Thursday, January 28, 2010

rawat hatinya



Bismillahirahmanirrahim...



28 Januari 2010 - Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk melihat dan bernafas di bumi Allah ini..selama 20 tahun 8 bulan aku diberi nikmat untuk jiwa merasai kemanisan hidup di dunia.hati kecil berbisik.. selama usia ini adakah aku telah menggunakannya dengan sebaik mungkin? apakah dijalan Allah atau dijalan kebatilan?

memelihara dan mendidik nafsu bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan.tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya-Sufyan At-Thauri.

memang betul, ada masa aku memang dapat kalahkan nafsu sendiri. bilamana iman sedang naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan, tapi malangnya bilamana iman kurang, nafsu pulak yang mengawal dan memandu diri.nauzubillah..aku hambaMu yang lemah. tak punya apa2 melainkan iman dan taqwa. kepercayaan mama, abah, kakak ditempat org ini akan selalu tergalas dibahu setiap kali aku melangkah keluar dari tempat perteduhanku.. keluargaku adalah segala2nya..mereka paling dekat denganku..insan yang tahu tentang angan dan cita2ku..yang juga tahu tentang sendu tawaku..meraikan kelebihan menutupi kekuranganku..yang tetap menyokong padu walau satu dunia menentangku..yang selalu meyakinkanku saat aku mulai ragu dengan kebolehan serta kemampuan diri untuk teruskan hidup ditempat org...ya Allah..tak mahu walau sekali aku khianati amanah itu..hanya kerana hasutan hawa nafsu yang membelenggu... aku hambaMu yang lemah. tak mampu untuk berdiri sendirian. bahkan tak punya apa2 melainkan dengan turun naiknya iman dan taqwa.

Ingin aku catatkan satu rahsia yang aku telah terjumpa iaitu rahsia mengekang hawa nafsu.bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. maka tiada jalan lain melainkan SABAR-Imam As-Syafie. Subahanallah...rupanya besar peranan sabar dalam kehidupan aku sebagai seorang manusia ni... jujurnya, aku masih bermasalah dalam mengawal nafsu, maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH. mengatakan sayang dan cinta amat mudah, tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah, ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri kebelakangan ini. apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap.apabila hati gelap, maka dada akan menyempit.apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk.apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya-Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq.

"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan aku dan keluargaku daripada pautan nafsu syaitan durjana dan aku berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan hambaMu yang SABAR dalam mencari keredhaanMu.." Ameen...

...................

PENCINTA ALLAH ITU IALAH: "Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" -(Abu Bakar al-Kattani)



~~~~<~~~<~~~<@