rasanya cukup setakat itu 2 perenggan introduction karangan aku kali ne. Jom imbau balik sewaktu zaman kecilku. Aku dibesarkan di sebuah kampung, yang diberi nama Kg.Sedim. Di situ, banyak yang aku pelajari dan terokai sebagai budak kampung. Aku tidak malu untuk menyatakan bahawa "aku adalah budak kampung" kerana bermula dari situlah aku belajar mengenal erti kehidupan. Pagi2 nak ke tadika, Tok Wan lah yang tolong hantarkan aku. Sebab mama dan abah keje. Tok Wan jugak yang selalu bawak aku ke hulu kehilir naik kereta kodok ke Kepala Titi, tempat markas Tok Wan dan rakan2nya berborak minum kopi. Ada jugak sekali sekala aku join sekaki pekena nasi lemak dan teh tarik. Kopi aku tak minum sebab warnanya yang gelap dan rasanya yang pahitt. Waktu tu usiaku lebih kurang 3 tahun, dah pandai "choosy". Humm Sedappp.. masih boleh ingat lagi keenakkan rasa masakan pak cik dan mak cik kat warung tu. Sekarang warung tu masih dibuka atau tak, aku sendiri tak pasti. Sebab setelah abah ambil keputusan untuk berhijrah ke bandar Kulim yang mana lebih dekat dengan tempat kerja abah, adalah amat jarang sekali untuk kami sekeluarga pulang ke kampung. Kalau pulang pun hanya pada waktu2 tertentu iaitu pada hari raya, tak pun pada hari sanak-saudara buat kenduri-kendara.


Biasaanya kat kampung waktu petang2 aku ngan kakak dan juga Tok Wan akan bakar ubi kayu kat kebun, belakang rumah. Tok Wan bakar ubi kayu kat dalam himpunan daun-daun kering. Tok Wan lah tukang korek tanah cari ubi kayu, Tok Wan lah tukang sapu daun-daun kering untuk jadi bahan bakar bagi ubi kayu disamping nak bersihkan kebun skali sebenarnya, Tok Wan lah juga yang tukang nyalakan api, Tok Wan lah juga tukang kopekkan kulit ubi untuk aku dan kakak setelah masak. Habis! Ape yang aku dan kakak buat??? Sebenarnya aku dan kakak pun jadi tukang jugak, jadi tukang Si pemerhati! Ha ha apa yang Tok Wan kami dok buat, kami dua beradik ne dok peghati saja larh he he.. naif sungguh la kami dua bradik ne. Tengok Tok Wan dok buat kerja sorang2. Tapi waktu tu kecik lagi, manalah aku n kakak nak pikir semua tu. hu hu Waaahh laazat sungguh rasanya Si ubi kayu ne! Itu aja yang aku tahu. Biasanya aku akan menikmati keenakkannya Si ubi kayu dengan cicahan gula yang bermanik2. Enaknya tak terperi sampai aku menjilat jari. Kenangan manis bersama arwah Tok Wan ne akan selalu aku ingat dan tak mungkin aku lupakan sepanjang hayat ku ini.


Di sana, di Kg, Sedim jugaklah aku belajar panjat pokok, main jengket2, main batu seremban, berbasikal ke hulu ke hilir tengah padang waktu tengah hari buta, melepak buang masa main masak2, main anak patung, main kawin2, main doktor2 kat umah sahabat baik sampai tak ingat waktu nak balik (selalu sangat kena beletir n kena marah ngan mama tapi masih dok ketegang buat tak tau ja..cam x dak papa yang tejadi..haha) belajar main bola sepak dengan budak laki-laki tapi hakikatnya waktu tu bukan bola yang aku sepak tapi kaki deorang yang jadi mangsa sepakan aku.. huhu.. best! bukan slalu.. he he Tulah sape suruh ajak budak pOmpuan main bola sepak?! Kan dah kena.. ha ha terima jer larh kan.. . he


Tapi sekarang tak la.. aku dah lain, (emm ye ke da lain??) itu semua dah jadi sebahagian dari rentetan masa silamku yang lebih kurang 16 tahun aku tinggalkan. Kenangan terindah sewaktu aku mula-mula membesar kat kampung. Sekarang aku dah semakin dewasa, dan kini dalam proses pembelajaran yang lebih bermakna. Doaku supaya aku tidak tersasar dari melalui jalan Nya yang luruz itu. Harap2 hidup aku senantiasa mendapat Hidayah, Rahmat dan diberkati~Nya.. .




Sunday, March 8, 2009

For a "special person"


In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


To all readers,

Time such as the age wherein we find ourselves - Rasulullah SAW predicted.
The later times that holding onto the Deen would be like holding a burning coal in one's hand. This is what the upholders of the Sunnah especially for those who after realisation turn from the error of modernism towards the Light of the Sunnah are experiencing today.


In such barren grounds, such surrounding of hostility, and unfriendliness towards the beloved and sacred practices of our beloved Rasulullah SAW. As a Muslim, we have responsibility to encourage ourselves to do a good deeds. It becomes importance for us to renew doubly our efforts in the holy Sunnah practices of Rasulullah. So that these noble institutions of piety may once again rise with strengh in the generation to come.


Rasulullah SAW says that : 'He who clings to my Sunnah when my Ummah is corrupt, will receive the Reward of a hundred martyrs.'


In globalization today, the best and the strongest form of Jihaad is that we need to struggle to revive and preserve the Sunnah of Rasulullah by forcing ourselves practising of the sunnah. No matter how 'little' or how 'difficult' it is, we have to pratise it. If we are not responsible towards the sunnah, surely we will drown in the deception of this worldly life.


Beautifully sunnah is practising in all aspects of our life. Such as Sunnah in business, Sunnah in social life, Sunnah in political life, Sunnah in way of dress, Sunnah in way of eating, Sunnah in appearance and many more. This is showing that the obedience to the Sunnah is an absolute requisite for the development of Taqwaa and without practising it, we are lacking of something that really, really and really valuable in our life.


Happy Birthday Ya Rasulullah....,


May Allah Ta'ala make us among those who seek to imitate the sacred life and example of Rasulullah SAW.


Aameen...



Friday, March 6, 2009

Unity.. .















Who seeks joys in paradise will unite within you and me,
Evils harm anyone that stands far away from our love,
Be careful my brother and sister,
Deceit of your foe build up our faith,
Get the pleasure for the present and future.

Wish to gain the virtues in our life,
Together we enjoining the good avoid the mungkar,
Tune back the missing life uphOlding Al-Quran and As-Sunnah,

Wish to gain the virtues in our life!



The world has shown and the history has proven,

Everything is true then it wins the barriers,
So let us together build it again,
The powers of faithful.. .
The powers of mind... . .. .

and..

always remember that when there is a will there is a way.. .

Monday, March 2, 2009

whO am I.. .

am Malaysian Muslim.. loves reading, drawing, cycling and other interesting activities.. love kids, like to motivate people, like to try something new and also an ambitious person.. always think how to contribute something for society, nation, and religion but still searching what type of contribution that can I give..What I believe in no matter what people think, I'm a amiable person.. A'ha, Why I'm here?! Surelly, I want to make a lot of friends all around the world.. No matter where you come from.. No matter what you do..and No matter who you are.. I want to be your friend! So, how about you? WOuld you be my friend?!