Monday, June 29, 2009

Minda berputar pada paksinya...

Bismillahirahmanirrahim,



28 June 2009- Di ikutkan hari ne, aku yang rotate as a head 4 d taaruf intake new student at my college. Oleh kerana aku masih di kampung, maka amat sukar untuk aku diberi pelepasan oleh parentsku untuk berulang-alik sesuka hati ke sana. Mereka risau akan aku. Aku tahu. Ikutkan hati, aku mahu pergi laksanakan tugasku di sana dengan balik hari. Yang mana untuk kesana dengan bus ambil masa selama 5 jam 1/2...manakala ngan keretapi 8 jam..tapi keadaan langsung tak mengizinkan aku untuk berbuat sedemikian..aku bakal menyusahkan ramai pihak seandainya aku berdegil untuk kesana..at the end of the day...aku terpaksa serahkan tugasku pada member yang boleh harap..wan. Jumaat lepas, kesian dia..tepaksa selesaikan sumer tugasku seorang diri di sana. tak sorang pon dari member2 yang len y datang jengah untuk membantu.. kalaulah aku ada power seperti superman, da tentu dengan kadar kelajuan yang segera aku akan bergegas terbang ke sana...selesaikan sumer keje2 tu. Taaruf kit yang perlu di update untuk tiap kali new intake..fail2 yang perlu di booke at admin..dengan memo nya sekali... tentative beserta helaian2 penting yang lain yang perlu di fotostat andai tak cukup...smuanya sahabat yang sanggup besusah itu yang buat semuanya seorang diri..tambahan hujan lebat membuatkan dia basah kuyup pula setelah dia penat menyiapkan tugasku..langsung tiada kata lelah atau penat yang terbit dari mulutnya padaku di talian sewaktu aku menelefonnya untuk memastikan tugas berjalan lancar.. aku sangat besalah..sangat2..besalah.. Di sana hari ini, member2ku sibuk dengan new intake manakala aku pulak di sini hari ini selama setengah hari aku abiskan masa di tempat yang membuatkan aku berfikir panjang... aku terasa lemah dan kerdil di tempat itu.. insan2 di sekeliling ku terdiri daripada hamba Allah yang kecil-kecil serta cumel2.. mereka sangat mesra denganku... keletah mereka sangat menghiburkan.. n tak kurang jugak rasa penatnya..banyak betul pertanyaan yang singgah ke cuping telinga ini. berbakul-bakul rasanya...setiap pertanyaan y singgah, cuba aku jawap sebaik mungkin..timbul perasaan buyers aku untuk mereka di sana..cuba aku tepis serta singkirkan dari jiwa n minda..berjaya! hahaa...lepas tu ia datang balik.. aku cuba lagi untuk tepis n kawal.. tapi..... . . tewas. aku tak tahu.. seandainya lama lagi aku terus ada, atau menetap di situ, apakah aku akan sabar atau sebaliknya...sungguh aku tak tahu.. aku amat takut seandainya hari muka aku tak mampu untuk melaluinya dengan baik..kerana kehidupan itulah yang bakal aku lalui..apakah untuk hari mendatang aku akan masih dapat untuk sesabar hari ini? apakah perasaan aku akan masih sama? atau akan berubah-ubah mengikut peredaran kitaran kehidupan kematangan seorang manusia atau sebaliknya kekal sama? ah aku kaget. Apa sebenarnya yang bersarang dalam kotak fikiran aku tika ini setelah aku sampai ke tempat itu?




~~~~<~~~<~~<@:catatan gha