Wednesday, December 29, 2010

Ubah.

Bismillah..


aku masih belum berubah.

aku malu pada diri sendiri.

aku masih belum berubah.

aku malu dengan janji2 manis padaMu y aku belum pernah usaha kotakan.

aku masih belum berubah.

aku malu kerana lebih banyak bekejar dgn persiapan dunia berbanding persiapan di negeri abadi.

astagfirullah..

aku masih belum berubah.

aku malu dengan diri sendiri.

aku masih belum berubah.

aku benar mahu berubah.


~~<~~<~~<@

Sunday, December 26, 2010

Hi-Tea

Bismillah..

ada sejarah y tersendiri y terjadi di sebalik tragedi hi-tea ne. dalam 2 minggu lepas je da brape kali tarikh ditunda atas sebab x cukup org. dari 17 staff tadika taska..at last, walau x cukup org jadi jugak. internal problem y laen pun wujud jgk tp maluz nak crita. P&C kan. hi-tea hari ne di adakan di The Lagend Hotel bersama mdm principal, teacher Chu, teacher Nurul, teacher Wawa, teacher Yatie, kak Za (jiran teacher Nurul ibu kp Syuhada 6 years), Syuhada 6 years, Kamalia (anak teacher Chu 20 years) n Catherine (indian, kawan Kamalia sebayanya) . deorounk celebrate minggu akhir aku. OMA kat hotel kot! THANKS a lot teacher Chu sbb sudi belanja. 8 adults and 1 children. total F&B RM 439.90.

antara menu2 y dimakan.. sagu with coconut milk, chesse cake, coffee cake, chocolate cake, meat soup, ABC, siakap sweet sour, pizza, chicken rose, hainan vege, tropical fruits, rojak, nugget, lasagna, beriani, n many more makanan y pelik2 namanya y aku x ingat nak tulis. makanan d amik dlm kuantiti sikit2, sume y ada teringin nak rasa. tapi x sume dpt rasa. urm banyak makanan baru y xpenah mkn dapat di cuba. tapi xsume benda baru sedap bila di cuba. maintain minum sky juice dr awal smpai habis. x tukar air laen sbb xrs nk minum air manis.

org y duduk kat meja laen x de la selama meja kami. pengunjung datang dan pergi. waiters n waitresses x habis2 kena kemas pinggan n tambah air kat meja kami. naik cuak muka deorounk dowk ulang-alik ke meja kami. lama betol berborak kat situ sampai habis time. limit 4 jam utk hi-tea, selama i2 la kami dsitu. dahsyat punye makan borak! hahA -__-'' x sangke babe!

sebelum ne waktu keja, seperti ada jarak antara aku dan org atas tapi pada hari ne..berbeza. moment y menarik..y aku sangat2 x sangka..teacher Chu seorg chinese lalu kongsi makanan dg org laen. aku ambil 2 appetizer berperisa laen2, dan satu appetizer saiznya lebih kurang 1 inci. tanpa di duga, appetizer y sekecil i2 di share oleh 4 org hanya atas sebab nak rasa. msg2 guna spoon snirik utk rasa. bukannya mereka x boleh nak amik lagi, tapi entahla. mungkin sebab "hanya nak rasa punya pasai" appetizer 1 inci tu boleh dikongsi oleh 4 org.. n salah sorang y mintak nak rasa appetizer aku adalah teacher Chu! menakjubkan okay! aku sangat X SANGKA. teacher Chu lalu makan. makan sampai habis plak tu. friendly teacher Chu sgt luar biasa bagi aku! >,<''

sedikit latar belakang fasal mdm principal y dedicated, sporting, understanding, caring ne. frankly speaking, teacher Chu la sbg daya penarik bagi chinese nye parents dtg antar anak mangaji di tadika y owner de MELAYU ne. cara management teacher Chu mantap! dari y besar2 sampai laa sekecil2 perkara. kalo secara zahir sah2 la nmpak teacher Chu seorg chinese n masih lg nampak chinese dr segi fesyen pakaiannya..haha but truly teacher Chu ne seorang muslim. dah masuk islam sblm berkahwin lg. mempunyai 2 cahaya mata, sorang lelaki n sorang prempuan. nama islamnya, Nur Zahirah Chu..sedapp namanya mcm nama housemate aku dlu je.. doaku, moga teacher Nur Zahirah Chu dikekalkan rahmat iman dan islam serta terus berusaha mempraktikkan islam y sebenar hingga ke akhir hayat. insyaAllah.



~~<~~<~~<@

Thursday, December 23, 2010

erk!

Bismillah..


menyampah macam nak sapu sampah!!!! terok betol!!! geram betOl! benci betOL!!! aku TAK SUKA DENGAN PERASAAN ne!!!!!!!! terok betOL! wekk!!! -__-''



~~<~~<~~<@

Tuesday, December 21, 2010

Obsesi.


Bismillah..


tipuan dunia dan godaan hawa nafsu selalu sgt mberangsangkn. syaitan sntiasa menghias bibit2 dosa2 dgn keindahan dan kecantikan. sekali kita terjerumus, payah nak dibebaskan semula. selagi y diburu x dapat, selagi i2la kita lelah mengejarnya. tapi, stelah kita dapat, ada pulak y laen dtg menggoda. apa y ada jarang disyukuri, apa y x ada itulah y kita risaukan. mengejar nafsu ibarat mengejar bayang2. dilihat ada, digenggam hilang. di hujung pencarian pasti ada jemu dan lesu. jemu lesu krn asyik memburu. kehendak nafsu x pernah terbatas dan x pernah puas. padahal kematian boleh dtg tiba2. relakah kita ditipu oleh fatamorgana hanya krn dari jauh ia kelihatan seperti air y tergenang?

Nota Hidup :

~ Kebakaran y memusnahkan selalunya hanya berpunca dari percikan api y kecil.

~~<~~<~~<@


Monday, December 20, 2010

Konflik.

Bismillah..



seperti y di jangka. sangkaan aku benar. kuatkan hati hatiku.. aku takkan sesekali berpatah balik. aku akan buktikan padamu bahawa ini bukan sesuatu y sia2 dan aku mampu untuk lalui semua ne dengan semangat serta roh y baru. ketahuilah y aku hanya perlukan adalah kepercayaan dan doa restumu..tak ku pinta lebih dari itu. aku mahu kau tahu bahawa aku setia mengusung kemana saja amanah y kau titipkan padaku dan ketahuilah juga bahawa aku benar sayang dan cinta padamu. ~


Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. ~ (2:155)

~~<~~<~~<@

Sunday, December 19, 2010

New Inspiration!

Bismillah..


entah. dah plan elok2. tibe2 ade je bende baru hadir dalam hidup aku? urm awal aku tak pasti. rase mcm x penting pun. tade kene mngene je ngan apa y aku mahu pun. nak saje aku tak yah fike sal hal ne. awal aku rasa boleh, tapi tengah2 aku fike jugak. haha -__- itu lah payahnye jadi aku..

keputusan kecil y patut dibuat dalam jangka masa pendek y nampak mudah sebenarnya sukar untuk dibuat. sebabnya andai aku kata ya, aku bakal mengecewakan very2 important persons in my life dan bukan hanya mereka..aku bakal susahkan banyak pihak. dan andai aku kata tak takut jugak kalau aku y akan menyesal nanti. . >,<'

hati aku 50..50...

andai aku kata ya. masalahnya aku x jumpa n langsung x nampak ape y aku bley dapat melalui program sijil montessori ne. puas aku cari sebab untuk diri aku sendiri. kenapa aku perlu or tak perlu. dan aku istikharah. dan sepanjang perjalanan aku ke banting y tak jadi but ke seremban dan ke port dickson hari ne aku benar2 kosongkan fikiran. harap2 jwpn dr istikharah aku akn terjawab. yang pasti.. aku tak nak masuk prgm ne hanya kerana kawan ajak, aku tak nak masuk program ne hanya kerana suka2, dan aku tak nak masuk program ne hanya kerana sesuatu y aku tak nampak hala tujunya. aku perlukan sebab untuk diri sendiri, kemudian baru la boleh aku dptkn sebab kenapa aku harus yakinkan mama abah.

sewaktu majlis walimah di seremban td, aku dah bertemu buat kali kedua dengan orang y sama dan di rumah y sama dgn suasana y sedikit berbeza (dia bukan tuan rumah). dia seorang y sangat supportive, sangat sporting, sangat luas ilmu pengalamannya, sangat suka bagi nasihat dan tanpa di minta2 mudah dtg utk berbual2 dgn aku y tah shiapa2 ne.. ~huhuu dalam sot set sot set aku dan dia tadi.., akhirnya hati aku mantap dan yakin.

Nota Hidup :

1- Stelah sminggu cuti, esok dah start keje smula. Step seterusnya bakal di lancarkan esok!

2- Aku akan tanggung semua RISIKO dan akan BERTANGGUNJAWAB sepenuhnya di atas pilihan ne. permudahkanlah..jangan Kau susahkan.. .Kau lembutkanlah hati mereka.. -__-

3- x lupa ucapan terima kasih untuk 2 sahabat y sudi perah otak fike sebab2 malam tadi. 10 sebab terlalu sikit..sape2 pun boleh cari..20 sebab lebih meyakinkan..dan 21 sebab boleh aku jadikan asbab sokongan bg asbab diri aku sendiri y dah yakin utk yakinkan si very2 important persons! :D

4- Jangan kejar dengan angan-angan, tapi kejarlah dengan hati. Bukan mungkin, tapi PASTI dapat! ~ Pak Cik Anbiya =)

~~<~~<~~<@


Sunday, December 12, 2010

Please Remember.



Assalamualaikum.. =)



Dear Najihah,

1. Walau dalam apa jua keadaan, masuk waktu solat dulu. Bc Quran tiap hari, walau sepenat mana bacalah jgk walau sikit separuh muka surat. Then, nak buat apa pun buatlaa, nak tido pun tido la. Lantak pi kat hang la.

2. Walau sepenat mana jangan jadikan alasan untuk tidak call mama abah kakak di kampung sekurang2nya seminggu sekali.

3. Cuti dah la pendek! Kurangkan secara maksimum, buat hal sendiri, banyak tido, tengok tv bila balik umah nanti. Usia mereka makin meningkat dari hari kehari begitu juga dengan kau. Sampai ke hari ne kau masih belum benar2 mampu untuk berdikari dan berbakti pd mereka. Jangan suka pentingkan diri sendiri. Tolonglah berbakti untuk mama abah. Kalau tak buat hari ne, mungkin kau takkan dapat peluang lagi untuk buat semua tu nanti dan barangkali kau akan menyesal seumur hidup. Keluarga teman hidup setia, sahabat suka duka berbicara. Berusahalah!! Allah pasti tolong.

4. Jangan kecewakan diri sendiri lagi.

5. Ubah cara berfikir, masa sedang berputar, waktu semakin suntuk, kau bukan budak kecil lagi. Sudah dewasa!

6. Dapatkan nilai sesuatu dalam pandangan hidup sendiri.

7. Fokus pada matlamat dan tujuan hidup.

8. Hidup bukan untuk joli tapi untuk bakti dan dinikmati. Hidup manusia sangat pendek!

9. Walau ada masa, jangan suka tangguh2 keje.

10. Jauhi perkara y boleh buat kau rasa lemah.

11. Keep a journal. Harus membaca dan rajin menulis.

10. Be prompt!!!

11. Maafkan kesalahan orang lain setiap hari. Syukuri kelebihan. Redha dan perbaiki kelemahan.

12. Belajarlah untuk beri apa y kau suka walau sangat payah nak buat.

13. Jangan mengharap orang lain untuk beri tapi kau y patut berusaha untuk memberi.

14. Jangan biarkan masalah2 kecil rosakkan hati dan emosi. Belajar cakap "tidak".

15. Belajar dari kesalahan lalu dan orang lain.

16. Jangan suka bandingkan diri dengan orang lain tapi belajar dari kelebihan y deorounk ada.

17. Optimis.

18. Jangan lupa email, sms or call sahabat2 lama. Make someone else's day happier.

19. Harus belajar tebalkan muka untuk perkara2 y berfaedah.

20. Mujahadah, sabar dan sentiasa bercakap benar. Breathe fresh air, go for a walk, give yourself something to look foward to.

21. Senyum. =)




Nota Hidup :

~ Pengajaran y paling payah y Allah dah tetapkan dalam hidup kau, itu y paling berharga.


~~<~~<~~<@

Tuesday, December 7, 2010

Kerana cinta kita serupa

Bismillah..



Tidak manis tetapi menjanjikan kemanisan..


Perjuangan melawan hawa nafsu demi mendapatkan cinta sejati.

Perjuangan jiwa dan raga demi meraih cinta abadi.

Perjuangan segala-galanya untuk mendambakan cinta hakiki.


Cinta sejati, cinta abadi, cinta hakiki semuanya disatukan dengan cinta y serupa iaitu cinta Allah.

Seandainya matlamat kita sama dalam pencarian pengorbanan ini, maka kita sama2 menuju ke arah matlamat dan tujuan y sama. Kita akn sama2 mendapat susah dan bakal dijanjikan dgn kemanisan y sama iaitu syurga. Kesusahan y sementara tetapi kesenangan y selama2nya.



"Allahumma, thabbit qulubana a'la dinika"




Nota kaki :

~ Mungkin sesekali kita harus dipaksa untuk tertinggal sahabat agar tidak "tertinggal" ALLAH dalam kehidupan kita.


~~<~~<~~<@

Sunday, December 5, 2010

Apa adanya.

Bismillah..


Kalau jadi batu,
Jangan jadi batu di tepi jalan,
Tiada nilainya..tiada harganya,
Dipijak orang..disepak orang,
Tetapi jadilah batu permata,
Yang bersinar dan berkilau,
Dihargai orang.


Kalau jadi kayu,
Jangan jadi kayu reput,
Yang rapuh..yang patah,
Dibuang orang dimerata-rata,
Tetapi jadilah kayu jati,
Kayu yang mantap,
Mahal harganya dan dihargai orang.


Kalau jadi manusia,
Jangan jadi manusia biasa-biasa,
longgar jiwanya..rapuh imannya,
Sempit mindanya..gelap masa depannya,
Tetapi jadilah manusia yang luar biasa,
Gah jiwanya, kental imannya, tertib solatnya,
Quran juadahnya, Jauh pandangannya,
Gemilang masa depannya.


~~<~~<~~<@