Showing posts with label Kerepek meRepek... Show all posts
Showing posts with label Kerepek meRepek... Show all posts

Sunday, November 21, 2010

I do it 4 u ^^''

Bismillah..


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup ?
Kebahagiaan =)

2. Benda terakhir yang kau beli guna duit sendiri ?
Sepatuu...beli satu free satu...tesco shah alam dpn msu.. seminggu selepas raya deepavali..best k.. beli satu dpt dua...hahaa pade al de dah charge awal2 lagi..tp xkesah laa...janji eppiieeeeee... ^^

3. Tempat ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan ?
Semestinya di rumah mama abah dan bertemakan apa2 pun boleh.. janji eppiieee.. =)

4. Adakah kau sedang bercinta sekarang ?
Mungkin

5. Berapa lama kau akan mencintai kekasih kau ?
Selama mana yang Kau maU...??? hee~

6. Novel/buku/majalah terakhir y kau beli ?
2 minggu lalu..Fanzuru..Landmark bookstore kulim..

7. Antara mak dan ayah yang mana lebih mesra ?
Ouh itu kene tanye mereka laaa....~ ^^'' kih3 malu i nak ciakap maaa.. . hehe

8. Namakan orang yang betul-betul kau nak jumpa dalam hidup ?
K H

9. Adakah kau basuh baju sendiri ?
Ya..kalo x sape lagi? urmm guna mesin pun dikira basuh baju snirik gak kan??? hehehe

10. Tempat yang kau betul2 nak pergi?
Baitullah. nak pegi sgt2.

11. Pilih satu peluk atau cium ?
Penumbuk! haha

12. Tiga benda orang yang tag kau ?
A) Marshiella Binti Musa
i- pemurah.. sgt murah hati..sgt suka belanje sahabat2nya... =) ATTENTION plsss!!! others pls dont tk advantage okay! if not i belasah u...Lol
ii- suke menyanyi ~lalalala kakakaa wawawa kakakakihkihkihkuhkuh
iii- dan berjiwa sensetip babe! (dlm aty ade tmn tuh...kih3)
'
'
B) Hazhari Bin Ismail
i- suka gelabah bila nervous ("tyme2 layen sy bole fike tp skrg sy x bole.. arggghhh!!! ~__~'' pls.. pls..plsssss leave me alone.. . .. . ) ^^"''hihii
ii- susah nak terima kenyataan (suka larikan diri. nape? awak ingat awak tu atlet y nak lari2?? teruk betol!)
iii- dan sgt suka bagi org marah! x pasal2 plak tu. ( ish! geramm betol! ayOhhh belasah dieeee....!!!)

ok? anda ok? masih boleh bernafas?? .. .

13. Benda yang kau sangat-sangat sayang dalam hidup ?

Hadiah pemberian insan istimewa

14. Lima lagu paling suka dan selalu dengar ?
i- What hurts the most~
ii- Yang Maha Penyanyang~hijjaz
iii- Nur Tuhan~hijjaz
iv- Saat terakhir~st12
v- Going home~kenny G

15. Bila tarikh lahir dan dekat mana sambut tahun lepas ?
28 Mei 89. sambut sorang2 kot..tyme ne kat hostel..bdk2 br hbs exam, cuti blk umah..aku? aku kan keje kt college..so sambut la sorounk2...abis keje kol 6...jln sorg2 pegi pasar mlm y bdekatan college...beli apam balik ngan kebab....hehe x lame pas2 ira balik ostel..de wish bufday kt aku gune hanset...tuliz msg nyanyi lagu happy bufday...err pade al ira kt dlm bilik dg pintu tebukak n aku kt ruang tamu je kot.. LOL

'
'
'
selang beberapa ketika...~
'
eh2... da tuliz baru prasan..ne thn ne punye bufday laa...ouh thn ne blum berakhir lagi ek? urm ingatkan da thn depan....haha ok la tu kan...thn ne pun thn ne laaa...layaaan.....haha
'
16. Lima blogger yang kau nak tag ?
urm...urmm......urmmmm....sape lagi y ada blog? blum tag???
i- kak put
ii- syafiq
iii- wafi ????
iii- eqa
v- ruby???

...... ok kan??? >,<'' wujud lagi x blog wafi ngan ruby neee??? belasah saje laaa.....nak bt xpe x bt pun xpe..asal epppieeee ^^''


Cik Blog
1. Naj, Naji, jiha, gha, ghah, ija.. sume pun org panggil or tuliz...haha...ikut suke korounk la...asal happie ^^''. Name penuh y panjang adalah~> NAJIHAH BINTI BABASHAH. mari buka buku sejarah....camne name sepanjang ini boleh terhasil??? okayyy baek laaah! urm wak2 mama sedang mengandungkan aku dlu...mati2 mama abah ingat aku baby boy..mereka da siap simpan nama baby boy..MUHAMMAD AZIM. Last2 kluaq, baby girl. aduyaiii..girl..girl.....gawat2! both otak blank..sume y prepare nama2 baby boy blake...blank..blank..blank. baby masih tak bernama sewaktu kluar dari hospital...urm sewaktu dlm kereta, otw balik dr hospital ke rumah..mak abah long pun memecah kebuntuan..lalu nama NAJIHAH dibuahkan lantas dipetik lalu digubah menjadi satu...NAJIHAH...NAJIHAH...NAJIHAH BABASHAH.. =) chewwah sedappkan?? nice one ryte?

2. Bila anda berkahwan dengan aku.. biarlah anda sendiri y tentukan siapa aku dihati mu..kerana aku sendiri tak tahu sape aku sebenanya.... -__-'' haha

3. Angan2 nak bukak empayar perniagaan..kapannya bilaaaaa??? errrk entaaah laaa cik labu.......
When u believe U can Achieve. insyaAllah.. ~_~''

4. Lebih suka bawa diri, andai sesuatu tu bertentangan dgn ape y dpegang..urm..canne tu?? emm entah laa cik labuuu....awak kan lebey memahami...kan.. -__-''

5. There are people who loves you dearly but dont know how to show it. its me! to love and to be loved. its me! aku hanya mahu bahagia..bahagia..bahagia....dan bahagiaaa......its me! aku nak sume tuh..bisa enggak?
Kun Fa Ya Kun! =)


Hobi
i-Membaca
ii-Suka denga org bercerita + inspiration story mory
iii-Suka senyum sorang2
iv-on9
v-bebual2 dgn org2 kegemaran..carik2 ilham..~lalalaaa


Blog
1. Selalu sgt lupa2 pd satu2nya insan y boleh bg syafaat bile mati nanti..maka saje letak "loversofrasulullah" spy secara lansunk or tak lansunk bila tepandang link ingat n dpt beselawat pd baginda Muhammad S.A.W... urm boleh jgk buat bekal nanti2..kan..kan..kan..

2. urm suka pada ketenangan...x suka serabut2...suka warna hijau...sangat mendamaikan... jiwa dan sanubari...da bape kali tukaq template..sat2 camne...sat2 cam classic..sat2 camgitu..sat2 cam gni....ade laa skali skala tukaq warna laen..pastu bila dok tengok punye tengok..asik2 rs xkene je ngan mata..last2 kembali green in daa house...!! lol

3. Loves to put notes, pictures or something on blog's wall in purpose to motivate the unmotivated heart mind soul. . =) so, awak2 y terlalu d blog ne ade tak rs di motivasi? hahaa =P (actually sume ne utk diri sniri snarnye.. same goes kat fb) =)))



Nota Kaki :


1- heheeeee.. =) aku memang x suka nk jwp tag. depends tahap kerajinan nk melayan or tak. but utk special case ne.....hehe untuk insan y bename ashaaa....Marshiella Musa....awak suke name asha3 yer... hihiiiiii...achaaa.... sy akn pggl awk selalu ngan name ne ek.... ^^' asha.....ashaaa....ashaaa... ashaa betiii..chalo betii...! ^^'' hehehe calo...callooo...i buat jgk laa....hihiii "special" ^^''
2- ishh! da siap tag tetibe dtg dari mane pulak sorg makhluk ne. fine! tepakse la aku edit balik.. chuyie sile check name awak kat atas ek. terime kasih. :D


~~<~~<~~<@


Thursday, March 26, 2009

Dimana Isteriku..

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.


"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.


Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.



Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar.



Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!



"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut je! Malu beb!!




PENGAJARAN : Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..huhu..