Showing posts with label Mujahadah. Show all posts
Showing posts with label Mujahadah. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Bebaskah aku, kamu, dia, dan mereka?

Bismillah..


Sahabat...
Tahukah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan y bukan mahram itu bukan budaya org Islam, org y beriman?
'
Sahabat...
Adakah aku, kamu, dia dan mereka pernah atau masih terlibat dengan pergaulan y nampak islamic tapi sebenarnya ia menjerumus kepada pergaulan bebas ala2 tak salah gitu?
'
Sahabat...
Kita mungkin sibuk menghias penampilan luar kita dgn menyimpan janggut, berkopiah ataupun meletakkan perhiasan sana-sini agar nampak cantik dan indah di mata. namun kita lupa nak hias akhlak kita utk sama cantik setanding dgn keinginan fizikal kita y sentiasa mahu nampak cantik. kenapa kita boleh lupa pada substans Islam itu sendiri bahawa akhlak seorang muslim adalah tamsilan kekuatan ummah?
'
Sahabat...
Kita bersungguh belajar ilmu Islam. namun langsung tidak memfokuskan kepada pemahaman dan amal. apa gunanya ilmu andai tak diamal?
'
Sahabat..
Sedarlah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa percampuran lelaki dan perempuan ajnabi di lihat sebagai sesuatu impak y besar kepada keruntuhan akhlak ummah akhir zaman.
'
Sahabat...
Tahukah aku, kamu, dia dan mereka bahawa pergaulan islamic itu sangat menipu daya. Dengan keluarnya anak adam dan hawa, laki2 dan perempuan meski dalam kumpulan y ramai tanpa arah tuju, cuma sekadar untuk isi kekosongan masa y terluang adalah salah disisi agama? ia membawa kita kepada pergaulan bebas alaf baru y diberi nafas baru oleh syaitan laknatullah. tidakkah aku, kamu, dia dan mereka sedar akan hal ini? atau sudah sedar...tapi masih lagi buat2 tak tahu..sengaja butakan hati dari mengambil pengajaran?
'
Sahabat...
Sedarkah aku, kamu, dia, dan mereka bahawa kita sudah ketagihan kepadanya? ketagihan untuk keluar bersama-sama dgn kaum y berlainan jenis? keluar awal pagi..balik lewat mlm...kadang tu bukannya ada tujuan y benar2 tujuan. yang ada cuma tujuan y saja diada-adakan. semuanya berlandaskan nafsu. "ahhh hang out jd boring, jd tak lengkap kalau keluar klo tak ditemani sahabat2 perempuan atau sahabat2 lelaki bersama.." "kami bukan keluar berdua2an..keluar ramai2..kira islamic laa nee..kami tau la jaga batas pergaulan!!", kamikan org y taw agama masakan buat perkara y bukan2.." "alaaah....kami bukannya buat apa2...borak2 kosong..makan2..beramah-tamah, bergurau-senda, bergelak-tawa, bergosip-gosipan..bese laa tu..kampus lifestyle... kau ne kolot la!!!" "err kalo jadi apa2 pun ade ramai kawan2 y tengok kot. deorang kan boleh tegur". persoalannya, adakah mereka y keluar bsama aku, kau, dia, dan mereka ne pernah tegur khilaf pergaulan anda?
'
Sahabat...
Hari ne aku belanja kau, esok kau belanja aku..kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa saja y bersifat tidak syarie secara kerap, adakah itu dinamakan org y menjaga batas2 pergaulan dan tahu agama? langsung tak ada nilai significantnya sama sekali. ditambah lagi kisah2 peribadi antara sahabat2 lelaki dan sahabat2 perempuan y hangat dikongsikan bersama-sama. woW!! amazing! dah yakin sangat ke nikmat pancaindera aku, kamu, dia, dan mereka boleh jawap depan Allah di padang mahsyar nanti? pergaulan islamic laaa sangat??!
'
Sahabat...
Sedarlah semuanya fatamorgana. dari jauh nampak indah tapi bila dihampiri, kosong. langsung tak membawa apa2 makna.
'
Sahabat....
Hidup kita bukan untuk enjoy sana sini tanpa ada malu y membaluti diri...yang dibentengi iman dan taqwa...hidup kita tak selamanya di dunia...dan perhubungan kita ini tak lebih dari ujian..
'
Sahabat...
Ambil berat itu boleh..itu fitrah..Allah sememangnya menyarankan kita berukhuwah.. tapi jgn disalah ertikan tiket ukhuwah tersebut..mahu berukhuwah biar kena caranya. berjumpa, bertanya sekadar y perlu bukan dg cara tak kira siapa, tak kira waktu, asyik2 ketemu, jumpa pulak selalu dihujung minggu.
'
Sahabat..
Perjalanan hidup kita ni adalah nikmat y sangat berharga..jgnlah di sia2kan percuma..
'
Sahabat...
Sudah jauh perjalanan kita..sudah berbelas..mahupun puluh tahun kita hidup..tak tahu bila perjalanan ne akan terhenti. andai ia terhenti dlm keadaan y Allah tidak redha macam mana?
'
Sahabat...
Muhasabah...carilah tujuan asal kita diciptakan..dari mana kita datang..dan kemana kita selepas tu..moga aku, kau, dia, dan mereka sentiasa tak lupa. sahabat y baik umpama mentari y menyinar. sentiasa berpesan-pesan dgn kebenaran dan ingat-mengingat tentang kesabaran. mujahadah itu siksa, namun penghujungnya tersangat indah. Jannah target tertinggi setiap Muslim manakala Muhammad SAW contoh terbaik akhir zaman. Mardhotillah yuk! =)
'
~~~~~~~~~
Nota kaki :
~~~~~~~~~
1- Orang y berilmu y tak dapat kawal nafsunya jauh lebih teruk daripada orang y jahil.
'
2- Jauhi maksiat, jauhi zina. Takkan berbual2 pun tak boleh > Itupun zina jugak ke? Zina ada macam2 jenis dan peringkat. Ada zina tangan, ada zina mata (melihat berlainan jantina dgn perasaan berahi), melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan yg berlainan jantina dengannya. "Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman". - (Riwayat Muslim dan Abu Daud). Jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak meski dalam pergaulan y nampak islamic. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana2 jalan atau lorong sekalipun. Nauzubillah!
'
3- Hari ini mungkin tidak..besok mungkin kamu kecundang. Sudah banyak tipu daya iblis y mengena sasaran. Iblis amat bepengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama..Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa. Ia ada lebih 1001 cara. Maksiat y dilakukan terasa indah di mata di hati, tambahan tak ada lagi rasa bersalah atau keluh-kesah dihatinya setelah ikhtilat dilakukan. Inilah perjanjian iblis dgn Allah utk menyesatkan kecuali di antara zuriat2 anak Adam y sentiasa membersihkan hatinya.
'
4- Aku merindukan sahabat2 y bila bersamanya terasa kuat, mampu membuatkan hati cair, dgn getaran gemersik kalamullah..
'
5- Agama adalah nasihat. "Pada awalnya Islam itu asing dan kembali asing sebagaimana pada awalnya. Sungguh beruntunglah orang-orang yang asing." (HR Muslim n0 389 dari Abu Hurairah)
'
6- In short, your life is your choice, jangan takut jadi orang aneh.
'
~~<~~<~~<@

Saturday, August 14, 2010

in your shoes.

Bismillahirahmanirrahim..
'
8 Ogos 2010 - julung2 kali bpeluang antar teman ke airport. pelbagai insiden y tak disangka2 telah berlaku. dari pagi hinggalah ke larut malam. sesat seorang diri. takut. sangat. pergantunganku hanya pdMu. hanya Kau y membantu saat aku hilang arah. keaadaan sgt mendesak utk aku memandu seorg diri di tempat y kurasa spr tahu namun asing bagiku. syukur dpt cr jln pulang.
'
9 Ogos 2010 - pegi keje seperti biase. iman haris sambut bufday sama hari dgn kakak. ade bufday party. kesian iman haris. dia wajar dpt apa selayaknya dia dpt pd hari ulang tahun kelahirannya. aku xde mood. sambil duduk pun boleh nak tetido. gagahkan diri utk bekeje n senyum kambing.
'
10 Ogos 2010 - ciri-birit. seleseme. batuk. xpegi keje. duk umah.
'
11 Ogos 2010 - cuti raye baru nak umum. punya laa lama tunggu. balik keje, malam baru nak pegi klinik amik mc. ikutkan mmg doc x bagi n x bley dpt mc pon sbb aku nak mc bertarikh semlm bukan bertarikh hari ni. atas budi bicara org klinik dgn citer sedih aku, maka dptlah mc. ikutkan mmg xley dpt pon. mengade semlm x nak amik mc.. bile gi keje baru taw if x amik mc, gaji kene tolak. so lebeh baek amik dr x amik. dpt jgk faedah dpt ubat utk selesema batuk y kejap ada n kejap xde ne. urm kak ngah peneman.. lps balik dr klinik, ade heart to heart ngan kak ngah. walau dia lebih muda dari aku. tapi aku dpt blaja banyak benda dr dia. hidup y sebenar bukan untuk dpt apa y kita nak, tapi apa y benar2 kita perlukan itulah y sewajarnya kita cari dan dahulukan.
'
12 Ogos 2010 - insiden y membuatkan aku sangat nak marah. tapi tak jadi. aku cuba letakkan aku di tempat dia. bekesan! all praise to Allah..alhamdulillah..
'
13 Ogos 2010 - sangat kasihan melihat dia. dia y x berdosa diperlakukan sedemikian rupa. kalau x pandai nak hargai anugerah y paling bernilai dlm hidup kenapa berani nak pikul tanggungjawab? kalau x mahu, aku sudi menjaganya seumur hidup aku.
'
14 Ogos 2010 - hidup kini penuh dgn tanggungjawab. jauhi aku dari perkara y sia2. jauhi aku dr melanggar apa y aku benci selama ne. jauhi aku dari mencintai apa y telah aku benci. hilang sudah rasa yg Kau berikan suatu saat dulu. andai itu y terbaik. mungkin. aku pun tak tahu.
'
~~~<~~<~~<@

Tuesday, May 18, 2010

what else?

Bismillahirahmanirrahim...


18 May 2010 - Believe it or not. now i am working already. enough for only a week worked at telemarketing, i have been bored with the same routine which have to make hundreds of phone calls per day for SPM's student. hahaa pretty muak and pretty cuak!!! finally naik tocang 2! on friday of my first week working day, i skipped work. heiii terok betOl!!! cannot imagine how i am in the future? what i am going to be??! huh luckily there was nothing happen. no punishment coz the system of paying salary is based on attendance and working per hours.
'
nowadays, there are so many things had happened along 3 weeks of my working day life. uhm after three days worked at telemarketing, i have been called by encik gafor to his office. he offered me to work under him for international department. his assistant named kak julia will be a trainer for me. without thinking so much, i took the opportunity to work at the department. my first international work was started on second week of my work days. kak julia has been given me a short briefing regarding my job descriptions. she said i have to know what she knows. i have to deal with international students, must be familiar with visa, have to identify many types of documentations, the pocedures, have to know how to play politics with international students especially when they refuse to listen to the instruction given.
'
ahaks, the most difficult part that happen to me now is i am still trying my best to memorize the documentation's names. it seems easy but actually pretty hard.

'
dare to make mistakes and now dare to learn from the mistakes.. i have found my own interest. yey! =) alhamdulillah...praise to Allah for give my spirit and enjoyment back. i do enjoy working for international department but of course the task would be pretty hard compare to telemarketing before. but i do enjoy it. Love Dare Challenge. alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah......~ huhuu



to<~~~<~<@


Friday, April 9, 2010

Post laju.

Bismillahirahmanirrahim...

9 April 2010 - Manusia sememangnya sangat suka membuat manusia lain kecewa baik sedar atau tanpa sedar. tak guna rosakkan diri sendiri semata2 hanya nak balas utk sakitkan hati org. aku ingin bungkuskan dan post laju segala rasa kekecewaan ini padaMu Ya Allah. ubatilah. aku tahu Kau mengerti apa y aku maksudkan. aku sememangnya tak pandai jaga hati dan diri sendiri. jaga dan lindungilah aku dari kekecewaan manusia y hanya bersifat sementara dan bakal lapuk di telan zaman ini. aku tahu Kau mengerti bahkan lebih memahami dan mendalami.
~~~<~~~<~<@

Tuesday, April 6, 2010

ape ne!!!

Bismillahirahmanirrahim...

6 April 2010 - Sebelum stat wut revision utk second paper pagi ne, aku mahu peruntukkan sdikit masa utk catatkan sesuatu disini y aku kira perlu. aku tahu. aku sedar. aku juga manusia seperti mereka. aku juga punya banyak khilaf. pernah lalai. pernah leka. aku pernah beri teguran pada mereka mengenai perkara y boleh menjatuhkan imej diri sendiri. atau istilah y lebih dekat. imej lelaki n perempuan muslim itu sendiri. aku sedar. aku juga pernah buat perkara y sama. tapi atas dasar ada tujuan. tanda simbolik pernah bekerjasama or official purpose. y x ada tujuan ada juga. suka2. gedix! itulah khilafku. perbuatan itu org ramai nampak biasa. mungkin. pada pandangan manusia y sudah mula terhijab dengan kebenaran. tapi pada pandangan Dia di atas bagaimana pula? bende y tak biasa dianggap okey akhir zaman. ''alaa...my best friend laa" "releks laaa..bukan wut papepun..begamba bedue je. jauh lak tu..bukannye touch2 or posing maut pon..jauh2 ne.." sekalipun berbeza jantina? analogi : lelaki y aku anggap adik atau abang ukurannya tetap sama. takkan berubah walau sebesar zarah. anggapan mereka adalah adik dan abang kandungku cuma dalam minda separa sedarku. rasional dan hakikat yang nyata mereka tetap asing dan ajnabi bagiku. mereka halal untuk aku nikahi. walau apa jua pandangan aku pada mereka. itu hakikat y aku tak dapat ubah. y mudah datang fitnah bila aku bergambar berdua bersama mereka. banyak persepsi y boleh timbul bila bersama. itu khilaf y pernah aku lakukan tanpa ada tujuan. bukan tujuan rasmi y memerlukan aku berlagak seperti itu ini dengan mereka. boleh je kan elak lalu begamba ramai2. bukankah lebih meriah? hari ini aku katakan rasa kurang senangku disini. tak mustahil pada sedikit masa lagi aku diuji lagi dengan apa ya aku perkatakan ini. ini adalah selemah2 imanku. aku benci melihat apa y aku lihat. ia jelik. Ya Allah..jauhkan aku dari fitnahMU. Ya Allah.. ini adalah suara hatiku. aku tak mampu untuk menyatakan pada satu dunia bahawa aku benci melihatnya. hanya ini aku mampu lakukan untuk mengingatkan diri sendiri dan juga mereka y sudah lupa. finally,takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya baru kita nak sedar? anda "syadid" atau tidak? terpulang pada diri sendiri kehidupan y bagaimana anda inginkan. tepuk dada, soal iman. maafkan aku.. aku juga tidak sempurna..juga sama sepertimu..
~~~
Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)
~~~~
"Ya Allah..permudahkanlah hisab diatas segala nikmat kesempurnaan jasad y telah Kau berikan pada kami.. mudahkanlah perjalanan kami untuk meniti titian siratMu nanti.. Ya Allah..Tuhan y Maha menyentuh hati..berikanlah kami hidayahMu dalam menuju ke destinasiMu y kekal dan abadi. ameen..."
~~~<~~~<~<@

Tuesday, February 2, 2010

ajar aku...


Bismillahirahmanirrahim...


Ya Allah...
Ajar aku....
aku tak tahu..



Ya Allah...
aku bimbang....
ajar aku...



Ya Allah...
aku resah...
ajar aku..



Ya Allah...
aku sayu..
ajar aku..



Ya Allah...
aku lemah..
ajar aku..



Ya Allah..
aku hina..
ajar aku..


Ya Allah..
bodohnya aku..
ajar aku..



Ya Allah..
aku sirna..
ajar aku..



Ya Allah..
dimana aku...
ajar aku..



Ya Allah..
ajar aku...
aku tak tahu..


~~~~<~~~<~<@

Monday, September 14, 2009

Semoga Kau Istiqamah



“Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang di kenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan.

“Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?”

Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta.

“Boleh juga”

Khalida girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum.

“Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin.

“Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…”

“Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi.

“Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..”

Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum.

“Kita harus mengenali siapa mad’u kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?”

Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah2 halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang…

“Zinnirah, awak marah saya ke?”

Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya

“Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..”

Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah. “Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?”

Zinnirah menghela nafas.

“Khalida, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?”

“Mestilah yang dalam kotak tu.”

“Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?”

Khalida diam, merenung jauh…

************************

Usai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..

“Zinnirah”

Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih..

“Awak dah solat?” Zinnirah bertanya.

“Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya”

“Apa dia?”

“Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?”

Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie.

“Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi.

Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada.

“Terima kasih Zinnirah..”

Zinnirah senyum.

“Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai”

“Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..”

“Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?”

“Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara”

“Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu”

********************


Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..

Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak.

Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba…

**********************


“Assalamualaikum…”

Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta…

“Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh..

“Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?”

“Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu”

“Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”

Lantas, Khalida memeluk Zinnirah erat… Dalam hati, Zinnirah berdoa..

"Semoga kau istiqamah sahabatku..."

~~~<~~~~<~~~~<@