Thursday, June 30, 2011

Biar jadi kaktus.

Bismillah..




Aku bukannye kuat sangat. tapi aku kena pura-pura jadi kuat. aku sendiri tak pasti aku mampu buat atau tak. diri aku sendiri pun belom tentu lepas, inikan pula aku perlu bantu orang laen. aku perlu terus pura-pura jadi kuat. walau hakikatnya, dalaman aku meronta-ronta untuk bergerak bebas. tapi ini juga satu tanggungjawab. aku tak pasti apa hikmah di sebalik semua ne. umm kau lagi sorang! aku tatau sape kau. tibe2 je datang nak berkawan. cara kau cakap macam kau betol2 kenal aku. tapi aku mane kenal kau. aku anggap semuanya hanya gurauan dan permainan, walau berkali-kali kau kata ikhlas. aku tak faham dengan maksud ikhlas kau. pintu hati aku dah tertutup rapat. diam dan tak menonjolkan diri lebih bagos dari hidup macam orang gila lepas tu. aku dah penat dengan permainan dunia. destiny.. i'll let Allah decide..



apa yang pernah aku lalui sebelum ne memang mendewasakan aku untuk tentukan jalan hidup. tapi sekarang aku seakan hilang. aku kena cari dengan segera kenapa diri aku hilang. Ya Allah, apakah ini normal dalam kehidupan seorang manusia?



tadi waktu membeli-belah teserempak ngan sir chatur. he is a nice, religous, n good looking guy. tekejot gile de yang tegor aku dulu..haha what a small world! LOL



mereka adalah mereka. dan aku adalah aku. aku tak kisah kalau sekalipun mereka tak faham apa-apa. sebab yang penting bila aku cakap aku sendiri yang dapat rasai kayak mana feelingnya diskusi itu. yang pastinya perlu usahanya lebih lagi. mereka nak kutuk aku pun kutuklah. aku maafkan saja. yang penting aku faham feelings aku. haha



urmmm aku rinduuu shrekkkkk!




~~<~~<~~<@

Tuesday, June 7, 2011

Masih ada Allah di hati.

Bismillah..




Setiap amal perbuatan y dikerjakan seseorang hamba dgn penuh harap utk mendapatkan cinta dan redha Allah pasti akan mendatangkan manfaat pada hamba itu, baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Ikhlas adalah kata mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk diamalkan. Seorang hamba y mampu melakukan sebarang pekerjaan dgn sifat ikhlas memiliki kedudukan mulia di hadapanNya.


Pencinta sejati tidak pernah peduli akan duka dan derita dlm menjalani kehidupan di dunia ini. Kerana baginya tangis itu bukanlah menunjukkan kesedihan dan kedukaan. Seorang hamba y tunduk dan patuh pada Allah krn takutkanNya dan dia umpama seorang hamba kepada tuannya. Seorang y beribadat kepada Allah kerana mengharapkan balasan syurga dan dijauhkan dari api neraka umpama seorang pedagang y selalu sibuk dgn perhitungan antara untung dan rugi.




Nota Hidup :


1- Cuti sem kali pertama degree ini, aku isi dgn gotong-royong bersama sanak-saudara serta orang kampung sempena walimah abang dan kakak saudara di kampung, kenduri mereka silih berganti. Kemeriahannya sangat terasa. Didoakan semoga abg Zikrullah bersama pasangannya kakak Amirah dan Dayang Murni bersama pasangannya Ikhwan berbahagia hingga ke anak cucu seterusnya sampai syurga. ameen. =)




2- Macam tak percaya y aku skrg dah degree, pantas betol masa berlalu. baru semalam terasa baru di menengah. Allah Hu Akhbar!!! sungguh pantas, masa berputar, masih banyak perkara y belum tercapai. Doaku padaMu moga diberikan kekuatan hati, mental dan fizikal untuk melakukannya. insyaAllah.. >,<



3- Hatiku berbunga-bunga kerana dapat menghabiskan satu novel spiritual!! yeaayyy!! sebelum ne punyaa lah lama klo nak habiskan satu pun. ine dlm beberapa hari da habis dibaca. alhamdulillah.. hopefully buku ilmiah pulak lepas ne. insyaAllah.. ^^


~~<~~<~~<@