Friday, April 30, 2010

soal hati

Bismillahirahmanirrahim...



kakak.......adik bukan adik y baik....

mama..........adik bukan anak y baik........

abah..........adik bukan anak y baik..............

macam mana Ya Allah mahu jadi anak dan adik y baik?

~~~<~~~<~<@

Sunday, April 25, 2010

cOnteng2

Bismillahirahmanirrahim...

23 April 2010 - Hari ne nak tulis ape pulak ye.. ouhhh yA. mungkin sekadar conteng2. uhm kol 9 pagi ne aku dipaksa kakak untuk teman de pegi tempat keje de dulu. ada sambutan perpisahan y teman sekerja de nak buat untuk de. huhh malaz betOl nak ikut. kalo kakak tawu ape aku tuliz ne..hahahaa sah2 merajuk...kuchik ati... hihiiii ^_^''
'
2 minggu aku kena demam dan campak. 2 minggu tu laa seksa berpantang. i2 baru campak. kalau pantang besalin tatau laa cum mane. maybe lg teruk kot. huhh.. uhmm dalam 2 minggu tu jugak berat aku daa turun sebanyak 7kg. bile balik umah hanya amik masa seminggu jeer untuk berat naik balik ke tahap sebelum. sume gara2 makanan y pelbagai jeniz d umah. kakak cakap "macam mane x bulat kalo da makan macam tuh.." hahaaa teruk betOl!!! xsuke3!! ish! kegemukan adalah satu kelalaian! bilalaa nak sedaaa dari kelalaian ne pun x tawu laa.. a'hA...ade je strategi back up! kalo gtawu org sah2 x jadi. so simpan dlm hati. Kun Fa Ya Kun~lalalaaa ^_^
'
~~~<~~~<~<@

Saturday, April 24, 2010

nyanyikan lagu kita

Bismillahirahmanirrahim...



kasih sayang y baik kepada manusia adalah setengah akal

kebaikan pertanyaan i2 setengah ilmu

dan

kebaikan pengaturan adalah sebahagian penghidupan

banyak orang terhanyut terbuai kenikmatan
banyak orang termakan fitnah oleh pujian

dan

banyak juga orang y tertipu oleh tutup keaiban

tidakkah kamu tahu bagaimana siang dan malam menguji kita?

baru kusedari kalau aku kehilangan

terbangun daripada tidurku

dan merasa sepi

kulihat api dan hujan bagaikan diriku

dan dirimu

sepertinya kau tak sama

dengan diri ini

sesuatu y terjadi walaupun i2 sgt menyakitkan

pasti ada hikmahnya
ada hikmah di setiap musibah

dosa2ku jika kufikirkan i2 banyak

namun rahmat Tuhanku lebih luas daripada dosa2ku

aku tidak tamak tentang kebaikan y telah aku kerjakan

namun aku tamak kepada rahmat Allah

Dia adalah Allah...Tuhan y menciptakanku..

sedangkan aku adalah hambaNya..

apabila dosa2ku diampuni maka itulah rahmat..

tapi...kita bermain-main melulu, baik secara diam2 mahupun terang-terangan. janganlah kamu terpedaya pada dunia dan segala isinya. kerana, tanah air dunia, bukanlah air y sebenarnya. dan berbuatlah untuk dirimu, selagi belum datang kematian. jangan sampai kamu tertipu oleh banyak sahabat dan teman.



~~~<~~~<~<@

Friday, April 23, 2010

Life is going on

Bismillahirahmanirrahim...

23 April 2010 - Rasa hati seperti ingin mencoretkan sesuatu di sini. sebenarnya aku teringat pada seseorang. dia sahabat seperjuanganku y ku kira matang dalam usia y masih muda. dia juga merangkap salah seorang penasihatku kala aku kabur dengan arah y ingin di tuju. pada zahirnya dia kelihatan sama seperti insan2 biasa y lain. punya 2 mata, 2 telinga, 1 hidung, 2 tangan dan 2 kaki. dia gigih, tabah, rajin, bertanggunjawab, berfikiran optimis, bahkan bercita2 tinggi. aku masih ingat kata2nya "selagi mana tulang empat keratnya masih boleh digunakan akan dia bekerja dengan sehabis2nya." matlamatnya untuk mencari duit menampung hidup sendiri, ingin mengumpul asset2 untuk masa depan serta ingin merealisasikan impiannya y lebih tinggi iaitu untuk membina kebahagiaan disamping insan y dicintai. dia sangat berbeza dgn sahabat2 lain y aku kenal ketika aku merantau di tempat orang y mana sahabat2 laen lebih banyak enjoy, bersosial, serta bersikap keanak2an. dia sangat jelas dengan matlamat hidupnya.. terhadap apa y dia mahukan. saat insan laen sibuk dengan pelajaran dan aktiviti bepersatuan, dia turut sama sibuk dengan benda y sama tetapi dengan tambahan melakukan kerja2 sampingan untuk mencari duit di luar. dengan kesibukanya bekerja, belajar, berpersatuan dia masih sempat lagi menjadi guru penasihat y tidak berbayar pada sahabat2 y ketandusan semangat. aku juga x terkecuali. tak jemu dia melemparkan senyuman bahkan bertanya khabar walau hakikat sebenar dia dalam kepenatan. semangat dalaman serta kematangannya untuk mencapai matlamat serta impian hidupnya agak luar biasa. aku impress dengan insan biasa y berfikir dan bertindak secara luar biasa seperti dia.

~~~<~~~<~<@

Tuesday, April 13, 2010

loser

Bismillahirahmanirrahim...

13 April 2010 - kakak saudara!!! family gathering????! apekah ini?! jadilah kau tuan y boleh memerintah diri sendiri. y tahu beda i2 ini. kasihan diri... 8.30 pg ne aku exam. otak aku blurr. stuck. baca x masuk. ape patut aku buat.. Ya Rahman...Ya Rahim....bantulah aku....kasihanlah aku...is it a punishment?
`
terima kasih. ini bukan kebahagiaan y aku cari. -__-''
'
~~~<~~~<~<@

Friday, April 9, 2010

Post laju.

Bismillahirahmanirrahim...

9 April 2010 - Manusia sememangnya sangat suka membuat manusia lain kecewa baik sedar atau tanpa sedar. tak guna rosakkan diri sendiri semata2 hanya nak balas utk sakitkan hati org. aku ingin bungkuskan dan post laju segala rasa kekecewaan ini padaMu Ya Allah. ubatilah. aku tahu Kau mengerti apa y aku maksudkan. aku sememangnya tak pandai jaga hati dan diri sendiri. jaga dan lindungilah aku dari kekecewaan manusia y hanya bersifat sementara dan bakal lapuk di telan zaman ini. aku tahu Kau mengerti bahkan lebih memahami dan mendalami.
~~~<~~~<~<@

Tuesday, April 6, 2010

ape ne!!!

Bismillahirahmanirrahim...

6 April 2010 - Sebelum stat wut revision utk second paper pagi ne, aku mahu peruntukkan sdikit masa utk catatkan sesuatu disini y aku kira perlu. aku tahu. aku sedar. aku juga manusia seperti mereka. aku juga punya banyak khilaf. pernah lalai. pernah leka. aku pernah beri teguran pada mereka mengenai perkara y boleh menjatuhkan imej diri sendiri. atau istilah y lebih dekat. imej lelaki n perempuan muslim itu sendiri. aku sedar. aku juga pernah buat perkara y sama. tapi atas dasar ada tujuan. tanda simbolik pernah bekerjasama or official purpose. y x ada tujuan ada juga. suka2. gedix! itulah khilafku. perbuatan itu org ramai nampak biasa. mungkin. pada pandangan manusia y sudah mula terhijab dengan kebenaran. tapi pada pandangan Dia di atas bagaimana pula? bende y tak biasa dianggap okey akhir zaman. ''alaa...my best friend laa" "releks laaa..bukan wut papepun..begamba bedue je. jauh lak tu..bukannye touch2 or posing maut pon..jauh2 ne.." sekalipun berbeza jantina? analogi : lelaki y aku anggap adik atau abang ukurannya tetap sama. takkan berubah walau sebesar zarah. anggapan mereka adalah adik dan abang kandungku cuma dalam minda separa sedarku. rasional dan hakikat yang nyata mereka tetap asing dan ajnabi bagiku. mereka halal untuk aku nikahi. walau apa jua pandangan aku pada mereka. itu hakikat y aku tak dapat ubah. y mudah datang fitnah bila aku bergambar berdua bersama mereka. banyak persepsi y boleh timbul bila bersama. itu khilaf y pernah aku lakukan tanpa ada tujuan. bukan tujuan rasmi y memerlukan aku berlagak seperti itu ini dengan mereka. boleh je kan elak lalu begamba ramai2. bukankah lebih meriah? hari ini aku katakan rasa kurang senangku disini. tak mustahil pada sedikit masa lagi aku diuji lagi dengan apa ya aku perkatakan ini. ini adalah selemah2 imanku. aku benci melihat apa y aku lihat. ia jelik. Ya Allah..jauhkan aku dari fitnahMU. Ya Allah.. ini adalah suara hatiku. aku tak mampu untuk menyatakan pada satu dunia bahawa aku benci melihatnya. hanya ini aku mampu lakukan untuk mengingatkan diri sendiri dan juga mereka y sudah lupa. finally,takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya baru kita nak sedar? anda "syadid" atau tidak? terpulang pada diri sendiri kehidupan y bagaimana anda inginkan. tepuk dada, soal iman. maafkan aku.. aku juga tidak sempurna..juga sama sepertimu..
~~~
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
~~~~
"Ya Allah..permudahkanlah hisab diatas segala nikmat kesempurnaan jasad y telah Kau berikan pada kami.. mudahkanlah perjalanan kami untuk meniti titian siratMu nanti.. Ya Allah..Tuhan y Maha menyentuh hati..berikanlah kami hidayahMu dalam menuju ke destinasiMu y kekal dan abadi. ameen..."
~~~<~~~<~<@

Monday, April 5, 2010

terkilan

Bismillahirahmanirrahim...

5 April 2010 - Hari ni order sup sayur 1.30 tgh. bile balik 2.30 msh x siap. xpe saba. dengan harapan akn dibuat segera mmndgkan sayur2 sume da siap dipotong. tapi sumenye hampa. Ya Allah..aku lebih rela berlapar dari terus menunggu mengharap simpati org. Ya Allah..kuatkan aku dgn keimanan...ingatkan aku akan kesabaran...

~~~<~~~<~<@