Tuesday, June 30, 2009

Pusaran Cinta Iman..

Sesungguhnya tak ramai kaum muslim n muslimah yang mampu membangun dengan ideal...


antara iman, cinta dan pusaran tradisi..


kebanyakkan semuanya seakan-akan sama.. tak jauh beza..


ada saja yang sudah hampir meniti kejayaannya..



















tapi terbabas di tengah jalan..


hanya kerana iman dan cinta hati bertelagah bergelut ingin menakluk jiwa..


lantaran nafsu jadi keutamaan berbanding ilmu...


pergilah kasih tinggalkan sayang...


laluilah jalan benar..


ia sudah luas terbentang di depan sana..


antara mahu atau tidak...


moga temui apa itu makna hidup yang abadi...




~~~<~~~<~~~<@: gha

Monday, June 29, 2009

Minda berputar pada paksinya...

Bismillahirahmanirrahim,



28 June 2009- Di ikutkan hari ne, aku yang rotate as a head 4 d taaruf intake new student at my college. Oleh kerana aku masih di kampung, maka amat sukar untuk aku diberi pelepasan oleh parentsku untuk berulang-alik sesuka hati ke sana. Mereka risau akan aku. Aku tahu. Ikutkan hati, aku mahu pergi laksanakan tugasku di sana dengan balik hari. Yang mana untuk kesana dengan bus ambil masa selama 5 jam 1/2...manakala ngan keretapi 8 jam..tapi keadaan langsung tak mengizinkan aku untuk berbuat sedemikian..aku bakal menyusahkan ramai pihak seandainya aku berdegil untuk kesana..at the end of the day...aku terpaksa serahkan tugasku pada member yang boleh harap..wan. Jumaat lepas, kesian dia..tepaksa selesaikan sumer tugasku seorang diri di sana. tak sorang pon dari member2 yang len y datang jengah untuk membantu.. kalaulah aku ada power seperti superman, da tentu dengan kadar kelajuan yang segera aku akan bergegas terbang ke sana...selesaikan sumer keje2 tu. Taaruf kit yang perlu di update untuk tiap kali new intake..fail2 yang perlu di booke at admin..dengan memo nya sekali... tentative beserta helaian2 penting yang lain yang perlu di fotostat andai tak cukup...smuanya sahabat yang sanggup besusah itu yang buat semuanya seorang diri..tambahan hujan lebat membuatkan dia basah kuyup pula setelah dia penat menyiapkan tugasku..langsung tiada kata lelah atau penat yang terbit dari mulutnya padaku di talian sewaktu aku menelefonnya untuk memastikan tugas berjalan lancar.. aku sangat besalah..sangat2..besalah.. Di sana hari ini, member2ku sibuk dengan new intake manakala aku pulak di sini hari ini selama setengah hari aku abiskan masa di tempat yang membuatkan aku berfikir panjang... aku terasa lemah dan kerdil di tempat itu.. insan2 di sekeliling ku terdiri daripada hamba Allah yang kecil-kecil serta cumel2.. mereka sangat mesra denganku... keletah mereka sangat menghiburkan.. n tak kurang jugak rasa penatnya..banyak betul pertanyaan yang singgah ke cuping telinga ini. berbakul-bakul rasanya...setiap pertanyaan y singgah, cuba aku jawap sebaik mungkin..timbul perasaan buyers aku untuk mereka di sana..cuba aku tepis serta singkirkan dari jiwa n minda..berjaya! hahaa...lepas tu ia datang balik.. aku cuba lagi untuk tepis n kawal.. tapi..... . . tewas. aku tak tahu.. seandainya lama lagi aku terus ada, atau menetap di situ, apakah aku akan sabar atau sebaliknya...sungguh aku tak tahu.. aku amat takut seandainya hari muka aku tak mampu untuk melaluinya dengan baik..kerana kehidupan itulah yang bakal aku lalui..apakah untuk hari mendatang aku akan masih dapat untuk sesabar hari ini? apakah perasaan aku akan masih sama? atau akan berubah-ubah mengikut peredaran kitaran kehidupan kematangan seorang manusia atau sebaliknya kekal sama? ah aku kaget. Apa sebenarnya yang bersarang dalam kotak fikiran aku tika ini setelah aku sampai ke tempat itu?




~~~~<~~~<~~<@:catatan gha

Saturday, June 27, 2009

Aku n Jarry...



"Apa ada pada jari....???!"




1. Cuba tengok jari aku... Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.. .. . "Allahu Akbar"...! Ketahuilah aku..bahwa i2 merupakan Rukun Islam yang misti aku junjuung...... ooOooH


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka n Renung dalam-dalam.... tahulaah aku i2 adala kewajipan solat 5 waktu y X' bleh aku abaikan.... hmmm



3. Put my hand on the table, peratikan... Start dari jari kelinking y kecik n kerdil nie duluu.. ibaratnyaa cam mnusia n ape mende jgk pun pastinya akan start dari y kecik dulu then besar n trus membesar... n i2lah y di katakan fitrah insan n alam seluruhnya... Reminder: whatever i do sumerr misti lah kne start dari y kecik2 dluu yeer but misti at positive side laa kan... lagee tawu la akuu dgn kegagalan aku didik diri ngan perkara2 baik.. y kecik2 ne.. pd usia muda nie laaa... y akan bg impact y sangat beSar especially pd mase depaaaan aku....nanti..hari tua aku nanti..jd..? start la didik diri dgn sifat2 mahmudah dr skrg... .


4. Then tenggok jari kedua, jari manis. Macam tuu jugak laaa ngan usia remaja.. everything sweet..ajeeerr manis cam jari manis akuu nee... cam ngan masa remaja nie laa.. slaluuu sangaaat di duga ngan mcm2 cabaran, dugaan n godaan... ohhh tidakkkk... humm hanya ngan bekal iman n takwa sj y akan tunjukkan aku jalan kebenaraaan... . .


5. Jari ketiga jari y paling tinggi.... jari antu bleh plak di ibaratkan sperti alaaam kedewasaan y kian menjelmaaa... at 30's akuu misti daa punya status, ekonomi n career y stabil but Reminder: akuu kene careful coz masa ni laa banyak bangattt "antu-antuu pengacau"... antuuu dengki, antuuu ego, antuuu tamak, antuuu jealous n mcam2 antuuu lagi laa... Kalau akuu gagal kawal emosi hmm aku sgt khuatir akuu akan tmasok ke dlm perangkap nafsu n syaitaan durjana laknatullah... hmm nauzubillah.. SooOo dari skarang aku kena laaa lipat gandakan ibadaaat.... mohon Allah sentiasa lindungi aku..

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg ungkapkan satu n Esanya Allah SWT tika solat. Genggam semua jari kecuali telunjuk... see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh... & tauladan pada jari2 sebelum ni... Macam tu jugak dengan aku... aim aku ..akuu perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya ngan idea y bernas & a great mind...!! yeahhhh!!!


7. Lastly renung laaa ibu jari.. x kan lupe kot? besar, gemuk n pendek compare to the others but it shOws kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam or pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. 4 young generation LIKE AKU, nak buat apa2 rujuk la kat org tua or y berpengalaman. Kalau kita mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up.. n untuk i2.. at d end..tawu laa aku bahwa itulah matlamat idup sorang insan y bergelar manusia...




"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." -( QS.36. Yassin:65)




Small voice: See all my fingers n renung fikir dalam2. Dimanakah aku skarang....~~ >.<


~~~<~~~<~~<@

Monday, June 22, 2009

28 Mei 2009






Bismillahirahmanirrahim....




Tanggal 28 Mei 2009, 12.05 minit pagi..... lampu di ruang tamu apartment hostel aku tiba2 blaCkout!


Zahirku waktu itu... kengkononnyerr masihhh coOooL (masih menghadap laptop, jari jemari terus menaip...).. tapi dalam ati akuu daaa menjeritttt.....aaahhhhh.....ooohhh tidaaaakkk... camne ne bile baterry laptop da low..camne nak cyupkan assignment..??? daa la nak kene antarrr esokk neee.. napeeer aaa waktu2 genting nakk siapkan assignment marketing ne gak laaa dia nak blackOut..hissshhhhh x leh nak tungguuu kejappp kew huuuuu...h~


surpRiSseeee......!!!!


Selamaat hari jadi...


selamat hari jadiiii.... . .


selamat hari jaaaaadi


selamaaaat hari jaaaaaadiiii.......


naaaajihaaaaahhh...



Selamat Haaaaari Jaaaaaadieeeee......




yeeeee...hhhh tepukaaaan bergemuruh bergemmaaa di ruang tamu hostelku.. (lampu terpasang semula)



Dalam hati...ceh! kezutan befday akuuu upenyee...ingatkan ape laa tadi.. hihiii.... Alhamdulillah...sownOk bangattt... sanubariku tika itu deselubungi dengan perasaan terharu wa gaharuuu....(ade jugak org ingaat bufdayy akuu..)



Jeng..jeng..jeng..
susah payah adik juniOr n kawan2 sebayaku buat sumer kelengkapan surprise, kek temasok lilin untuk ku tiup... serba salah..


maafkan aku Yaa Allah... . . ku tiup juga lilin ini...



sarapan mewaaah kami pada awal pagi 28 Mei itu.... . . .



Pizzaaaa 4 kotak untuk 10 orang.. sama rata.. sorank dapat 2 potOng...

makaan elok2...ekkk..jangan rebut2...sumerr dapaaat makannn... eh hehh cakap cam kite lak blanje dewanggg hehehee




Seteruznyaaa setelah besuka-ria~ menjengah jam hampir ke 2 pagi.. emm burfday gurl.. akhirnyaaa di tinggalkan sendirian..

sambuuung wat assignment balikkk...huuuuu jaaaap gi dengaar ayaam bekokOk laaa tuuu...~ alamatnyaaa bejagaa sampai ke ceraah laaa... hmmm cobaaaan....




APPRECIATION : to kawan2 seumah sehostel ira,sha,syai,eka,lulu,shima,ima,wani n fiza... terima kasih banyak2... Hanya Allah saja yang dapat balaz budi baik kalian sumer... Sambutan ulang tahun kelahiran yang ke 20 ini sangat bermakna sb ini merupakan kali pertama ia disambut dengan sebegini rupa, oleh kawan2 tersayang. Dengan kezutan yang langsung tak disangka2..beserta hadiah lagi... ThanX eka n lulu 4 d hadiah.. kak gha sangat menghargainya.. Ketahuilah saya sangat teruja n sangattt terharuuu..."Semoga ikatan persahabatan kita akan terus terjalin kerana kasih~Nya Dia." Aameen..




Renungan Nota2 kaki bersama-sama :

NOTA KAKI 1 : Diceritakan oleh bekas paderi Sabah yang telah memeluk Islam. Sebenarnya meniup lilin atas kek masa menyambut hari jadi dicipta oleh kaum nasrani (masehi) sebagai simbolik MENIUP ATAU MENGHAPUSKAN CAHAYA ISLAM DARI MUKA BUMI. Kek itu di umpamakan sebagai bumi. Api sebagai cahaya Islam. Nabi saw menegah umatnya meniru kaum lain dalam hukum tasyabbuh (meniru).

NOTA KAKI 2 :

->Umar alKhattab ra, "hati-hatilah dari terleka dgn nikmat dan bentuk kehidupan orang kafir."

->HR Abu Daud," sesiapa yg menyerupai sesuatu qaumm tergolonglah ia dari kalangan mereka."

->HR alBaihaqee (asSunnah alKubra 9/234) dari Abdullah Ibn 'Amr ra, " sesiapa yg mendiami negeri kaum musyrikin kemudian mengadakan festival nairuz lalu umat Islam meniru dan menyambutnya hingga dia mati, maka dia akan dikumpulkan kelak bersama mereka itu (dgn orang kafir) di Hari Kiamat."

NOTA KAKI 3 : Pada masa depan kalau nak juga adakan sambutan harijadi, apa yang boleh kita lakukan ialah modified supaya ia tidak mengikut budaya mereka...buatlah doa selamat, berbeque atau apa saja mahupun keknya tapi jangan sesekali di pasang dengan dian/lilin. Begitulaah kira2..nyaa.. Selebihnyaaa



PENGAJARAN BERMAKNA : Kalo bagi agama nasrani, tiup lilin di umpamakan memadam cahaya Islam. Kita org Islam y tiup lilin untuk bufdayy nee sama seperti apa pulakk ekkk????! Astagfirullahhailazimmm... n Nauzdubillah..

Wallahua'lam...




~~~<~~~<~~<@: gha

Tuesday, June 16, 2009

Muhammad & Khadijah




Bismillahirahmanirrahim..




Pernikahan...





Khadijah r.a diminta pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.



“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah.


“Kalau ia tak berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki. Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah r.a menyerahkan urusannya.


Waraqah bin Naufal kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahawa dari pihak keluarga perempuan sudah bulat muafakat dan merestui bakal pernikahan kedua mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq”, sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy, sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan agung, apalagi kerana yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan bangsawan pula.




Peristiwa pernikahan Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad, sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih, disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut: “Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.



“Begitupun kita memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama manusia.

“Sesungguhnya anak saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan laki-laki manapun juga, nescayalah ia lebih berat dari mereka sekalian. Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku sendiri dan saudara-saudaraku.
“Demi Allah SWT, sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahawa sesudah ini, yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira (albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat.


“Semoga Allah memberkati pernikahan ini”.



Penyambutan untuk memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.



Selesai upacara dan tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redhai !”



Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”. (Adh-Dhuhaa: 8)



Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita..



~~~<~~<~~<@