Friday, September 16, 2011

Rindu yang tiada makna.

Bismillah...



Ku sangka semuanya sudah hilang

Tapi baki sisa-sisanya masih lekat..

oh Allah..

Betapa banyak aku ingat pun belum tentu dia ingat..

Rindu..rindu ini..langsung tak memberi makna..

kerana..

dia yang memulakan dan dia juga yang menghilangkan..

jurang kasih itu wujud..

pengertian tiada..

kesabaran tak bertahan..

sayangnya seperti lalang..

tiada pendirian..

dia punya fikrah..

namun mujahadah tiada..

pemahaman tentang istimewanya sebuah perasaan yang perlu dijaga demi Dia juga tiada..

pahit..sakit..derita...

ya sememangnya rindu ini memang tiada makna.

Rindu yang sakit dan derita.

dia sememangnya sampai bila pun takkan mengerti..

kerana..

aku tidak tahu cara membalas pertuturannya..

kerana aku sememangnya membosankan..

tak pandai berbalas kata-kata..

kerana..

Rindu ini tidak halal..

Rindu ini tidak halal..

Rindu ini tidak punya makna di sisi Dia..

aku lebih sayangkan Dia berbanding dia..

andai dia rasa dia lebih memberi perhatian pada dia..

teruskan..

kerana kasihku tidak semudah dan semurah itu untuk diberikan kepada sesiapa..

kerana aku sangat sedar seandainya aku teruskan..

aku hanya bermain dengan azab..

yang akhirnya cuma memakan diri sendiri..



~~<~~<~~<@