Tuesday, June 7, 2011

Masih ada Allah di hati.

Bismillah..




Setiap amal perbuatan y dikerjakan seseorang hamba dgn penuh harap utk mendapatkan cinta dan redha Allah pasti akan mendatangkan manfaat pada hamba itu, baik dalam kehidupan dunia mahupun akhirat. Ikhlas adalah kata mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk diamalkan. Seorang hamba y mampu melakukan sebarang pekerjaan dgn sifat ikhlas memiliki kedudukan mulia di hadapanNya.


Pencinta sejati tidak pernah peduli akan duka dan derita dlm menjalani kehidupan di dunia ini. Kerana baginya tangis itu bukanlah menunjukkan kesedihan dan kedukaan. Seorang hamba y tunduk dan patuh pada Allah krn takutkanNya dan dia umpama seorang hamba kepada tuannya. Seorang y beribadat kepada Allah kerana mengharapkan balasan syurga dan dijauhkan dari api neraka umpama seorang pedagang y selalu sibuk dgn perhitungan antara untung dan rugi.




Nota Hidup :


1- Cuti sem kali pertama degree ini, aku isi dgn gotong-royong bersama sanak-saudara serta orang kampung sempena walimah abang dan kakak saudara di kampung, kenduri mereka silih berganti. Kemeriahannya sangat terasa. Didoakan semoga abg Zikrullah bersama pasangannya kakak Amirah dan Dayang Murni bersama pasangannya Ikhwan berbahagia hingga ke anak cucu seterusnya sampai syurga. ameen. =)




2- Macam tak percaya y aku skrg dah degree, pantas betol masa berlalu. baru semalam terasa baru di menengah. Allah Hu Akhbar!!! sungguh pantas, masa berputar, masih banyak perkara y belum tercapai. Doaku padaMu moga diberikan kekuatan hati, mental dan fizikal untuk melakukannya. insyaAllah.. >,<



3- Hatiku berbunga-bunga kerana dapat menghabiskan satu novel spiritual!! yeaayyy!! sebelum ne punyaa lah lama klo nak habiskan satu pun. ine dlm beberapa hari da habis dibaca. alhamdulillah.. hopefully buku ilmiah pulak lepas ne. insyaAllah.. ^^


~~<~~<~~<@

No comments: