Saturday, January 22, 2011

Apa makna sayang?

Bismillah..



Cik Ani : anak dah la sikit. bila habis, habis laa. xdak dah.. (sambil air mata berlinangan)

Mama : dah pasti2 dia masuk syurga. dia tak dak apa2 dosa. Allah lebih sayangkan dia..sabaq na..


sayu dan sebak dengar Cik Ani ckp camtu. teringat aku dan kakak y hanya dua beradik. dan macam mana mama abah sangat prihatin pada kami.. astagfirullah.. byk betol khilafku pd org tuaku.. T_T insaf.

semalam 8.30 pm, jumaat. di sahkan bahawa denyutan nadinya telah berhenti. hari ne jenazah dah selamat dikebumikan di tanah perkuburan masjid Sg.Kob, 11.30 am. adik sepupu berusia 15 tahun y baru sangat memeluk Islam telah kembali ke rahmatullah. adik sepupu xde sakit apa2, cuma demam biasa dan entah macam mana boleh tiba2 batuk berdarah. darah pulak awal2 keluar sikit, lama2 makin banyak jadi ketul2 besar, sampai penuh satu tupperware. lepas habis batuk, adik sepupu terus pengsan. seterusnya di bawa ke Hospital Kulim untuk diperiksa. setelah beberapa ketika, doktor keluar mengkhabarkan adik sepupu dah xada lagi. seumur hidup aku, baru sekali dapat jumpa adik sepupu ne, kalau x salah raya puasa, waktu tu dia masih kecil..aku pun dah x ingat mcm mana rupa dia.. moga jannah menghiasi tempat abadimu..
'
'
Al-Fatihah utk Nurul Sakinah Koh.


~~


Lepas ziarah keluarga ibu sedaraku Cik Ani, aku sekeluarga bertolak ke SP. nak jumpa mak abah long. abah long dikhabarkan dah uzur. abah long sblm ne msk icu 5 hr 5 mlm, xsedarkan diri. alhamdulillah skrg dah sedar n dah ada kt umah. abah long dah makin kurus, cengkung, tak macam dulu. mak nangis waktu peluk aku n kakak. urm..
'
'
Nota Hidup :
'
'
1- Love is magic. cannot describe only by words or sentence. it automatically birth and grow once someone have the same understanding and tolerate each other.
'
'
2- Jangan tinggalkan org y kita sayang utk org y kita suka. kerana org y kita suka akan tinggal kita utk org y mrk sayang. Jangan cuba dapatkan apa y kita sayang, tapi sayanglah dgn apa y kita ada sebelum kita kehilangan apa y kita sayang. kerana org y sayangkan kita tak mungkin org y sebenar y kita sayang. Lebih baik untuk kita bersama org y sayangkan kita dari org y kita sayang. Kerana org y kita sayang mungkin hanya sukakan kita tanpa rasa sayang. ~~~sekian......~~

~~<~~<~~<@


Tuesday, January 18, 2011

Menggapai Awan.

Bismillah..



Melakar langit sejarah,

Membina awan impi,

Apabila aku menjejak,

Ia akan menjadi pasti.

~~<~~<~~<@

Monday, January 17, 2011

Sedang di rindui.. .



Bismillah..


haiiiiiiii. . . . . .. . . . saye Catherine!

boleh panggil saye Cat. ^^



bile hati girang..saye suke nyanyi..nyanyi...~

wiwi wewe wiwi wewe. . . . lalalalalaaa~



di samping tu~ bile hati susah.. . .

saye AKAN suke buat hal seniri.

DAN kalau waktu tu tibe..


jangan sesape berani kacau saye.

hum kalau tak.


saye AKAN jadik naga!

DAN~ naga itu SANGAT garang!

DAN~ SANGAAAAAAAAAAAATT menakutkan!!!

-__-

Cat : hAaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Nabil : opocOttttt!

~ saye juge SANGAT suke melakukan aktiviti-aktiviti y hebat..

DAN atas salah satu daripadenye.. .
hihihihi h i h ih i ~
muahahahahaa >,<>



namun begitu..
saye masih seorang gadis y comel cun DAN manje.. ^^


DAN tak lupe~


name INDAH y slalu cikgu.. pangggil saye.. tut terutt terutt..
Khadijah!
o0 o O Khadijah!
~
~
Khadijah!
what a beautiful name!
~
DAN saye SANGAAAAT sukekannye~ ^^ hihiihihii





cikgu gha ~~<~~<~~<@ RINDUuuuu awak!

Saturday, January 15, 2011

Aku Manusia Di Bumi dan Dia Bintang Di langit.

Bismillah..



Dia adalah Bintang bersinar di langit.

Aku hanya manusia y tinggal di bumi.

Kerlipan Bintang sangat di kagumi.

Jarak memisahkan Aku dan Bintang di langit.

Bintang terlalu jauh untuk Aku dekati.

Dari jauh Aku tak lupa doa agar Bintang sentiasa indah bersinar.

Kerana Aku tahu Aku dan Bintang tak mungkin bersama.

Bintang di langit dan Aku manusia di bumi.

Tak mungkin seiring.

Itulah Aku Manusia di bumi dan Dia Bintang di langit.



Nota Hidup :

~She. The person I admire most. I am really sure, she will not read this. Y? cuz She is a STAR! =)

~~<~~<~~<@


Friday, January 14, 2011

Jatuh dari langit.

Bismillah..



macam nak nangis. hanya dalam bberapa bulan.. aku jatuh hati? betol2 jatuh hati kot. dulu kalo tengok, bese je. xheran pun. tapi skarang kalo tengok. dup' dap' dup' dap'. cum nak lompat2 je jantung ne! keterujaan aku smakin menjadi-jadi. langsung tak sangka sume ne. tak penah terlintas. sikit pun tak tringin nak buat. sekelip mata. Kau tiup rasa. impian boleh berubah sekelip mata. tp masih ada kesinambungan dari lakaran2 lalu. aku sendiri pelik. masih ada waktu untuk berubah hati. sebelum hari y nk datang tu. lama atau y baru??? takut dan gementar semakin rancak menari-nari di sanubari. ouh aku geli. hahaaahaaa -__- geli hati.... ok!



~~<~~<~~<@

Monday, January 10, 2011

zero.

Bismillah..


yes, Kau dah bolak-balikkan hati aku. which way to go??? o' Allah...






Nota Hidup :

~ Yang pasti aku nangis tengok cite papadom. ape kene mengene. entah.


~~<~~<~~<@

Saturday, January 8, 2011

Oh

Bismillah..



nak ku mimpi tapi enggan terlena. remuk. dah masuk dalam botol. baru tadi aku campak dalam laut.




Nota Hidup :

~ kerana kekurangan pekerja, dah seminggu extend keje atas pemintaan majikan.

~ time to say goodbye!



~~<~~<~~<@

Tuesday, January 4, 2011

he.

Bismillah..



Tahun 2011. Tadika Anjung Didik (TAD). 5 Creative.

~hari pertama~




~hari kedua~


ibu... ibu . . . ibu . . . . . . . . ! ! ! ! !



erk! tiba2 kaki aku dipaut.


aiman hakimie.. (sedih betol -__-')

lama aiman nangis. waktu aku cuba melarikan diri, aiman lagi meraung. nak kejar. aduhai. serba salah aku. cikgu yati dah nak mula buat intro nak ajar cket2. tepaksa la bekepit ngan dia. asyik tarik baju aku je. bile keadaan da reda. aiman ok cket. aku tanya dia, nape panggil cikgu ibu? muke cikgu cum ibu ke? aiman jawap, tak. hahaa. habis tu nape aiman jerit kat cikgu ibu? urm aiman diam, xnak jawap. aku pun heran. tanya kakak.. nape aiman bley panggil aku macam tu? kakak jawap, mungkin aura adik macam mak dia kot. LOL . aduhai.. =)

Nota Hidup :

1- permulaan 2011 : mencatat pengalaman manis di TAD.

2- kasih ibu membawa ke syurga.

~~<~~<~~<@

APE cer.

Bismillah..


ape hal?! ape semua ne???? kejup camtu, kejap camne. ingat otak aku ne komputer? boleh program2 bila2 masa. xmau, delete. nak, recycle balik. aku xfaham betol la.. tolonglah. aku perlukan ruang untuk bernafas. sesekali xboleh ke untuk cuba jadi sayap kiri aku untuk terbang. bukan kebebasan y aku harapkan. aku pun xsuka bebas2. at least memerhati,memahami, menasihati, menggalakkan, jd sahabat. mungkin aku x faham. tapi aku sesak nafas. tolong beri aku udara. aku perlukan perangsang. sekalipun xada. xkisahlah. what eva!
`
`
~~<~~<~~<@

Monday, January 3, 2011

Hanya satu.

Bismillah..



keberadaan kakak dsini adalah semata2 untuk tunggu aku. kakak sanggup lakukan dan korbankan apa saja untuk aku. apa saja..hatta nyawanya sekalipun demi aku satu2 adik y dia ada. kakak sanggup terima kelemahan aku secara total tanpa rasa ragu atau memilih2. malah kakak melengkapi kekurangan itu dan selalu saja menutupinya. tidakkah aku boleh berfikir..kenapala aku payah sangat nak tunjukkan sayang aku pada kakak. aku tahu. maaf saja xcukup. namun x ada cara lain dari maaf y boleh adik sebut pada kakak. adik minta maaf. adik minta maaf sebab x dapat jadi adik y baik dlm hidup kakak. adik x dpt capai piawaian adik y baik seperti y kakak harapkan. adik sendiri x pasti. adakah adik boleh berkorban sama dengan pengorbanan kakak pada adik. semuanya sangat susah untuk adik.. adik minta maaf sebab x ambil berat...adik minta maaf..adik minta maaf..adik minta maaf..adik sangat sayang kakak..adik minta maaf..
`
`
~~<~~<~~<@



Sunday, January 2, 2011

5 kenapa belum kurus



Bismillah..


1- Hangat2 tahi ayam.

2- Cepat tepengaruh.

3- Belum ada sebab y membuak2. (hahaa)

4- Belum masanya.

5- Allah sayang.




~~<~~<~~<@